TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA PUAN TAN MOI YAN
PENGETUA SMK KULAI BESAR
SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2011
Selamat Pagi dan “Salam 1 Malaysia” kepada warga SMK Kulai Besar.
Yang Dihormati Encik Azman bin Safii, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.
Yang Dihormati Encik Masaud bin Baharom, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang Dihormati Encik Mohd Tahir bin Haji Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum.
Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.
Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011.
Guru-guru dan murid sekalian,
Sesungguhnya, kehadiran warga SMK Kulai Besar pasti akan menyemarakkan lagi program kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah.
Untuk makluman semua, pada hari ini juga sambutan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011 sedang berlangsung. Saya amat berharap majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman, kemesraan dan kerjasama sesama kita. Jalinan kesemua faktor ini penting bagi menjamin perpaduan dan keharmonian warga SMK Kulai Besar khususnya serta rakyat di negara ini amnya.
Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta ahli jawatankuasa kecil sambutan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011 kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana, merancang, menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan pada majlis sambutan ini di peringkat sekolah.
Hasil permuafakatan dan canaian idea yang bernas ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011 ini maka lahirlah pelbagai program dan aktiviti yang dirasakan cukup mantap dalam melahirkan warga SMK Kulai Besar yang patriotik serta nasionalis.
Guru-guru dan murid sekalian,
Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.
Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.
Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan. Hatta SMK Kulai Besar sebagai institusi melahirkan modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan negara.
Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan. Hatta SMK Kulai Besar sebagai institusi melahirkan modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan negara.
Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan murid-murid yang berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka inilah yang bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.
Pada saat kita berkonvoi mengibarkan Jalur Gemilang, saya menyeru kepada semua warga SMK Kulai Besar merenung sejenak kepada perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Dek kerana usaha gigih dan pengorbanan mereka tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, kita sebagai anak cucu mereka boleh hidup dalam suasana penuh aman dan damai.
Pada saat kita berkonvoi mengibarkan Jalur Gemilang, saya menyeru kepada semua warga SMK Kulai Besar merenung sejenak kepada perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Dek kerana usaha gigih dan pengorbanan mereka tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, kita sebagai anak cucu mereka boleh hidup dalam suasana penuh aman dan damai.
Guru-guru dan murid sekalian,
Apabila kita mengibar Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit yang menyaluti tubuh badan kita, pangkat atau darjat.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.
Elemen-elemen tersebutlah menjadi rahsia dan tonggak kekuatan mereka. Saya amat bertuah dan berbangga kerana warga SMK Kulai Besar selama hari ini telah menunjukkan sikap yang positif, saling membantu serta bekerjasama dalam setiap bidang pekerjaan. Ia cukup sejajar dengan budaya kerja kita yang mementingkan semangat berpasukan.
Benarlah sudah kata bidalan, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan pasti apa jua pekerjaan yang dilakukan akan berhasil. Dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, warga SMK Kulai Besar telah membuktikan permuafakatan dan perpaduan yang telah terjalin sekelian lamanya menjadi resipi kelancaran penganjuran program tersebut.
Saya amat berharap sikap sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana perjalanan kita sebagai institusi pendidikan ini masih jauh. Saya ingin menyeru warga SMK Kulai Besar teruskanlah usaha meggembleng tenaga dan upaya membangunkan SMK Kulai Besar agar menjadi sekolah yang terbaik.
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011.
Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK Kulai Besar bagi tahun 2011.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment