Sunday, May 29, 2011

Burung Kanada



JOHN C. MAXWELL dalam bukunya bertajuk Roadmap For Success, telah menceritakan kesah seekor burung Kanada yang begitu resah sekiranya dia perlu berpindah ke bahagian selatan habitatnya apabila tiba musim sejuk.

Dia berkata pada dirinya sendiri "Aku tentu boleh menghadpi musim sejuk ini, banyak lagi haiwan lain mampu mengharungi keadaan ini, kenapa aku tidak boleh. Aku yakin aku pun boleh!!!!, aku tidak perlu berpindah"

Berbekalkan keyainan itu burung Kanada itu bertekad tidak mahu menyertai burung-burung lain yang telah mengatur perjalanan menuju Amerika Selatan yang lebih panas. Burung Kanada membulatkan tekad untuk tinggal dalam dakapan musim sejuk yang semain menusuk.

Kemudaian tidak berapa lama selepas itu kedinginan musim sejuk semakin menikam dirinya, satu kedingibnan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Bukan setakat sejuk bahkan makanan juga semakin kurang dan sukar diperolehi. Pada ketika itu keyakinannya semakin pudar, burung kanada mula asa menyesal dan mula sedar sekiranya dia tidak berpindah, nyawanya mungkin tidak berpanjangan.

Maka dia pun mula terbang menuju selatan secara bersendirian. Selepas beberapa lama terbang, hujan mulai turun memabasahi tubuhnya. Titisan hujan kemudaiannya mula membeku menyebabkan burung Kanada pada kedua-dua belah sayapnya.

Dia tidak mampu terbang lagi. Dia sedar dia tentu mati kesejukan dan beku jika terus terbang dalam keadaan hujan pada musim dingin. Lantas dia mengambil keputusan untuk mendarat. Setelah membuat pertimbangan dia pun mendaratlah di sebuah kandang lembu.

Semasa dia terbaring keletihan, seekor lembu melangkahinya....dan pada ketika itulah sang lembu membuang air besar yang tepat-tepat mengenai tubuhnya yang tidak bermaya lagi untuk mengelak. Dia merasa sungguh jijik dan hampir-hampir kelemasan...."apa nak buat sudah jatuh ditimpa najis".

Dia mula pasrah, kalu nak mati-matilah mungkin itu takdirnya. pada saat putus asa mula bermain dalam fikirannya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu keajaiban. Najis lembu yang menimpanya walaupun baunya sangat melemaskan tetapi kehangatannya menyebabkan tubuhnya mula berasa panas.

Air batu yang melakat pada tubuhnya mula mencair, otot-ototnya tidak lagi kaku dan sudah boleh digerakkan. Bau yang melakat pada badannya semakin dilupakan, kerana dia gembira kerana menyedari dirinya masih hidup. Burung Kanada berasa begitu teruja, lantas bernyanyi-nyanyi keriangan.

Nyanyian burung Kanada menarik perhatian seekor kucing tua yang sedang berbaring di timbunan jerami pada satu sudut dalam kandang lembu itu. Si kucing sebenarnya merasa rindu dengan suara burung yang lam tidak didengar sepanjang musim dingin itu. Nyanyian burung kanada membangkitkan semangatnya, lantas turun dari jerami untuk mencari burung yang sedang bernyanyi.

Kucing terlihat burung kanada pada longgokan najis lembu, lantar mengeluarkannya, membersihkannya darhn bagikan orang mengantuk disorongkan bantal.......rezeki telah tehidang lalu burung kanada itu dimakannya.

Terdapat beberapa pengajaran menarik daripada episod sedih burung kanada;

1) Semangat dan tekad yang kuat tidak mencukupi untuk kita mengharungi sesuatu ujian dan cabaran. Semangat yang kuat perlu di sokong oleh ilmu pengetahuan agar kit amampu membuat pertimbangan yang betul terhadap setiap tindakan kita.

2) Kita perlu mengetahui kemampuan kita dan bertindak mengikut kudrat yang ada, Kita perlu membuat persiapan sewajarnya agar kita mampu untuk menghadapi dalam menempuhi keadaan yang sukar.

3) Tidak semua benda yang mengotori atau perkara yang tidak kita senangi adalah musuh kepada kita. Kadang kala terdapat perkara yang kita tidak senangi tetapi itulah yang memberi kebaikan kepada kita.

4) Tidak semua perkara yang membersihkan kita adalah sahabat kita. Pujian atau perkara yang mengembirakan kita, kelihatannya membantu tetapi sebenarnya boleh melemahkan kita dan menjatuhkan kita.

5) kita perlu sentiasa meningkatkan kecekapan diri dan bersiap siaga terhadap segala kemungkinan. Kegembiraan boleh berakhir dengan kedukaan jika kita terus leka dan alpa terhadap ancaman yang menunggu kita.

Sumber

Parlindungan Marpaung, Setengah Berisi, Setengah Kosing? Kuala Lumpur : PTS Millinia Sdn Bhd, ms 210.

No comments:

Artikel Popular