Saturday, May 04, 2024

"BLIND SPOT" Dalam Kepimpinan


Situasi 1:
Sehebat mana pun ikan paus Hammerhead, ia masih tak mampu untuk memakan ‘rezeki di depan mata’  disebabkan blind spot dan juga disebabkan fizikalnya yang sememangnya begitu.

Peranan Guru Dalam Merealisasikan Pendidikan Holistik


Pendidikan Holistik:

Guru mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan masa hadapan generasi hari ini pada masa hadapan. Peranan guru amatlah penting kerana proses pertumbuhan murid di sekolah berlaku dalam bilik darjah. Kemahiran guru dan pengajaran dan dalam mengurus kurikulum akan menentukan sejauh mana murid dapat dikembangkan potensinya sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiahnya. Saya amat bersetuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa kualiti pendidikan tidak dapat mengatasi kualiti gru dalam bilik darjah. Tanpa guru bagaimana mungkin kita mampu memasang impian untuk melajirkan insan terbilang yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan. Memperkatakan tentang peranan guru dalam merealisasikan pendidikan holistik, pada penulisan ini saya akan melihat dari dua sudut, pertamanya dari dua sudut peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta dari sudut peranan guru dalam penilaian dan pentaksiran.

Peranan Kepimpinan Dalam Merealisasikan Pendidikan Holistik

 

Kerangka Pendidikan Holistik Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pendidikan Holistik:

Sebagai peneraju pemimpin pendidikan kita seharusnya menyedari bahawa murid memerlukan lebih daripada sekadar asas yang kuat dalam kurikulum teras berasaskan akademik, mereka juga perlu disokong oleh sekolah dan komuniti untuk mengembangkan pemahaman yang seimbang terhadap diri mereka dan hubungannya dengan persekitaran mereka dan dunia luar. 

Tidak dinafikan semakin hari semakin jelas nada yang mengarah kepada penumpuan pada konsep pembelajaran berpusatkan akademik kepada holistik sebagaimana yang ditetapkan oleh KPM, JPN dan PPD. Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting dalam memastikan konsep pembelajaran holistik ini benar-benar berlaku. Sejauh mana kejayaan dalam perubahan ini sangat di pengaruhi oleh peranan guru kerana guru di sekolah mempunyai peluang terbesar untuk membantu murid mengetahui identiti mereka dan mencari makna dalam hubungan masyarakat dan dunia melalui kaedah pengajaran holistik. 

Pada artikel ini saya akan memfokuskan kepada kaedah dan manfaat pendidikan holistik agar pendidik dapat mengetahui bagaimana pembelajaran holistik dan strategi pengajaran lain dapat membentuk masa depan murid-murid. Saya berpendapat Dimensi dalam membangunkan potensi murid atau kemenjadian murid harus meluas dan bersifat holistik untuk mencapai sasaran pemimpin masa hadapan yang dinamik, mempunyai teras nilai yang kukuh dan kekal relevan pada sebarang situasi dan masa. Miller (1991)menyarankan agar garis horizon makna pendidikan ini diperluaskan. Ini adalah benar kerana ada kalanya kerja buat kita bersifat mencapai penarafan atau mengejar cemerlang sahaja. 

Bagaimana pula dengan pembangunan murid itu secara menyeluruh seperti membangunkan intelektual mereka, memperagakan bakat, membina nilai emosi, kemahiran bersosial, kreativiti atau nilai kerohanian mereka? Dimensi-dimensi ini perlu kita bangunkan secara tuntas, selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari sisi yang lain saya melihat konsep holistik dalam pendidikan yang perlu diterapkan menerusi perspektif budaya kerja kita selaku penjawat awam, iaitu cara bagaimana kita berfikir, bertindak dan membuat keputusan. 

Maknanya Pendidikan holistik  juga melihat kepada jaringan usaha dengan melibatkan semua entiti, sama ada dalam kalangan ahli dalam organisasi mahupun di luar organisasi. Kerja secara “silo” tidak lagi boleh menjadi amalan. Dalam organisasi Pendidikan, impak keberhasilan murid dan kualiti Pendidikan bukan terhasil daripada kepimpinan “adiwira” tetapi terhasil daripada kolaboratif usaha semua pihak.  

