Tuesday, January 23, 2024

Ucapan PPD Pada Majlis Perhimpunan Profesionalisme Pendidikan Bilangan 1/2024 PPD Tangkak

 


TEKS UCAPAN EN AZMAN BIN SAFII, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK
PADA MAJLIS BICARA PROFESIONAL BERSAMA 
NORLIZA BINTI NOH, EXCO PENDIDIKAN
KERAJAAN NEGERI JOHOR

TARIKH : 
21 JANUARI 2024

TEMPAT: 
DEWAN UTAMA,
INSTITUT  LATIHAN PERINDUSTRIAN, SAGIL

MASA : 09.00 PAGI


Terima kasih Saudara dan Saudari Pengacara Majlis; 
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Salam Pendidikan Tangkak PERKASA,

Salam Gemilang Tangkak Lima,
Salam Muafakat Johor

SALUTASI

Yang Berhormat, 
Yang Berhormat Norliza Binti Noh, 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Johor,

Yang Berusaha,
..................................................................
Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Timbalan Pengarah Sektor...............
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani 
Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir 

Yang Berhormat Tuan Ee Chin Li
Ahli Dewan Undangan Negeri Tangkak 

Wakil rasmi Yang Berhormat Ahli  Dewan Undangan Serom, 
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaratakat Kerajaan Negeri Johor

Yang dihormati
...................................................................
Pengarah suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
Cawangan Johor
Yang Dihormati
.....................................................................
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Raja Zarith Sofea Negeri Johor

Yang Dihormati
................................................................
Pegawai Penerangan 
Pejabat Penerangan Daerah Tangkak

Yang Dihormati
 Pengarah Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Sagil
(terima kasih atas kebenaran menggunakan dewan besar pada hari ini)

Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Daerah Tangkak

Yang Dihormati Barisan Timbalan Pejabat Pendidikan Dearah Tangkak,
Barisan SIP+ 
Barisan SISC+ 
Barisan Penolong PPD dan Warga Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak


Yang Dihormati Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Tangkak
Barisan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-sekolah Daerah Tangkak

Serta Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 

1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama bertemu dan berhimpun di Majlis Perhimpunan Profesional Pendidikan Pejabat Pendidikan, Pejabat  Pendidikan Daerah Tangkak.

2. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih, saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. 

3. Majlis perhimpunan pada hari ini terasa begitu istimewa dan bertuah dengan kehadiran Yang Berhormat (YB) Norliza Binti Noh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor. Kami percaya YB sebagai Pengerusi jawatankuasa tersebut, telah mempunyai aspirasi, visi dan misi, serta halatuju pendidikan Negeri Johor, di bawah pimpinan YB Menteri Besar Johor.  Kami dimaklumkan bahawa YB akan ke setiap daerah bagi tujuan ini. Semoga pendidikan di Negeri Johor terus meningkat dan mencapai objektifnya, InsyaaAllah.

Daerah Tangkak nama diberi,
Tempat letaknya di utara negeri,
Dari jauh YB kemari,
Selamat datang ucapan diberi.

4. Yang Berhormat dan Hadirin sekalian.
Sedikit latarbelakang penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak. PPD Tangkak telah ditubuhkan pada bulan Disember 2014. Genap sedekad pada bulan Disember 2024 ini. PPD Tangkak mula beroperasi dengan menumpang di Blok Asrama lama SMK Tun Mamat Jalan Payamas dan sehingga kini, hampir sedekat, masih di lokasi yang sama. Ketika awal penubuhan, terdapat hanya kira-kira lima belas orang pegawai termasuk AKP, namun kini kekuatan pegawai dan AKP seramai 65 orang. PPD Tangkak mengurus dan mentadbir  16 buah Sekolah Menengah dan 65 buah Sekolah Rendah.

5. Halatuju PPD Tangkak bergerak seiring dengan Halatuju Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia. PPD Tangkak telah menetapkan lima matlamat stategik kearah Sekolah Berkualiti iaitu mempunyai barisan pemimpin sekolah yang berkualiti, memantapkan kualiti guru-guru di Daerah Tangkak, Peningkatan jumlah sekolah dengan Audit Cemerlang, Pemantapan pengurusan buku Perkhidmatan Kerajaan dan mewujudkan Sekolah Berwatak. 

6. PPD Tangkak juga telah menggariskan beberapa langkah strategik bagi memaksimumkan Kemenjadian Murid Sekolah-sekolah Daerah. PPD Tangkak melaksanakan pelbagai usaha untuk peningkatan murid Layak Mendapat Sijil (LMS) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PPD Tangkak juga membimbing sekolah untuk mendapatkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang baik serta dapat merapatkan jurang pencapaian antara murid perempuan dan murid lelaki, meningkatkan kehadiran murid ke sekolah serta mencapai kecemerlangan di bidang kokurikulum dan sukan.

7. Yang Berhormat  dan Hadirin sekelian.
Terdapat beberapa Institusi Pengajian Tinggi di Daerah Tangkak ini, antaranya Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sagil, Kolej Matrikulasi Tangkak, Kolej Komuniti Tangkak, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Tangkak dan lain-lain. PPD Tangkak berusaha agar murid-murid lulusan SPM Daerah Tangkak akan dapat meneruskan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi samada melanjutkan pelajaran ke institusi yang disebutkan tadi ataupun ke Institusi Pendidikan yang lain.

8. Akhir kata, di kesempatan ini saya dan seluruh warga pendidikan daerah Tangkak, sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian hadir ke Majlis Perhimpunan Profesional Pendidikan Pejabat Pendidikan, Pejabat  Pendidikan Daerah Tangkak. Semoga kehadiran Yang Berhormat akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan di Daerah Tangkak ini.  
Saya sudahi dengan dua rangkap pantun

Tua muda abang kakak,
Riuh rendah duduk bersembang,
Kalau bertandang ke Daerah Tangkak,
Singgah singgahlah ke Gunung Ledang

Dari Tg Agas ke Bukit serampang,
Dari Kesang hingga ke Bekoh,
Amanah KPM kami pegang,
Warga PPD Tangkak berdiri teguh.

Sekian, Terima Kasih. 
Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Link Slaid

KPPD - UCAPAN ALUAN - BICARA PEMIMPIN 2024 (1).pptx

No comments:

Artikel Popular