Pembangunan Individu Pemimpin Sekolah melalui Program SIPartner+
Oleh;
Haji Shamsudin bin Haron,
Pegawai SIPartner+ PPD Kluang
Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki atau diperbaharui. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.
Antara program
pembangunan dan transformasi pendidikan kerajaan yang baru adalah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang
melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan
negara. Ia bertujuan untuk memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf antarabangsa (KPM, 2013).
Pelan pembangunan ini adalah satu dokumen
komprehensif dengan pernyataan dasar yang bukan sahaja mengenalpasti
bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai,
malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar
pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai
setiap sasaran yang ditetapkan (Sufaat Tumin, 2013).
Untuk mempercepat
penambahbaikan prestasi murid secara berkesan,
berterusan dan menyeluruh, KPM memberi tumpuan kepada aspek
yang memberi impak besar kepada
prestasi murid seperti kualiti guru dan kepimpinan
pengurusan sekolah. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam 9 Bidang Keutamaan
dan 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013-2015 (KPM, 2013). KPM telah merancang untuk melaksanakan PPPM 2013-2015 dalam tiga fasa
atau gelombang.
Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun
2013 hingga 2015 ini bermatlamat untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan
kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Bagi mempercepatkan
peningkatan prestasi sekolah dan mengurangkan jurang pencapaian antara sekolah,
Program Transformasi Daerah atau District
Transformation Program (DTP) dijadikan satu inisiatif utama bagi
menyediakan sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah.
Bagi tujuan ini, dua pasukan jurulatih yang
dikenali sebagai School Improvement
Partner (SIPartner+) dan School
Improvement Specialist Coach (SISC+) telah dilantik di setiap Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD). Setiap pegawai SIPartner+ ditugaskan menjadi jurulatih
dan mentor kepada 25 hingga 30 orang pemimpin sekolah. Sementara itu, SISC+
bagi subjek Matematik, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pula bertanggungjawab
membimbing 15 hingga 20 orang guru dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran (P&P) subjek masing-masing (KPM, 2014).
Projek rintis DTP telah dilaksanakan di Kedah (8
daerah) dan Sabah (24 daerah) dari Jun 2012 hingga Disember 2013. Sementara
itu, peluasan program kesemua daerah di seluruh negara melibatkan 106 buah PPD
yang dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2014 dimulai dengan proses
pemilihan dan pelantikan SIPartner+ dan
SISC+ pada akhir 2013 (KPM, 2013).
Adalah menjadi harapan, dengan berakhirnya pelaksanaan fasa pertama atau Gelombang 1 pada tahun 2015, PPD telah dapat memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam memberi sokongan kepada pemimpin sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian sekolah mereka (KPM, 2012). Hal ini kerana, matlamat Glombang 2 untuk memacu peningkatan sistem hanya akan terlaksana sekiranya matlamat Glombang 1 telah tercapai.

Program SIPartner+ merupakan satu inisiatif
utama dalam DTP bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah
dalam membangunkan organisasi sekolah yang mereka pimpin. Melalui program ini,
para pemimpin sekolah tidak akan berasa keseorangan dalam memimpin dan
memajukan sekolah mereka. Implikasinya, mutu perkhidmatan yang mereka berikan
akan meningkat.
Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada tahap yang lebih baik di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mendapat bantuan dan sokongan dari pihak luar (Fullan, 2001; Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005).

Atas tujuan ini, jawatan pegawai SIPartner+
telah diwujudkan mulai akhir tahun 2012 (projek rintis). Ia merupakan satu
jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan kualiti
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka yang dilantik berfungsi sebagai
rakan pembimbing kepada pengetua dan guru besar di sekolah. Sebagai rakan
pembimbing, pegawai SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme
pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja.
Program SIPartner+ yang dilaksanakan sepenuhnya
mulai tahun 2014 merupakan kesinambungan dari Program SIPartner yang
dilaksanakan oleh IAB sebelum ini. Pada asalnya, program yang dipanggil
SIPartner mula dilaksanakan oleh IAB pada tahun 2010. Menurut IAB (2012),
program ini merupakan satu inisiatif dalam agenda Program Pembangunan Prestasi
Sekolah atau School Improvement Program
(SIP) yang telah dilancarkan pada bulan Mac tahun yang sama. Ramai pensyarah
IAB telah dilibatkan menjadi SIPartner.
Jawatan hakiki mereka adalah sebagai
pensayarah dan dalam masa yang sama melaksanakan tugas SIPartner (bukan secara
sepenuh masa). SIP merupakan usaha komprehensif KPM bagi mencabar, memotivasi
dan membantu 480 buah sekolah menengah dan rendah yang berprestasi rendah
(berada di band 6 dan 7) seluruh Malaysia melalui usaha membangunkan organisasi
sekolah.
SIPartner yang dilantik bertanggungjawab membantu meningkatkan prestasi sekolah sebelum berakhir sesi persekolahan tahun 2012. Berdasarkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam, hampir 50 peratus daripada sekolah terlibat telah keluar daripada band 6 dan 7 pada tahun 2010 dan 2011 (IAB, 2012).

Berdasarkan kejayaan program SIPartner dan
SIP secara keseluruhan, program ini telah dijadikan sebagai strategi utama
dalam DTP melalui Glombang 1 PPPM dengan sedikit ubahsuaian (KPM, 2012). Bagi membezakannya dengan program SIP yang
dikelolakan oleh IAB sebelum ini,
inisiatif PPPM ini diberi nama
program SIPartner+ (KPM, 2012; IAB, 2014).
Sementara itu, jawatan SIPartner+ merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan di setiap PPD. Mereka bertanggungjawab menjadi rakan pembimbing kepada 25 hingga 30 orang pengetua dan guru besar. Projek rintis telah diadakan di negeri Kedah dan Sabah pada tahun 2013, sementara perluasan program ini ke seluruh negeri di Malaysia berlangsung sepenuhnya pada tahun 2014 (KPM, 2014). Peranan utama pegawai SIPartner+ adalah seperti berikut:

i)
Mengadakan lawatan bimbingan kepada pemimpin
sekolah
ii)
Melaksanakan program ynag diluluskan oleh
pusat
iii)
Melapor, memantau dan memastikan pembangunan
pemimpin sekolah
iv) Melapor isu-isu sekolah kepada pihak atasan
dan mengenal pasti intervensi yang diperlukan dalam Pelan Penambahbaikan
Sekolah.
Sebagai kesimpulannya,
pegawai SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin
sekolah berasaskan tempat kerja. Bagi mencapai tujuan ini, pendekatan leadership coaching digunakan dalam
pertemuan bersemuka antara SIPartner+ yang bertindak sebagai coach dan pemimpin sekolah yang bertindak
sebagai coachee. SIPartner+ membantu
pemimpin sekolah untuk membangunkan diri mereka sendiri.
Akhirnya, pemimpin
sekolah yang telah membangunkan potensi dirinya itu akan lebih komited untuk
membangunkan organisasi sekolahnya (IAB, 2012). Walau bagaimanapun, hasrat ini
hanya akan tercapai sekiranya terjalin hubungan secara profesional antara coach dan coachee. Hal ini kerana keberkesanan hubungan yang terjalin akan
memberi impak terhadap proses coaching yang
dilaksanakan.