Monday, September 17, 2018

Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM



Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), DATUK DR AMIN BIN SENIN telah mengemukakan gagasan Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM kepada warga pendidikan sebagai panduan dalam menterjemah budaya kerja yang berupaya merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 merupakan tumpuan khusus KPPM dalam meneruskan amanah yang diberi untuk meletakkan pendidikan negara sebaris dengan negara-negara yang mempunyai sistem terbaik di dunia.
Fokus dan gerak kerja ini telah dirangkumkan  dalam satu muka surat agar ia dapat disebar kepada semua pemimpin pendidikan seterusnya diikuti dengan terjemahan melalui tindakan yang berterusan. Ini adalah kunci pengurusan yang berkesan. Dalam erti kata lain Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 adalah One Page Management Tool yang melihat pelaksanaan PPPM dari satu dimensi yang lain. 
Empat tema perbincangan yang diutarakan dalam FGK ialah pendekatan, sasaran mikro, bidang tumpuan dan program strategik. Setiap tema ini dinyatakan secara ringkas pengertian konsep, golongan sasaran, impak/ keberhasilan sekolah dan bagaimana tindakan yang wajar dilakukan bagi mempercepatkan transformasi pendidikan. Kefahaman keseluruhan keempat-empat tema ini adalah wajar supaya usaha transformasi yang kita laksanakan akan berlaku sederap di setiap peringkat.
Sila muat turun  dan buka pautan berikut untuk meneroka Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 secara lebih mendalam.



No comments:

Artikel Popular