Gaya kepimpinan
merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat
untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi. Pada asasnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis
seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu Kepimpinan
Autokratik, Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanisme), Kepimpininan Demokratik dan
Kepimpinan Kebebasan (Laissez-Faire).
Kita juga biasa
mendengar aliran baru yang membincangkan tentang Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan
Teragih (Distributed Leadership), Kepimpinan Instruksional dan sebagainya.
Namun Jean Lipman-Blumen (2005) telah mengkaji sejenis kepimpinan yang berbeza
wujud dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan. Jean telah mengemukakan
Rangka Kerja Konsep KEPIMPINAN TOKSIK.
Saya ingin
berkongsi maklumat ini dan mungkin ia boleh membantu kita - pemimpin organisasi
pendidikan agar berhati-hati dan mengelakkannya menjangkiti gaya kepimpinan
kita. Seseorang pemimpin dianggap sebagai PEMIMPIN TOKSIK apabila menunjukkan
satu atau lebih daripada sifat PERIBADI PEMIMPIN TOKSIK yang berikut;
KURANG INTEGRITI
(LACK OF INTEGRITY) - yang
mendedahkan pemimpin-pemimpin seperti
rasuah atau tidak boleh dipercayai;
CITA-CITA
YANG TIDAK PERNAH DIPUASKAN (INSATIABLE
AMBITION) -cita-cita tidak pernah puas yang menuntut pemimpin untuk
meletakkan kuasa berterusan di tangan mereka sendiri, lebih mementingkan
kemuliaan dan kegemilangan diri berbanding kesejahteraan atas pengikut mereka ;
EGO YANG TINGGI (ENORMOUS EGO) - Pemimpin-pemimpin
Toksik buta terhadap kelemahan sifat mereka sendiri dan membataskan keupayaan
mereka untuk penambahbaikan diri;
KEANGKUHAN (ARROGANCE) - keangkuhan
yang menghalang Pemimpin Toksik dari mengakui kesilapan mereka dan sebaliknya
membawa kepada sifat suka menyalahkan orang lain;
TIDAK PENTINGKAN MORALITI (AMORALITY) -
sikap ini yang menjadikan hampir mustahil bagi pemimpin toksik untuk membezakan perkara
yang hak dengan yang salah;
KETAMAKAN (AVARICE) - ketamakan yang
mendorong pemimpin toksik meletakkan wang dan apa yang boleh dibeli dengan wang
sebagai senarai utama mereka (pemimpin mata duitan);
KEGAGALAN UNTUK MEMAHAMI (FAILURE TO
UNDERSTAND) - sifat gagal memahami masalah yang berkaitan dan GAGAL BERKELAKUAN
SECARA CEKAP & BERKESAN dalam situasi
yang memerlukan kepimpinan mereka;
PENGECUT (COWARDICE) pengecut yang
membawa mereka mengecut (TIDAK TERANGSANG) bila berhadapan pilihan yang sukar,
dan;
TERBURU-BURU (RECKLESS) - sifat terburu-buru atau bertindak secara
melulu terhadap tindakan mereka ke atas orang lain serta kepada diri mereka
sendiri.