Program
Transformasi Daerah berteraskan
konsep sokongan dan akauntabiliti dengan empat komponen
utama.
1. Mengupaya kepimpinan tempatan
Pada sukuan yang pertama ia menyentuh mengenai peranan KPM dalam mengupaya kepimpinan tempatan. Dalam konteks ini, KPM telah menyemak semula peranan dan
tanggungjawab sedia ada bagi menyediakan saluran penyampaian yang lebih jelas
dari peringkat pusat ke peringkat sekolah. Peranan JPN dan PPD telah berubah
akan ditentukan semula bagi memberikan lebih banyak hak kepada mereka membuat
keputusan dan berinteraksi secara langsung dengan sekolah. Peningkatan keluwesan operasi ini membolehkan JPN dan PPD menyesuaikan dasar dan program
yang lebih menepati keperluan khusus sekolah mereka.
Kementerian
mengekalkan fungsi penggubalan
dasar dan perancangan makro. Jabatan Pendidikan Negeri
memberi tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian rancangan, menjadi
penghubung yang penting antara penggubal dasar dengan pelaksana di peringkat
bawah. Sementara itu Pejabat Pendidikan Daerah pula bertindak sebagai rakan pembantu dan pemantau sekolah.
2. Memberi sokongan kepada organisasi yang paling
memerlukan
Sukuan yang kedua komponen DTP menyentuh mengenai peranan KPM, JPN dan PPD memberi sokongan kepada organisasi sekolah yang paling memerlukan. Berdasarkan analisis data dan punca masalah, PPD
membangunkan intervensi dan penyelesaian
setempat yang menepati
keperluan sekolah untuk menangani
pelbagai isu dan cabaran. Jawatan. Rakan
Peningkatan Sekolah (SIPartners+) diwujudkan
untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada Pengetua dan Guru Besar ke
arah peningkatan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi. Jawatan
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) diwujudkan untuk membimbing guru
ke arah peningkatan kualiti pengajaran, dan meningkatkan kefahaman dasar,
kurikulum baharu dan pentaksiran kepada guru yang dibimbing.
3. Menambat akses, kualiti, dan ekuiti
Komponen yang ketiga DTP menyentuh aspek akses, kualiti dan ekuiti pendidikan. Transformasi pendidikan yang dirancang dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia disusun mengikut tiga gelombang seiring dengan
penambahbaikan keupayaan dan kebolehan sistem serta berasaskan objektif yang
bersasaran dan jelas.
Semua daerah dan sekolah kekal sejajar dengan
keutamaan strategik Kementerian dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang
standard. Satu pangkalan data pendidikan bersepadu diwujudkan supaya analisis
prestasi sehingga peringkat sekolah boleh dicapai dengan cepat melalui papan
pemuka (dashboard) bersepadu.
Penilaian
Kecemerlangan PPD diadakan
untuk mengenalpasti tahap dan
potensi PPD dari aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan keberhasilan.
Penilaian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti amalan terbaik dan aspek
penambahbaikan berterusan dalam kalangan PPD supaya sokongan dan intervensi
berfokus boleh disalurkan kepada PPD yang paling memerlukan.
4. Disiplin pemantauan, penyelesaian masalah, dan
pengambilan tindakan
Dialog
prestasi diwujudkan sebagai
mekanisme pemantauan pada setiap peringkat bagi memastikan
sekolah, daerah dan negeri berada pada landasan yang betul. Dialog prestasi
membincangkan prestasi pendidikan berdasarkan data dan fakta bagi mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan, diikuti dengan semakan semula
pelan pelaksanaan serta
disusuli dengan tindakan yang mantap dan berfokus bagi
mencapai sasaran KPI.
No comments:
Post a Comment