Tahun baru datang lagi. Angka 2010 telah pun menjadi lipatan sejarah. Sepanjang 2010 pelbagai babak kehidupan telah dilalui. Semua peristiwa suka, duka, ria dan sedih kini tinggal kenangan, semuanya telah berlalu.
Tinggallah peristiwa itu sebagai sejarah tersendiri. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2011 kepada seluruh warga SMK Kulai Besar dan para pengunjung blog ini. Semoga 2011 adalah tahun yang menjanjikan sesuatu yang baru dan lebih baik, lebih berkualiti berbanding tahun sebelumnya.
Sebenarnya agak lama saya tidak menulis dalam blog ini, kerana kesibukan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Sepanjang tempoh itu telah banyak peristiwa penting di sekolah telah berlaku; kemasukan guru baru, pertukaran guru masuk, mesyuarat guru dan persiapan buka sekolah, pendaftaran murid, keputusan PMR, perkembangan kerusi meja sekolah, pemasangan kabin dan banyak lagi sebenarnya telah berlaku di sekolah. Jika dititip kesemuanya dalam bentuk laporan barangkali boleh dijilid menjadi buku.
Bersempena dengan tahun 2011 bersama-samalah kita bertekad majulah ke hadapan bersama keazaman dan cita-cita yang hebat. Inilah masanya untuk berubah. Berazam untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik.
Marilah kita berubah dari malas kepada rajin; dari sakit kepada sihat; dari lemah kepada kuat; dari kurang amalan kebaikan kepada banyak amalan kebaikan; dari lambat bangun pagi kepada awal bangun; dari selalu lewat tidur kepada tidur awal; dari lewat datang bekerja kepada awal datang bekerja; dari selalu bermuka masam kepada bermuka ceria dan senyum..........dan sebenarnya terlalu banyak sekali perkara yang boleh difikirkan untuk diubah.
Semuanya terserah pada kita. Ada baiknya kita ambil masa untuk bersendirian sambil berfikir, sambil bermuhasabah diri. Fikirkan apa yang telah dilalui. Apakah kita berpuas hati dengan apa yang kita lakukan atau kita capai sebelum ini? Apakah kita sudah puas hati dengan tahap ibadah yang kita lakukan? Apakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk menjamin kita mendapat kemudahan di alam kubur atau akhirat kelak?
Jika tidak, ayuhlah cepat-cepat berazam di awal tahun. Berazam untuk berubah kepada suatu tahap yang lebih baik di awal tahun lebih terasa kehangatannya berbanding hari-hari biasa. Ambillah kesempatan yang tersedia ini sebelum ia berlalu dan pergi semakin jauh dari garisan permulaan.
Paling penting, setiap kali datang tahun baru, itu sebenarnya tanda jelas bahawa umur kita semakin meningkat. Bila umur meningkat, bermakna jangka hayat kita di dunia sebenarnya semakin singkat.
Bila menyedari umur makin pendek, bersedialah untuk melakukan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup buat bekalan di hari kemudian. Jangan biarkan masa yang ada berlalu tanpa mendatangkan manfaat kepada kita. Lakukan yang terbaik kerana kita tidak tahu sama ada kita masih ada peluang lagi selepas ini.

No comments:
Post a Comment