Tuesday, February 12, 2013

Persaraan Warga Pendidikan Negeri Johor....Selamat Bersara


PIHAK JPN telahpun mengeluarkan senarai nama guru dan kakitangan yang akan bersara dari perkhidmatan bagi negeri Johor pada tahun 2013. Dalam kalangan mereka ada yang pernah menjadi guru-guru kita, pernah berkhidmat di bawah satu bumbung, pernah makan dalam satu meja, pernah menjadi 1001 peranan dalam mewarani kehidupan alam pendidik sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
 
Pada kesempatan ini marilah sama-samlah kita mendokan kepada rakan-rakan sejawat yang bakal besara tersebut agar mereka sentiasa diberikan nikmat kesihatan dan kesejahteraan dalam mengisi saki baki usia yang masih ada. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat, diterima sebagai amal jariah yang kelak bakal memeberi manfaat kepada kehidupan yang abadi. Kepada mereka yang beragama Islam dan telah meninggal dunia marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keredhaan Ilahi. Amin
 

Artikel Popular