Saturday, July 30, 2011

ESTAWOO - Arrange yourselves.......


In the program called (One Family) on MAJD Channel, hosted by Dr Yahaya Al Yahaya (Head of the CALL to Islam Comitee). He said that Muslims are naver disorganized; they just need to be CONVINCED.

Then he told a story of American non Muslim man who was discussing  about Islam with him while he was watching live Broadcast of Salat Isha from KAABAH, on TV.

The American man was so amazed of how crowded is the masjid, more than 3 million Muslims were there at the last night of the holy month of Ramadhan...so crowded, so disorganized.



 

The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors

The man said: OH, this's will make it about 12 hours then The sheikh said: put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.

The American man said: THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!
Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO)=Arrange yourselves.






And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !! 

The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:

ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH.

(I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)

 Bahan kiriman daripada;

Nadir Yusoff
Maakl Mutual Berhad-Managing Adviser
Risk Management Adviser-Takaful & Medical Card

Friday, July 22, 2011

Kelebihan Ramadan



Bersempena dengan ketibaan awal Ramadhan ayang bakal menjelma hanya beberapa hari sahaja lagi, maka pada penulisan kali ini saya titipkan catatan Kelebihan Ramadhan untuk tatapan pembaca budiman. Bahan ini adalah Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi. Selamat menyambut Ramadan yang pernuh berkat....
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Wednesday, July 13, 2011

Catatan Seorang Pengetua......

“ Aku Jadi Pengetua... ”

