Wednesday, March 13, 2024

Blended Coaching Sebagai Satu Model dan Strategi Membangunkan Kompetensi Kepimpinan Sekolah

Model Blended Coaching adalah antara model coaching yang paling awal yang dibangunkan khas untuk membangunkan kepemimpinan pengetua dan guru besar di sekolah. Ia dibangunkan oleh Gary Bloom, Claire Castagna, Ellen Moir dan Betsy Warren (Bloom et al, 2005) yang menggariskan kemahiran-kemahiran dan tingkah laku yang mesti ada dan diamalkan oleh seorang coach ketika membuat bimbingan. Ia merupakan strategi yang dinamis, lebih selesa dan rasional untuk coach mengamalkannya. Namun, ia hanya boleh dipraktikkan dengan disiplin dan usaha yang bersungguh-sungguh (Bloom et al. 2005). Kemahiran-kemahiran yang dikenalpasti oleh Bloom yang mesti ada pada setiap coach ialah ; Membina hubungan, mendengar, memerhati, memberi soalan, dan memberi maklum balas. Dalam Model Blended Coaching ini, coach boleh menggunakan mana-mana strategi bimbingan yang dikenalpasti dan coach boleh mencampuradukkan strategi-strategi itu bersesuaian dan bergantung kepada keperluan dan tahap kepakaran coachee. Terdapat empat kaedah bimbingan yang terkandung dalam model ini iaitu; (1) Bimbingan Instruksional, (2) Bimbingan Konsultatif (3)Bimbingan Kolaboratif, (4) Bimbingan Transformasional dan  (5) Bimbingan Fasilitatif,  ; digambarkan dalam gambarajh 4 di bawah.


Friday, March 08, 2024

Ucapan Selamat kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025



Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Salam Pendidikan Tangkak Perkasa, Gemilang Tangkak 5. Kepada warga pendidikan tangkak yang dihormati, dan semua pelajar yang dikasihi. Dengan sukacitanya dan dengan penuh kesyukuran kepada yang maha esa, saya mengambil kesempatan ini ini untuk menyampaikan sepatah dua ucapan sempena pembukaan sesi persekolahan  baru ini. 

Aspirasi Pendidikan "MAJU JOHOR" ; Johor Tetap Johor dan Johor LEADS.

Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan satu naratif daripada saya selaku PPD dalam  memberikan suatu tanggapan umum tentang aspirasi pendidikan “MAJU JOHOR” yang menjadi asas kepada hala tuju pendidikan johor di bawah kepimpinan Pengarah Pendidikan Johor yang baharu Tuan Haji Mohd Hanafi  bin Samad.  Penulisan ini diharapkan dapat memberikan satu pandangan tentang apa dan bagaimana kita selaku pegawai perkhidmatan pendidikan, sama ada berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah mahupun di sekolah bereaksi, bertindak balas serta mengambil langkah-langkah proaktif dan produktif bagi memastikan aspirasi dan hala tuju pendidikan Johor ini dapat dilaksanakan serta disambut baik oleh warga pendidikan di peringkat yang paling dasar iaitu di sekolah.

Artikel Popular