Friday, September 14, 2018

Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) peringkat Negeri Johor



Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan Program Strategik KPM untuk merangkai titik-titik (connecting the dots) bagi memastikan sistem pendidikan negara bergerak selaras dengan perkembangan abad ke 21. Fokus program TS25 adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid secara holistik dan sekolah berkualiti . Bagi menjayakan hasrat tersebut, kepimpinan sekolah perlu memahami konsep TS25 agar dapat mengerakkan secara maksimum komponen-komponen yang telah digariskan dalam kerangka TS25. 

Sehubungan itu pada 19 September 2018, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) buat pertama kalinya dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, KPM menganjurkan Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) peringkat Negeri Johor bagi tahun 2018. Program ini diadakan bagi tujuan pemilihan amalan terbaik sekolah-sekolah TS25, untuk diketengahkan bagi mewakili negeri Johor dalam Konvensyen Kebangsaan Kali Ke-2 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Tahun 2018 dengan tema Transformasi Sekolah 2025 Memacu Kemenjadian Murid.


Objektif

1) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga sekolah ke arah kemenjadian murid.

2) Mengupaya pasukan kepimpinan, pengurusan dan sokongan sekolah ke arah sekolah berkualiti.

3) Menyediakan platform untuk sekolah berkongsi amalan terbaik

4) Menyediakan platform perkongsian ilmu terkini berkaitan usaha transformasi yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan sekolah-sekolah TS25.

Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut berkaitan kolokium.

KOLOKIUM TS25 NEGERI JOHOR TAHUN 2018

No comments:

Artikel Popular