Sebuah Jeritan Perang (War Cry) adalah slogan atau moto yang mengekspresikan nilai-nilai, matlamat, atau identiti sesebuah organisasi, terutamanya dalam usaha menaikkan moral dan semangat anggota organisasi dalam menempuhi cabaran atau bagi tujuan menggapai visi yang mahu direalisasikan. Ia penting kepada organisasi kerana ia boleh boleh menjadi pembakar semangat, memberi inspirasi, motivasi, dan menyatukan ahli-ahli, serta menyampaikan mesej kepada anggota dalam organisasi di samping memberi keyakinan kepada pemegang taruh.
Atas kesedaran dan keperluan ini, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, telah mengambil satu inisitaif untuk memperkenalkan War Cry beserta logo yang diharapkan dapat memberikan mesej yang jelas tentang keazaman dan iltizam warga pendidikan Tangkak. War Cry PPD Tangkak adalah slogan atau moto yang mengekspresikan nilai-nilai, matlamat, dan identiti kita sebagai sebuah organisasi pendidikan yang berprestasi tinggi, berinovasi, dan berdaya saing iaitu; Gemilang Tangkak 5!
War Cry Gemilang Tangkak 5 bukan sekadar perkataan kosong, tetapi ia adalah komitmen dan tanggungjawab kita untuk melaksanakan visi dan misi kita dengan penuh dedikasi, integriti, dan kecemerlangan. War Cry Gemilang Tangkak 5 juga adalah cara kita untuk menyampaikan mesej kita kepada orang ramai dan pihak-pihak yang berkepentingan tentang apa yang kita lakukan, apa yang kita capai, dan apa yang kita harapkan. War Cry Gemilang Tangkak 5 juga adalah inspirasi dan motivasi kita untuk terus berusaha, berinovasi, dan berkembang dalam menghadapi cabaran dan peluang masa depan.
Keterangan Reka bentuk Logo
Bentuk segi
tiga; pada asasnya mewakili identiti daerah Tangkak
yang terkenal dengan adanya Gunung Ledang yang yang popular di seluruh
negara dan hebat dengan sejarah dan lagenda yang diwarisi turun temurun. Segi
tiga ini juga mengambarkan tiga unsur utama kehidupan iaitu ketuhanan,
manusiawi dan alam. Ianya saling berhubung untuk membentuk kehidupan yang
harmoni berteraskan nilai, kepercayaan dan amalan murni kehidupan.
Dalam aspek
pengurusan organisasi, ia mengambarkan kesepaduan dan ketaatan anggota
organisasi yang berpaksikan prinsip, nilai dan garis panduan serta peraturan
yang sedia ada. Ini akan memastikan organisasi pendidikan daerah Tangkak terus
berada dalam landasan yang tepat menuju kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
Dalam konteks memaksimumkan keberhasilan, hasrat untuk mencapai halatuju
pendidikan iaitu sekolah kualiti dan kemenjadian murid akan dapat
direalisasikan apabila tiga dimensi utama pendidikan iaitu kepimpinan berkesan
, guru berkualiti dan pelibatan aktif ibu bapa, komuniti serta pihak swasta
dapat digerakkan secara bersinergi.
Hanya dengan penyepaduan
tindakan secara kolaboratif dari tiga dimensi ini sahajalah yang akan
menghasilkan persekitaran bermakna yang seterusnya memacu kepada sekolah yang
berkualiti dan kemenjadian murid. Keterbukaan, Kebersamaan dan Keterangkuman
adalah sifat yang ditanam pada setiap warga organisasi agar mampu memperkukuh
ikatan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan Tangkak.
Keterangan Warna
Warna Biru; Warna biru dalam konteks organisasi dikaitkan dengan sifat seperti kestabilan, kepercayaan, profesionalisme, dan ketenangan. Penggunaan biru memberikan kesan korporat yang kukuh dan menonjolkan kebolehan untuk memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai. Selain itu, biru juga memberikan kesan kesederhanaan dan efisiensi dalam persekitaran korporat serta membina kesepaduan dan perpaduan dalam kepelbagaian.
