Thursday, October 26, 2017

Bengkel Kerja Pasukan Pemacu Transformasi Daerah - Google Classroom

TARIKH : 25 OKTOBER 2017, RABU
MASA  : 10:00 PAGI ~ 1:00 TENGAH HARI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT

Mengambil inisiatif untuk memantapkan profesionalisme bagi tujuan memberi input bimbingan yang berkualiti, maka saya telah mengendalikan Bengkel Kerja Google Classroom yang melibatkan SIPartners+ dan  SISC+. Program yang bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 1.00 tengah hari antara lain bermatlamatkan untuk memberi bimbingan kepada rakan-rakan SIPartners+ dan SISC+ dalam mengelolakan kelas maya dengan menggunakan Google Classroom.

Peranan Coaching dalam Revitalisasi Pendidikan Abad Ke-21



Oleh;
Shamsuddin bin Haron (Pegawai SIPartner+ PPD Kluang)

 (Kertas kerja ini telah dibentangkan di Kenferensi Pendidikan Nasional 
di Kota Tinggi pada 2016)

Pengenalan

Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada bagi memastikan sistem pendidikan terus relevan, bersifat dinamik dan sesuai dengan persekitaran yang berubah.

Monday, October 16, 2017

Sepintas Lalu Mengenai Program Imersif Tinggi (The Highly Immersive Programme / HIP)

Program Imersif Tinggi (HIP) adalah satu program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang akan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar melalui peningkatan pendedahan kepada Bahasa Inggeris. Ia juga bertujuan untuk memupuk tingkah-laku yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. HIP adalah sejajar dengan aspirasi murid yang diketengahkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan menyokong lima anjakan dalam PPPM seperti berikut; 
 

https://drive.google.com/drive/folders/0B1CWnQhTT5h6M0NNQkxGaUFXb0U?usp=sharing
(Klik pada ikon untuk muat turun bahan)

Sunday, October 15, 2017

Penandaarasan Sebagai Strategi Penambahbaikan Berterusan di Sekolah: Konsep dan Rasional


Penandaarasan merupakan kaedah yang telah digunakan sekian lama oleh individu, kumpulan mahupun organisasi untuk tujuan penambahbaikan prestasi masing-masing. Sejak dahulu lagi kemajuan telah dapat dicapai menerusi proses penandaarasan ini di mana penelitian dibuat ke atas pihak yang lebih maju dan idea-idea dipinjam, diubahsuai dan dilaksanakan di organisasi sendiri. Dalam tahun 70'an pihak pengurusan memberi tumpuan kepada proses penambahbaikan secara berterusan dan ini mencetus kesedaran bahawa kecemerlangan sesuatu output itu banyak bergantung kepada proses-proses yang terlibat dalam penghasilannya. | BAHAN POWER POINT |
 


Sebahagian Pegawai SIPartners+ yang turut serta dalam Forum
Forum SIPartners+ dan SISC+ Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2017, bertempat di Eastin Hotel, Petaling Jaya, adalah julung-julung kalinya dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Unit Pelaksanaan & Prestasi (PADU), sepanjang kewujudan SIPartners+ dan SISC+ di bawah inisiatif DTP sejak 2014.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, bertemakan “MEMPERKASAKAN PERANAN SIPARTNERS+ DAN SISC+ DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21”. Forum telah disertai oleh seramai 52 orang SIPartners+ dan seramai 162 orang SISC+ dari seluruh negara serta14 orang  Program Manager bagi setiap JPN .
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merasmikan forum ini.
Sila klik pada pautan untuk maklumat lanjut berkaitan FORUM
https://forumsipsisc.wordpress.com/

Artikel Popular