School Improvement Partners Plus (SIP+) kini
semakin matang mengikut usia sejak jawatan ini diwujudkan pada awal Tahun 2014.
Dengan kursus asas Coaching and Mentoring yang diberi oleh pihak Institut Aminuddin
Baki pada awal penubuhan jawatan, terceburlah para pegawai SIP+ ke dalam
lombong bimbingan profesional kepimpinan pendidikan daerah masing-masing. Ramai yang senyum menghitung hari persaraan
namun masih ramai yang masih muda dan gagah untuk mendepani dunia bimbingan
pemimpin sekolah kini.
Model atau teknik bimbingan ‘GROW’ sangat popular
sebagai asas bimbingan dalam pendidikan. Namun dengan mempelbagaikan teknik
bimbingan baharu juga sesuatu yang menjadikan kita pembimbing atau SIP+ yang
positif dan berinspirasi untuk terus melangkah ke hadapan.
TEORI COACHING
(BIMBINGAN)
Coaching
memberi definisi satu hubungan yang kuat dan bermakna yang membantu Coachee berfikir-melalui penyelesaian
mereka sendiri dalam tempoh masa tertentu melalui powerful questions & pemikiran yang ‘way forward’. Hubungan ini unik kerana ia digerakkan oleh orang
yang dibimbing (coachee). Dia
memutuskan apa yang perlu dibincangkan, mereka menghasilkan penyelesaian mereka
sendiri, komited untuk merancang, bertindak, melaksana dan menunjukkan
keputusan dan akauntabiliti.
Jadi, jika Coachee
melakukan semua kerja? Apakah yang dilakukan oleh Coach?
Coach membantu
Coachee untuk mempunyai struktur
pemikiran yang lebih baik melalui powerful
questions. Coach perlu mendengar secara aktif, memberi cadangan dengan
keizinan dan sesekali komunikasi secara langsung. Proses begini akan dapat
membantu coachee sedar dan jelas sebelum membuat sesuatu pilihan yang tepat
dalam mengambil tindakan bagi mendapatkan hasil atau impak.
COACHING
MENGGUNAKAN TEKNIK MODEL FUEL
Apakah perkara pertama yang anda terfikir bila
mendengar perkataan ‘FUEL’ atau ‘bahan bakar’?
Minyak yang akan melajukan kereta anda di lebuh raya? Bahan bakar yang
menjadi pemangkin ke arah kemajuan dan pencapaian. FUEL ialah satu kaedah
bimbingan yang digunakan untuk membantu orang lain merealisasikan matlamat
peribadi atau profesional. Pada mulanya dikembangkan oleh John Zenger dan
Kathleen Stinnett dalam bukunya, The Extraordinary Coach:
How the Best Leaders Help Others Grow,
FUEL adalah akronim berguna yang membantu kita mengingati setiap langkah dalam kaedah ini. FRAME THE CONVERSATION (Membingkai perbualan/ Menetapkan matlamat)
Bimbingan menentukan
bagaimana perbualan harus diteruskan, bersetuju dengan tujuan serta matlamatnya. Contohnya,
Coach mungkin bertanya soalan, '' Apakah yang ingin kita capai dalam
perbualan ini? '' atau 'Apakah yang
harus menjadi tumpuan dalam perbualan ini?' Apakah Kaedah Coaching FUEL?
Model FUEL boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Walaupun ia banyak dipelopori oleh sukan dan kemudian perniagaan namun kebijaksanaan kita sebagai Coach akan menjadikan coaching pelbagai model ini menarik dan memberikan inspirasi. "Aku tidak boleh mengajar Sesiapa apa-apa pun, aku hanya mampu membuat mereka berfikir” - Socrates
No comments:
Post a Comment