Warna Unggu; memberi makna fungsi dan peranan PPD Tangkak dalam memberi sokongan dan bimbingan secara berterusan kepada sekolah di mana pengupayaan sekolah diberi keutamaan berfokuskan kepada kepercayaan dan inspirasi (trust & inspire).
Warna Emas Mawar (Rose Gold); Rose Gold adalah warna logam yang menggabungkan emas dengan jumlah tembaga yang berbeza untuk mencipta nuansa merah jambu yang hangat mewakili warna korperat PPD Tangkak. Warna Rose Gold adalah mengambarkan sikap optimis, keazaman dan berwawasan anggotanya. Ia turut mengambarkan keeleganan dan keunikan dalam kepelbagaian.
Warna Merah; Warna merah dalam konteks organisasi melambangkan semangat membara, tenaga, kekuatan, dan mengutamakan kesegeraan dalam tindakan. Ia dapat menyampaikan rasa keberanian, ketetapan, dan keghairahan. Merah juga dikaitkan dengan sifat yang menarik perhatian, menjadikannya pilihan strategik dalam penjenamaan untuk mencipta impak dan kegemilangan.
Warna Emas; Warna ini mengambarkan ketinggian nilai, kejayaan dan kegemilangan selaras dengan hasrat organisasi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Warna emas dalam penjenamaan PPD Tangkak menyampaikan maksud ketulenan dan eksklusiviti, yang mencerminkan imej premium pendidikan ke arah pembinaan karamah insaniah yang dapat merealisasikan kecemerlangan, melestarikan kegemilangan.
Keterangan Abjad :
G : Gemilang ( Pencapaian yang gemilang)
T : Tangkak (Daerah
Tangkak)
5 : Lima indikator
kegemilangan ( kedudukan, bidang, strategi, amalan kepimpinan,
keterangkuman)
Perkataan Gemilang Tangkak 5 : Bermaksud menjadikan Pendidikan daerah Tangkak mencapai kecemerlangan dan kejayaan berasaskan kepada indikator berikut:
1) Kedudukan Top 5; Mencapai kejayaan sekurang-kurangnya bearada pada tempat atau kedudukan ke-5 dalam negeri Johor dalam bidang pengurusan, kepimpinan organisasi dan aspek kemenjadian murid terutamanya dalam aspek akademik, pencapaian dalam bidang kokurikulum dan sahsiah murid.
2) Lima Bidang Keberhasilan; Mencapai kecemerlangan dalam lima bidang keberhasilan utama pengurusan sekolah dan organisasi iaitu; Kepimpinan dan Sumber Manusia, Organisasi, Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah Murid.
3) Lima Strategi Tindakan; Menggariskan lima strategi daerah dalam usaha memupuk budaya kecemerlangan ke arah kegemilangan iaitu; Pembangunan Kapasiti Modal Insan, PeMaCU (Pemangkin Matlamat Capaian Unggul), Dialog Prestasi Berkualiti dan Berkesan, Sinergi Dalam Tindakan, Pendekkan Terbeza dan Berimpak Tinggi.
4) Lima Amalan Kepimpinan; Menggariskan lima amalan kepimpinan yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan individu dan organisasi, iaitu merujuk kepada amalan kepimpinan dari “The Leadership Challenge” oleh Kouzes dan Posner. Lima amalan kepimpinan teladan tersebut dirumuskan seperti berikut:
a) Menjadi Model atau Suri Teladan: Dalam konteks kepimpinan, merujuk kepada amalan pemimpin yang menyelaraskan tindakan dan perilaku mereka dengan nilai-nilai, etika, dan prinsip-prinsip yang diinginkan. Pemimpin yang mengamalkan Model the Way memberikan contoh yang konsisten, menjadi teladan dalam mematuhi nilai-nilai organisasi, dan memimpin dengan integriti. Ini melibatkan kesesuaian antara kata-kata dan tindakan, membentuk landasan kepercayaan dan kestabilan dalam kepemimpinan.
