MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL PERINGKAT SMK KULAI
BESAR, KULAIJAYA, JOHOR
22 FEBRUARI
2013
Disampaikan
oleh;
EN
AZMAN BIN SAFII
PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN
(Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillahi
Rabbil
‘Alamin,
Was-solatu
was-salamu ‘ala
Rasulihil-amin,
Wa’ala aalihi wasohbihi
ajma’in: amma ba’du)
Assalamualaikum
wkt, salam satu Malaysia salam KB Gemilang.
Yang Berusaha EN SAMSOL
KAMAL BIN MAT NASIR, YDP PIBG
Yang dihormati USTAZ
TUAN HAJI MOHD ARIFF BIN HJ JASIMAN @ NIN, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Johor.
Rakan-rakan
pentadbiran, guru-guru, kakitangan dan yang dikasihi murid-murid sekalian.
Al-Hamdulillahi
Rabbil ‘Alamin,
saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah
perkenan-Nya, dapat kita bersama dalam Majlis
Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat SMK Kulai Besar, Kulaijaya bagi tahun 1434 Hijriah, bersamaan tahun 2013 Masihi.
Walaupun,
penganjuran majlis ini lewat dari tarikh yang
sepatutnya, namun majlis ini
dianjurkan sebagai medium untuk meningkatkan
kefahaman agama seluruh
warga SMK Kulai Besar, selain
menjana kecintaan terhadap junjungan besar
Baginda
Rasulullah SAW.
Hadirin yang berbahagia sekalian,
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Saya memetik ungkapan Imam Mutawalli Sha'rawi yang telah menulis di dalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya
(ms.
295);
"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun
bergembira
malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun
bergembira dan semua jinn
Islam bergembira di atas kelahiran
baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang
kami daripada
bergembira
dengan kelahiran baginda
(s.a.w)?"
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian,
Kelahiran dan
perutusan
Baginda
Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam.
Hal
ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam surah al- anbiyak
ayat
107 :
( wa ma arsalnaka illa rohmatan lil ‘alamin)
Maksudnya
:
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke
seluruh alam”
Justeru itu, kita selaku ummat
Nabi Muhammad SAW, wajar untuk
sentiasa mengenang perjuangan
Baginda Rasulullah SAW
dalam menyebarkan dakwah
Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah
SAW dan
pengorbanan sahabat-sahabat
Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman
dan
Islam pada hari ini.
Saya menarik
perhatian kepada seluruh pewaris generasi masa hadapan yang berada di hadapan
saya ketika ini, dengan beberapa
fenomena keruntuhan jiwa
dan
akhlak, masyarakat Melayu Muslim mutakhir
ini. Kes-kes bayi yang ditinggalkan di tong-tong sampah, di
masjid dan
sebagainya.
Kita juga sering mendengar kes “si tanggang moden”, anak menderhakai ibubapanya,
sehingga sanggup meninggalkan
ibubapa di pusat-pusat jagaan warga tua tanpa kerelaan
mereka.
Ini tidak termasuk dengan ribuan bayi yang dilaporkan lahir tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.
Mengikut statistik pula,
lebih 95% penghuni di 28 pusat serenti
di negara ini adalah mereka yang beragama Islam. Angka ini tidak termasuk
mereka yang masih bebas di luar. Renungkanlah sejenak, pada ketika remaja dan
belia kaum-kaum lain menghabiskan masa membanting tulang mencari kemakmuran
hidup dengan menjana pendapatan, memperkukuh ekonomi, remaja dan belia muslim
pula leka, sebuk dengan merempit, melepak serta berpeleseran tanpa haluan. Ini membuktikan keruntuhan jatidiri Muslim di dalam negara kita.
Justeru, apa yang saya harapkan
ialah, agar
penganjuran Sambutan
Maulidur
Rasul Peringkat sekolah pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita
agar sentiasa berusaha
memperbaiki
akhlak dan meneguhkan jatidiri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus kehidupan di dunia yang sementara
ini.
Hadirin yang di
rahamti Allah sekalian,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada USTAZ TUAN HAJI MOHD ARIFF BIN HJ JASIMAN @ NIN yang sudi menerima undangan kami, terima kasih
kepada YDP, terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid yang sudi hadir.
Jutaan penghargaan dan tahniah
pula saya tujukan kepada jawatankuasa pelaksana majlis
sambutan Maulidur
Rasul peringkat
sekolah bagi tahun ini,
khususnya kepada penyumbang-penyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit, idea
dan tenaga dalam menjayakan program ini.
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua, digolongkan di dalam golongan umat
Baginda Rasulullah SAW, yang layak
untuk
memasuki
syurga Allah SWT,
sesuai dengan
sabda
Baginda
Rasulullah SAW :
“Setiap daripada ummatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan” Sahabat bertanya : “Siapakah
yang
enggan wahai Rasulullah.
Rasulullah menjawab : “ Barangsiapa yang mentaatiku, masuklah dia ke dalam syurga, barangsiapa yang
mengingkariku, maka
sesungguhnya dia enggan masuk ke dalam syurga.”
Sidang hadirin yang berbahagia;
Jauh Perjalanan Luas pemandangan,
Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.
Rasulullah Utusan Mulia,
Kisah
hidupnya penuh cabaran,
Menyebar Islam Seantero Dunia,
Membawa kita Cahaya Kebenaran.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.