Sunday, May 21, 2017

Penggunaan Data Dalam Program Penambahbaikan Sekolah

https://drive.google.com/drive/folders/0B1CWnQhTT5h6SkNYdHdtOXdDcEE?usp=sharing

Klik Pada Gambar untuk muat turun bahan


Data adalah sangat penting dalam memastikan kita melaksanakan intervensi yang betul terhadap isu atau permasalahan yang ingin kita tangani. Data juga akan menjadikan keputusan-keputusan yang akan kita lakukan merupakan keputusan yang tepat sepanjang proses pengurusan dan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti.

Saturday, May 20, 2017

Kemahiran Pendidikan Abad Ke-21

Kerangka Kemahiran Pendidikan Aabad Ke-21


Profesion perguruan bertanggungjawab dalam memastikan dasar dan sistem pendidikan berupaya untuk merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan kemahiran baru seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal .

Matlamat Strategik Johor Showcase

Selaras dengan aspirasi PPJ untuk menjadikan Johor sebagai Johore Showcase maka semua kepimpinan sekolah dalam negeri Johor khususnya di PPD Kulai perlu mengambil langkah rapid execution, strong implementation bagi empat matlamat strategik Johore Showcase dalam bentuk pelan tindakan sekolah masing-masing;

Monday, May 15, 2017

Coaching & Mentoring Dalam Pendidikan

COACHING DAN MENTORING DALAM PENDIDIKAN
Konsep Asas, Peranan, Proses, Membina Kepercayaan




Apakah coaching?

Coaching  adalah mengenai keupayaan seseorang bertanya soalan yang betul daripada memberikan jawapan yang betul. Coaching pada asasnya menggunakan gaya perbualan berstruktur yang dibantu dengan pendekatan mendengar, menyoal dan memberi maklum balas serta membuat pemerhatian berkesan untuk membantu Orang yang Di Coach (coachee) meneroka dan memahami diri, potensi serta keadaan mereka sendiri. Seterusnya membolehkan mereka mencari penyelesaian mereka sendiri.

Friday, May 05, 2017

Kepimpinan Transformasional :

KEPIMPINAN TRANFORMASIONAL:
MATLAMAT, STRATEGI DAN IMPAK TERHADAP PEMBANGUNAN SEKOLAH





Penulisan ini meneliti transformasi kepimpinan yang menekankan kepentingan kerja berpasukan dan penambahbaikan sekolah yang menyeluruh, sebagai alternatif kepada kaedah lain dalam kepimpinan. Kepimpinan Transformasi adalah berlawanan dengan: (1) kepimpinan pengajaran, yang merangkumi hierarki dan penyeliaan Ketua dan biasanya tidak termasuk pembangunan guru; dan (2) kepimpinan transaksional, yang berasaskan Pertukaran Perkhidmatan untuk pelbagai jenis ganjaran yang dikawal oleh pemimpin, sekurang-kurangnya di peringkat bahagian. 

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Artikel Popular