Oleh
Ibrahim bin Mat Akil
Pengetua SMK Cedung Jaya, Maran

( Jan. 2006 – Dis. 2007 )
Januari 2006. Telefon bimbitku berdering. Panggilan daripada seorang sahabat, En. Razali Mustafa (Kini Tuan Haji), pegawai yang kusegani dan hormati di JPN Pahang.
     “ Yeem..esok Timbalan Pengarah nak jumpa. Awak dilantik jadi pengetua. ”
     “ Haah..biar betul Li. Kat mana tu ? ” Aku tergamam. Aku jadi pengetua ? Tak terlintas langsung aku jadi pengetua. Aku lebih selesa jadi GPK HEM di SMK Tanah Putih sejak 2000. Biar mencabar dan tercabar, aku rela asalkan pelajar-pelajar mendapat faedah.
     “ Awak dihantar jadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya, Maran. Dekat je. Boleh berulang. Lapan puluh kilometre je, pergi balik, baru seratus enam puluh kilometer. ” Dan En. Razali Mustafa ketawa.
     Seratus enam puluh kilometer dekat ? Pukul berapa nak bertolak dari rumah di Tanah Putih Baru ? Mau-mau pukul 5.30 pagi dan tiba pukul 7.15 pagi di Maran dengan kelajuan kereta yang mematuhi had laju di jalan raya.
     Akhirnya aku pergi juga... Jadi Pengetua SMK Cedung Jaya, Maran.
     Minggu kedua, Januari 2006. Aku berada di pejabat sekolah. Disambut En. Khusaini; caretaker dan GPK HEM yang banyak berjasa dan berkhidmat untuk sekolah. Beliau kelihatan segak, kemas dan penuh sopan. Senyuman sentiasa menguntum di bibir.
Aku diperkenalkan kepada Ustaz Hashim; GPK1 yang juga Imam Masjid Sentosa. Juga jurunikah.. ( ini yang aku kagum pasal Ustaz Hashim kerana tiga tugas yang menuntut masa tetapi berjaya dilaksanakan ! ) Seorang lagi, En. Ishak yang merupakan GPK Kokurikulum yang juga pakar subjek Matematik seperti abangnya. ( Siapa lagi kalau bukan En. Yahya bin Zainal Abidin.
Pada masa itu, PPD Maran dan sekarang Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang ) Melihat kepada karektor ketiga-tiganya, aku berasa lega. Kata Napoleon Bonaparte; Yang aku takut dalam perjuanganku bukan pihak musuh tetapi timbalan-timbalanku yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkanku. ( Timbalan-timbalanku nampak semuanya ok. Legaaa... )
Pagi itu aku diperkenalkan kepada semua guru dan pelajar dalam perhimpunan rasmi. Sampai sahaja giliran aku berucap, semua memandang ke arahku. Mengharapkan sesuatu yang baru, rasanya atau menilai bagaimana pengetua baru berucap.
Aku memperkenalkan diri. Terasa juga gentar kerana berada di sekolah baru dan berucap sebagai nakhoda yang menentukan timbul tenggelamnya sekolah. Selepas lima belas minit berucap, pelajar-pelajar mula menunjukkan kenakalan.
Terkejut aku, apabila melihat batu-batu kecil dibaling dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Mereka membaling sama sendiri, mungkin bosan dengan ucapanku atau budaya baling membaling sudah tiba.
Memandu pulang ke Kuantan sejauh lapan puluh kilometer tidak terasa kerana fikiran berserabut memikirkan batu. Tapi inilah cabaran...dari sebesar-besar masalah kepada sekecil-kecil batu.
Akhirnya, selepas sebulan bersama, mereka sudah boleh menerima ucapanku. Aku selitkan motivasi dalam ucapan. Menceritakan kisah kejayaan diri, orang lain dan pemimpin-pemimpin dalam serta luar negara. Aku dapati anak-anak muridku suka mendengar cerita.
Aku ceritakan asal usulku. Aku sebenarnya orang Maran tetapi ayahku berpindah ke Kuantan semasa komunis mengganas di Kampung Luit. Mendengar nama Maran, mereka terdiam. Aku ceritakan arwah ayahku seorang pemandu lori tetapi lima orang daripada adik beradikku berjaya masuk universiti.
Kata arwah ayah, Aku cuma pemandu lori, aku tak nak anak-anak bawa lori tetapi mesti jadi tauke lori !  Aku cerita keseronokan masuk universiti. Bagaimana aku kenal Aznil Nawawi.. ( Alah, yang popular dengan Macam-macam Aznil tu...).Kami sama asrama semasa di Universiti Malaya dulu.
Aku terpaksa kaji macam mana nak tackle mood pelajar-pelajar. Apabila aku nyatakan gaji Aznil dengan ASTRO RM50,000 sebulan, terlopong mulut mereka. Jadi, hari demi hari aku selitkan motivasi dalam ucapan. Memang pelajar-pelajar perlu motivasi, jika boleh setiap masa dan ketika. Everyone needs motivation.
Menyentuh guru-guru pula, aku bersyukur. Guru-guru sering kuanggap ‘satu anugerah’ kerana tidak ada seorang guru pun yang menimbulkan kesulitan. Semua umpama adik-beradik, mesyuarat bagai perbincangan keluarga dalam menguruskan majlis.
