oleh;
Roland Abu Hassan,
SIPartner+ PPD Timur Laut,
Pulau Pinang
Kecelakaan organisasi berpunca dari anda? Adakah anda...
1. Mengurus Semua Pekerja Secara Sama Rata?
Melayan sama rata beza dengan mengurus secara sama rata. Mengurus pekerja atau staf secara sama rata bermakna mereka tidak mengambil kira akan kekuatan dan kelemahan setiap staf. Sudah tentu dalam sesebuah syarikat akan wujud pekerja-pekerja yang mempunyai tahap kemahiran dan keistimewaan yang berlainan.Kebanyakan pengurus yang mempunyai sikap ini bermakna mereka bukan seorang yang teliti dalam pengurusan staf.
2. Sikap Pilih Kasih
Pemimpin yang kurang baik selalunya mengamalkan sikap pilih kasih terhadap perkerja dan staf.Mereka gemarkan sesetengah staf bukan kerana performasi dan tahap kerja mereka. Tetapi hanya kerana mereka rajin melayan, bersembang atau melepak dengan mereka.
3. Tidak Mengambil Kira Pandangan Orang Bawahan
Memang benar seorang pemimpin perlu tegas dalam apa yang mereka percaya. Namun jika ada pendapat atau masalah yang dikemukakan oleh staf di bawah pengurusan mereka, mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengambil kira tentang pelbagai aspek sebelum membuat sesuatu keputusan mengenai pendapat staf mereka.Selalunya pengurus yang tidak baik akan mengendahkan pendapat staf atau terus memberi alasan mengapa pendapat itu tidak oleh dilaksanakan tanpa memberi sebab yang sangat kukuh.
4. Terlalu Bersikap Teknikal Dalam Pengurusan
Ramai orang tidak tahu samada mereka boleh menjadi seorang pengurus sekolah yang baik sehingga mereka sendiri memegang jawatan tersebut. Mengurus bukanlah perkara teknikal dari apa yang dipelajari semata-mata di universiti. Pengurusan atau penyeliaan yang melibatkan staf di bawah anda sebenarnya merupakan satu seni yang perlu dikuasai berdasarkan pengalaman anda dan orang lain.Tidak semestinya orang yang pandai mengurus perkara teknikal sahaja dapat mengurus hubungan dan prestasi perkerja dengan baik.
5. Tidak Ada Jiwa Dalam Perkerjaan Mereka
Satu lagi contoh pengurus yang kurang baik ialah mereka tidak meletakkan sepenuh jiwa dalam skop kerja mereka. Mereka merasakan bahawa pengurusan yang baik dan teliti merupakan sesuatu yang mereka terpaksa lakukan dan bukan perkara yang patut dilakukan.
6. Tidak Mempunyai Sifat Empati
Sikap empati sama erti dengan bertimbang-rasa atau lebih tepat, meletakkan diri mereka dalam situasi orang di sekeliling mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.
Pengurus sekolah yang tidak baik seringkali mencari kesalahan semata-mata tanpa memikirkan cara-cara memperbaiki kesalahan tersebut berdasarkan apa masalah yang staf alami. Mereka juga tidak mahu mengambil tahu tentang kebajikan pekerja mereka.
7. Kurang Skil Pengurusan
Saya berani jamin, ramai pengurus atau penyelia di negara ini tidak mengambil kursus pengurusan tambahan. Bagi mereka, pengalaman dan pengetahuan sedia ada sudah mencukupi.Seorang pengurus perlu mengambil latihan atau kursus-kursus yang dapat meningkatkan tahap komunikasi, kepimpinan dan pengurusan sepanjang menjawat jawatan mereka. Keengganan menambah baik skil mereka menunjukkan ciri-ciri seorang pengurus yang kurang baik.
8. Kurang Meluangkan Masa
Seorang pengurus sekolah yang kurang baik selalunya tidak mahu melabur masa ke arah menjadi seorang pengurus atau penyelia yang lebih baik.Seperti yang saya nyatakan di atas, mereka enggan meluangkan masa untuk menghadiri kursus atau sesi latihan tambahan dan tidak meluangkan masa untuk mengenali staf-staf mereka dengan lebih mendalam.
9. Tidak Cukup Usaha
Seperti yang saya nyatakan di atas juga, pengurusan merupakan sebuah seni yang perlu dikuasai dengan berusaha setiap hari untuk menambah baik tahap seseorang sebagai pengurus.Ia bukanlah kemahiran yang boleh dikuasai semalaman.
10. Tidak Menetapkan Target Atau Objektif Yang Baik
Pengurus atau penyelia yang kurang baik selalunya menetapkan matlamat prestasi yang teruk. Selalunya matlamat-matlamat yang ditetapkan oleh pengurus yang kurang baik merupakan matlamat yang tidak spesifik atau kurang jelas, sukar diukur, mustahil untuk dicapai dan tidak mempunyai jangka