b) Menjadi Inspirasi Kepada Orang Lain: Memberi inspirasi kepada orang lain dalam konteks kepimpinan merujuk kepada keupayaan pemimpin untuk membayangkan dan menyampaikan visi yang memotivasikan, membangkitkan semangat, dan merangsang tindakan positif. Pemimpin yang mampu memberi inspirasi membantu menggugah semangat serta komitmen individu atau pasukan, memotivasi mereka untuk mencapai matlamat bersama dan mencipta perubahan positif. Ini melibatkan komunikasi yang kuat, visi yang jelas, dan kemampuan untuk merangsang hasrat dan semangat dalam orang lain.
c) Mencabar Proses: Pemimpin memberangsangkan inovasi dan penambahbaikan, mencari peluang untuk berubah dan berkembang. Mencabar proses dalam konteks kepimpinan merujuk kepada tindakan pemimpin yang menggalakkan pencarian penambahbaikan dan inovasi. Ia melibatkan keberanian untuk menantang cara-cara lama, mencari cara yang lebih baik, dan memotivasikan pasukan untuk mencuba pendekatan baru. Mencabar proses mendorong kreativiti, kecekapan, dan pembaharuan dalam usaha untuk terus meningkatkan prestasi dan hasil organisasi.
d) Membolehkan Orang Lain Bertindak - Dalam konteks kepimpinan merujuk kepada memberikan keupayaan, sokongan, dan sumber daya kepada anggota pasukan atau individu agar mereka dapat mengambil inisiatif, membuat keputusan, dan menjalankan tugas dengan tanggungjawab. Ini melibatkan memberikan ruang untuk perkembangan peribadi, menyokong kebolehan mereka, dan mempercayai mereka untuk menjalankan tugas dengan efektif. Prinsip ini mencerminkan kepercayaan kepada orang lain dan peningkatan keterlibatan mereka dalam proses keputusan dan pelaksanaan.
e) Menggalakkan Hati – Menggalakkan hati dalam konteks kepimpinan merujuk kepada tindakan menyokong, memberi pengiktirafan, dan memberikan dorongan positif kepada individu atau pasukan. Ini melibatkan memberi pujian, mengiktiraf pencapaian, dan menyemangati semangat positif. Menggalakkan hati membantu mencipta persekitaran kerja yang positif dan memberikan motivasi kepada anggota pasukan untuk berusaha lebih baik. Ia melibatkan aspek emosional dan psikologikal untuk membina semangat kerjasama dan kecemerlangan.
5) Keterangkuman; Dalam konteks organisasi, keterangkuman merujuk kepada keadaan atau ciri-ciri yang ringkas, padat, dan efisien. Ia melibatkan kemampuan untuk menyampaikan maklumat atau konsep dengan jelas dan ringkas tanpa kehilangan kefahaman. Strategi keterangkuman sering diterapkan dalam komunikasi organisasi untuk memudahkan pemahaman dan memastikan mesej disampaikan dengan tepat dan efektif.
Oleh itu, saya mengajak semua warga pendidikan di PPD Tangkak untuk menghayati, mengamalkan, dan menyebarkan War Cry Gemilang Tangkak 5 dalam setiap aktiviti, program, dan projek yang kita jalankan. Saya yakin dengan War Cry Gemilang Tangkak 5, kita akan dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan pendidikan dan negara. Saya juga yakin dengan War Cry Gemilang Tangkak 5, kita akan dapat mencipta sejarah dan legasi yang membanggakan kita semua.
Sekian, terima kasih. Gemilang Tangkak 5!
No comments:
Post a Comment