Tidak ada salah menyalah, mengkritik atau bermain emosi. Itulah resepi kejayaan pengurusan menuju kecemerlangan. Kekurangan orang lain ditampung secara diam-diam. Cubit kaki kiri, kaki tangan terasa juga. Musibah yang melanda dirasai bersama.
Sebab itulah, kepenatan satu jam lebih memandu dari Kuantan hilang apabila menatap wajah guru-guru dan para pelajar yang disayangi. Satu hal yang sukar kulupa, aku berusaha menggembirakan guru-guru setiap masa dan ketika. Kata pakar kepimpinan, anak buah yang gembira akan bekerja sepuluh kali ganda untuk ketuanya daripada biasa.
Lantas aku memulakan sesuatu yang berbeza. Meraikan hari lahir guru-guru bersama pelajar biar sekadar pengumuman dalam perhimpunan pagi. Tersentak guru berkenaan apabila aku mengumumkan namanya pada tarikh hari lahirnya. Dapat kusaksikan, wajah kemerah-merahan kerana terharu dan akhirnya bertukar gembira. Apa tidaknya, dipandang dua puluh tiga orang guru dan tiga ratus dua puluh tiga orang pelajar.
Lebih jauh lagi, sepanjang hari guru-guru, staf dan para pelajar tidak putus-putus mengucapkan ‘selamat hari lahir’ sehingga tamat waktu persekolahan. Maka tidak lekanglah senyuman di bibir apabila bersua sesiapa sahaja. Sampai sekarang, aku yakin meraikan tarikh lahir seseorang juga rahsia kejayaan sebuah kecemerlangan !
Setelah dua bulan pengumuman tarikh lahir guru berlangsung, pengerusi Kelab Guru dan Staf (KGS) mencadangkan penambahbaikan. Katanya, apakata kita adakan jamuan selepas sekolah dan ini menjadi lebih bermakna. Aku terharu, kebaikan ditambah dengan penambahbaikan oleh orang lain. Dan yang paling aku ingat, soto hasil air tangan En. Khusaini; GPK HEM. Memang sedap dan soto paling enak yang aku pernah makan.
Januari 2007. Genap setahun menerajui SMK Cedung Jaya. Banyak pengalaman dirasai dan terasa tanggungjawab begitu mencabar. Maklumlah tahun pertama menduduki PMR. Rasa debar bermula melangkah ke tahun baru.
Guru-guru mula bercakap soal prestasi dan kemungkinan. Telahan dan ramalan. Yang jelas, semuanya berbaur kebimbangan ! Kelas demi kelas diadakan. Saban waktu, pagi dan petang. Pelbagai nama dan perjalanan. Namun keprihatinan pegawai-pegawai PPD dan JPN tidak dilupa. Memantau dengan niat membantu sedikit melegakan.
     “ Berahim...awak ada di mana ? ” Satu suara kedengaran melalui telefon bimbit.Rupa-rupanya En. Yahya; Pegawai Pelajaran Daerah Maran. Aku mengenali beliau sudah agak lama. Sejak beliau menjadi pengetua. Kugelar beliau ‘Tokoh Pembaca’ . Kata beliau kepadaku, “Hidup lebih bermakna dengan membaca !”
     “ Saya di kantin, tuan. Ada apa tuan ? ”
     “ Saya dalam sekolah awak. Kalau macam tu, saya ke kantinlah. Saja je nak jumpa kawan-kawan. ” Aku terharu dengan sikap dan keprihatinan beliau dalam menjaga sekolah-sekolah di daerah Maran. Kami selesa dengan kesederhanaan En. Yahya sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Maran.
Aku teringat cerita adiknya, En. Ishak. Katanya, “Saya kagum akan abang saya. Satu hari semasa dia jadi pengetua,dia menyaksikan pertandingan olahraga yang melibatkan wakil dari sekolahnya. Masa tu, pelari dari sekolahnya baru selesai berlari, keletihan dan akan masuk acara lain selepas itu. Abang saya turun dari tempat pengetua-pengetua duduk, pergi ke arah pelari dari sekolahnya dan mengosok serta mengurut betis si pelari. Saya rasa jarang seorang pengetua yang boleh buat seperti abang saya. Bukan senang nak urut betis pelajar ni. Betul tak cikgu ? ” Aku mengangguk lemah. Memang benar kata-kata En. Ishak. Aku rasa boleh buat apa-apa yang En. Yahya buat tapi mengurut kaki pelajar...entahlah.
     “ Berahim, saya nak awak kukuhkan budaya membaca warga sekolah ni. Dulu masa saya jadi pengetua, saya buat perhimpunan senyap. Lepas tu, prestasi akademik meningkat. Memang saya yakin, tabiat suka membaca sangat membantu meningkatkan pencapaian akademik. Saya nak awak buat di sekolah ini. Boleh ? ” Aku terdiam. Dalam hati, banyak betul idea PPD Maran ni. Semuanya berlandaskan pengalaman yang sudah terbukti kejayaannya.
