Jika kita berhajat untuk menjadi pemimpin yang hebat, amalkan ilmu kepimpinan yang telah dipelajari dari IAB atau dari mana-mana sahaja yang diperoleh, ikhlaskan hati dalam setiap amalan dan tindakan dan satu lagi hayatilah gurindam ini.....
Gurindam Tonggak 12
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Setiap
orang hendaklah menghargai masa, dan tidak wajar bertangguh dalam sesuatu
kerja.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Tumpuan
terhadap sesuatu kerja hingga selesai akan membolehkan matlamat seseorang atau
sesuatu organisasi tercapai. Kerja dilakukan dengan gigih (cekal, rajin)
walaupun banyak cabarannya.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Dorongan
untuk bekerja akan menyebabkan beban yang berat menjadi ringan. Kerja dianggap
sebagai ibadah dan sumbangan yang penting.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak penuh dengan kebijaksanaan.
Dalam menjalani kedidupan seharian, orang yang sederhana dalam segala hal akan lebih disenangi. Orang yang sederhana akan bertindak dengan bijaksana. Mereka tidak menyusahkan orang lain dengan tingkah laku yang keterlaluan atau berlebihan.
Ketinggian
peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Seseorang
yang memiliki ketinggian peribadi akan menjaga penampilan luaran (jasmani) dan
menggambarkan sikap positif lagi terbuka. Mereka akan menjadi contoh dan
sebutan.
Kekuatan
sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan simpati.
Orang
yang baik hati sentiasa mempamerkan sifat yang disukai. Orang lain akan berasa
selamat dan selesa apabila berada di sampingnya.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Pengaruh
teladan sentiasa mendatangkan kebaikan. Seseorang itu sentiasa mempunyai
peribadi rujukan bagi menentukan baik buruk sesuatu perkara.
Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Segala
tugas dilakukan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Ketegasan dalam
kerja menjadi kunci kejayaan walaupun bersifat sederhana.
Kebijaksanaan
berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Hemat
bermakna cermat, teliti dan menjaga sesuatu supaya lebih tahan lama. Dengan
itu, pembaziran dapat dielakkan. Seseorang yang berhemat sangat menghargai
sesuatu sumber sama ada masa, tenaga, wang ringgit dan perkataan.
Keutamaan
kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Orang yang sabar
sentiasa tenang dalam menghadapi sesuatu. Sifat negatif seperti gopoh,
kelam-kabut, kucar-kacir, putus asa dan tergesa-gesa akan dijauhi. Cabaran
dihadapi dengan tabah dan jalan keluar dicari.
Peningkatan
bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Bakat
dan potensi yang dikembangkan akan mendorong pembaharuan, penambahbaikan dan
inovasi. Kebolehan yang ditunjukkan bakal mendatangkan manfaat kepada
kehidupan.
Nikmat
mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Penghasilan
idea, bahan atau reka bentuk tertentu akan meningkatkan kesejahteraan. Bakat
terpendam hendaklah digilap supaya idea yang muncul tidak sia-sia sahaja. Bakat
yang dikembangkan perlu diaktifkan sepanjang masa.