     “ InsyaALLAH tuan. Saya akan bincang dengan guru-guru saya. ” Akhirnya Program Bacaan Senyap berjaya diadakan. Tokoh perasminya tidak lain tidak bukan, En. Yahya sendiri. Dalam ucapan beliau, En. Yahya menekankan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan. Kata beliau lagi, rakyat Malaysia membaca dua muka surat buku setahun. Ini sangat memalukan kerana rakyat Jepun membaca tidak kurang tiga puluh buah buku setahun !  ( Nota Terkini : Mengikut buku ‘ Spiritual Reading ’ ; 2011, rakyat Jepun membaca empat puluh buah buku setahun dan orang Eropah membaca sepuluh buah buku setahun. )
     Apabila aku fikir-fikirkan, memang bagus kita terapkan budaya membaca dalam diri warga sekolah. Apabila guru membaca, pelajar nampak dan akan mencontohi guru. Apa yang guru lakukan, pasti pelajar jadikan panduan. Apabila guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Dan ada suara-suara nakal menyambung, apabila guru kencing berlari, pelajar kencing lari berganti-ganti...gurau je.
Jun 2007.  Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun keluar. Peratus lulus 26.6 %. Aku dan guru-guru meneliti analisis peperiksaan. Tumpuanku subjek yang peratus kelulusannya paling rendah kerana itulah lebih kurang peratus kelulusan keseluruhan kerana syarat lulus ialah lulus semua subjek. Tiga subjek jadi perhatian; Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Maka bergiatlah kami mengadakan aktiviti bagi merancakkan proses kecemerlangan. Menyentuh subjek Bahasa Inggeris, banyak cadangan diutarakan. Yang paling menarik, English In Camp. Kreatif juga guru-guru bahasa Inggerisku. Kem bahasa Inggeris diadakan selama tiga hari dua malam.
Pendaftaran pukul dua petang hari Jumaat dan tamat lepas Zuhur hari Ahad. Sepanjang kem,semua pelajar diwajibkan berbahasa Inggeris termasuk guru-guru. Maka semasa majlis penutupan, berbahasa Inggerislah pengetua menyampaikan ucapan. Saya teringat ucapan Ustaz Hashim, GPK1 saya. Kata beliau, “ When you speak English...slow..slow.. ” Jadi slow-slowlah  kami bertutur. Apa yang penting, mencuba sedaya upaya. Banyak juga aktiviti yang boleh dikongsi seperti explorace, spell it’s right, sing along dan  smart reading.
Apa yang menggembirakan, semua peserta dan guru begitu sporting  bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun broken. Saya teringat kata-kata pensyarah saya di IAB, Puan Zuriah semasa beliau berucap dalam Kursus Public Speaking For Principle  yang saya hadiri. Kata beliau, when you speak English, don’t bother about the grammar mistakes. The most important is the meaning.
     Oktober 2007. PMR menjelma dan para pelajar Tingkatan 3 menduduki peperiksaan. Kami iringi dengan solat hajat, restu ilmu & mohon maaf serta doa setiap pagi peperiksaan.
     Disember 2007, malam sebelum keputusan diumumkan. Aku minum malam bersama beberapa orang guru seperti Naim, Najib, Sazali, Ustaz Hashim dan Fadzli. Kami membuat ramalan masing-masing berdasarkan prestasi semasa dan sebelum.
Jauh di sudut hati, aku rasa keputusan PMR SMK Cedung Jaya tidak kurang hebatnya. Ini berdasarkan analisis Peperiksaan Percubaan yang lalu. Ramai pelajar mendapat E tetapi markah mereka antara 30 hingga 39 markah. Aku rasa setakat untuk lulus D, mereka tiada masalah. Jadi aku yakin pencapaian kami masih baik dari segi peratus kelulusan. Aku cuma berkata kepada diri dan tidak berani untuk memberitahu orang lain.
     Disember 2007, Pagi keputusan diumumkan. PMR SMK Cedung Jaya 71% pelajar lulus. Alhamdulillah...aku bersyukur. Nampaknya usaha kami semua berbaloi. Terima kasih kepada pegawai-pegawai JPN, PPD, Jemaah Nazir dan ajk PIBG yang banyak membantu menunjukajar kami warga SMK Cedung Jaya.
Terima kasih juga kepada YB Datuk Ismail bin Abdul Mutalib; Ahli Parlimen Maran yang terlalu banyak jasa kepada kami semua. Setiap jemputan beliau penuhi, setiap permohonan beliau sumbangi. Memang beruntung mendapat seorang pemimpin yang peka dan prihatin demi kemajuan sekolah.
     Satu petang hari Jumaat, 2.30 petang. Selesai menunaikan solat Jumaat di masjid Maran, telefon bimbitku berdering. Panggilan daripada seorang sahabat, En. Razali Mustafa ( sekarang Tuan Haji ), pegawai yang kusegani dan hormati di JPN Pahang.
     “ Yeem.. Tuan Timbalan nak cakap. ”
     “ Cikgu Ibrahim. Ni Haji Hamid. Awak tukar ke Pekan ya. Sekolah anak-anak nelayan. Boleh tolong di sana ”
     “ Sekolah mana Tuan Timbalan ? ”
     “ SMKIS. Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Syahbandar, Pekan. ”
     “ Baik, tuan. ”  Dan pengalamanku menjadi pengetua bermula semula…

Ima/smkg

Sayangi Buku : Buku Jambatan Ilmu

Disesuaikan daripada teks ucapan semasa melancarkan Program Sayangi Buku SMK Kulai Besar pada Rabu, 13 Julai 2011



Assalamualaikum WKT, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. 

Yang Dihormati rakan-rakan guru dan yang saya kasihi semua murid SMK Kulai Besar sekelian. Bersyukurlah kita kehadarat Allah Yang Maha Esa yang dengan kudrat dan iradatnya membolehkan kita bertemu dalam perhimpunan rasmi bagi minggu yang ke-25, pada pagi yang berbahagia ini.

Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk melancarkan program ini pada pagi ini, dan sesungguhnya inilah program terakhir yang kita laksanakan tanpa kehadiran pengetua.

Pada kesempatan ini sukacita saya maklumkan bahawa Pengetua sekolah yang Ke-9 sebenarnya telah melapor diri pada hari Jumaat yang lalu. Beliau yang saya maksudkan ialah PN TAN MOI YAN, yang sebelum ini bertugas sebagai pengetua di SMK IJ Convent Johor Bahru. Insya Allah pada hari Rabu nanti beliau akan mula berkhidmat secara rasmi di sekolah.

Rakan-rakan guru dan semua murid yang saya kasihi sekelian, amalan membaca perlu kita jadikan sabagi satu tabiat, satu kebiasaan dan kelaziman yang kelak implikasinya menjadikan ia sebagai budaya kita.

Satu fakta yang tidak bolah disanggahi ialah membaca jambatan ilmu. Jika ditelek dalam mana-mana tradisi temaudun peradaban dunia tiada tamadun yang bangkit tanpa bertunjangkan ilmu.

Kepada murid Islam sepatutnya kita sedar betapa Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.

Begitu juga dalam tradisi tamadun lain didunia termasuk tamadun Cina dan India, semuanya maju, berkembang dan menempa nama antara tamadun terhebat kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan yang anak kuncinya ialah membaca.

Membaca adalah jambatan kepada ilmu. Pepatah Cina seperti yang diungkap oleh ahli falsafah Kung Fu Tze....Carilah buku, kerana dalam buku ada emas, dalam buku ada wanita cantik. Buku melambangkan ilmu, orang berilmu boleh mendapat kekayaan, orang kaya boleh memilih wanita cantik sebagai teman hidupnya.

Begitulah amalan membaca mengakat darjat seseorang individu berbanding individu lain. Lumrah dalam menelusuri kejayaan seorang pelajar dalam pepriksaan awam, asas yang menjadi tunjang kejayaan itu ialah kuatnya membaca dengan disertai teknik dan strategi yang betul.

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku. Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari? Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun.

Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!! Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Bagi memastikan generasi masa hadapan yang bakal diwariskan kepada murid di bangku sekolah pada hari ini disebatikan dengan nilai dan budaya membaca maka KPM mengambil langkah bestari dengan memperkenalkan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) deperingkat sekolah pada tahun 1999.

Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit Program Nilam. KPM berhasrat menambah baik strategi untuk mencapai 100 peratus pembabitan murid dalam Program Nilam. Bagi pelaksanaan Program Nilam, kita meminta pelajar membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod Nilam.

Buku dimaksudkan ialah buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau dibeli sendiri. Bagaimanapun seiring kepesatan teknologi, Program Nilam turut menggalakkan mereka membaca buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari pusat sumber digital, e-book dan juga cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD).

Malah, mereka juga boleh memuat turun bahan bacaan dari internet dibaca dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Kini sudah ada teknologi yang boleh `membacakan’ buku digital untuk kita dan boleh disimpan dalam pemain muzik MP3 serta iPod.

Dengan kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita pada zaman ini, tiada alasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca. Saya berharap dapat melahirkan Tokoh Nilam yang benar-benar berketrampilan untuk dijadikan `role model’ kepada pelajar lain.

Kita ingin menunjukkan kepada semua pelajar bahawa adanya saling kait yang amat rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan pendidikan. Mungkin boleh saya imbas kembali pada 2004 di mana Tokoh Nilam Kebangsaan tahun itu, Nur Amalina Che Bakri, adalah pelajar terbaik keseluruhan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan mencapai 17 1A.

Pada tahun 2007 pula, sekali lagi murid yang berjaya bergelar Tokoh Nilam Kebangsaan juga muncul pelajar terbaik keseluruhan SPM 2007, iaitu Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A. Semoga dengan contoh yang dipaparkan ini akan membuka mata semua pihak termasuk murid, guru dan ibu bapa, mengenai peri pentingnya tabiat membaca dalam diri kita serta menjadikannya satu budaya. 


Kita perlu mengikut amalan penduduk di negara maju yang menatap buku atau akhbar tanpa mengira masa dan keadaan mencerminkan budaya membaca yang mantap serta sudah lama berakar umbi. Saya tidak nampak cara lain untuk kita menjadi masyarakat berilmu selain mendampingi tabiat membaca.

Friday, July 01, 2011

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN - AIR YANG TIDAK BERCANTUM

Al-Quran : Surah Ar-Rahman Ayat 19-21

[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

AIR SUNGAI TIDAK BERCANTUM DI DASU, INDUS KOHISTAN

AIR TIDAK BERCANTUM DI TELUK ALASKAN
 

Gambar-gambar di bawah diambil dari OPEN YOUR EYES. And OPEN YOUR MINDS.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV`Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

 


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

 
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

SUBHANALLAH!!!

Thank You & Best Regards;

bahan diolah daripada email Baharudin Ahmad bersumber dari

KHAIRUNNISA JAMALUDDIN

Amerstrand Engineering Sdn Bhd
 Tel : 03 - 7785 6788
 Fax : 03 - 7784 6788 / 7782 0530

Artikel Popular