Dalam konteks luar sekolah pula, kita tentu mengakui bahawa kelompok ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta mempunyai kekuatan yang sangat besar  untuk  turut memberi  sumbangan kepada pendidikan. Amatlah jelas bahawa kita sebenarnya berkongsi hasrat yang sama untuk melihat anak- anak didik kita membesar dengan potensi dan bakat mereka digilap dan diwarnai dengan nilai-nilai akhlak yang luhur. Sewajarnyalah kerjasama silang dengan semua pihak ini menjadi usaha menyeluruh, akhirnya membentuk sebuah masyarakat madani. Pendekatan holistik inilah yang kita harapkan untuk membina pemimpin masa hadapan yang bertunjangkan nilai yang berupaya menghadapi cabaran zamannya. 

Oleh itu dalam usaha memperkasakan kepimpinan dan warga Pendidikan diupayakan dalam mewarnai Pendidikan holistik ini, saya amat menyarankan agar emat model berikut dapat diterapkan dalam amalan pendidikan di sekolah dalam merealisasikan Pendidikan holistik, iaitu; 

1) Sekolah Sebagai Pembelajaran Pengalaman (Experiential Learning Schools): Kepimpinan di sekolah berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai model pembelajaran pengalaman. Mengikut pendekatan ini sekolah akan memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dan menyediakan pengalaman pendidikan secara langsung. Sebagai contoh, murid mungkin bekerja dalam kumpulan meneroka gaya pembelajaran yang berbeza untuk menentukan gaya yang paling berkesan untuk mereka. Teknik pengalaman holistik selalunya termasuk latihan penyelesaian masalah untuk menangani masalah komuniti atau mencipta produk inovatif. 

2) Pembelajaran Berpandu Kendiri (Self-Guided Learning): Dalam persekitaran pendidikan berpandu kendiri, peranan kepimpinan sekolah ialah mendorong warga guru membenarkan murid belajar mengikut rentak mereka sendiri dalam gaya yang paling sesuai dengan mereka. Budaya berpandukan kendiri membolehkan pemperibadian untuk mengurangkan kebergantungan kepada model pembelajaran konvensional iaitu pembelajaran satu saiz untuk semua (one-size-fits-all learning models). Pendekatan Pembelajaran Modular dan pendekatan secara bertema boleh digunakan untuk menyesuaikan kandungan dan kadar kurikulum di samping mengadaptasi minimum adequite syllibus atau pembelajaran masteri bagi mengimbangi keupayaan murid yang berbeza. Bilik darjah mungkin lebih kecil dan mengandungi murid yang berbeza umur dan tahap keupayaan. 

3) Sekolah Komuniti: Sekolah komuniti adalah berdasarkan idea bahawa orang mencari makna melalui hubungan dengan komuniti mereka. Kepimpinan sekolah menerajui, membimbing dan memberi dorongan kepada guru untuk mewujudkan kolaboratif dengan ahli komuniti, termasuk keluarga, penduduk, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, untuk menyediakan sokongan bersepadu dan peluang pembelajaran yang diperluaskan, termasuk program selepas sekolah dan semasa cuti. Dalam konteks ini sekolah ialah hab komuniti yang menghimpunkan aktiviti akademik, sosial, pembangunan dan penglibatan. Justeru itu saya melihat kepimpinan di Pejabat pendidikan Daerah perlu memberikan tumpuan terhadap perkara ini menerusi pemerkasaan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), kerana salah satu bidang keberhasilan utama ialah dalam mewujudkan pelibatan aktif dalam kalangan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). 

4) Kerja Kursus Antara Disiplin: Sebahagian daripada apa yang membentuk pendidikan holistik ialah idea bahawa pertumbuhan kognitif murid dipertingkatkan apabila pelbagai mata pelajaran ditangani bersama. Sesetengah sekolah mencipta program bersepadu di mana guru-guru daripada disiplin yang berbeza berkumpul untuk mengajar kursus bertema yang menangani isu-isu dari pelbagai perspektif. Kerja kursus mungkin juga termasuk penyelidikan bebas, perjalanan, kerja lapangan dan latihan amali. Justeru, saya melihat Model pembelajaran ini dapat diterapkan berpandukan pelaksanaan yang mantap dalam Modul 6, Program TS25 iaitu Modul Kefahaman Melalui Reka bentuk. 

Oleh itu selaku pemimpin Pendidikan kita perlu membina keyakinan diri bahawa potensi yang ada dalam diri anak-anak didik kita meliputi potensi akademik, potensi fiskal, potensi sosial, potensi kreatif, potensi emosi dan potensi spiritual. Dengan cara inilah kita mampu membangunkan generasi murid yang mampu mengembangkan seluruh potensinya sebagai manusia yang holistik, iaitu manusia pembelajar sejati yang selalu menyedari bahawa dirinya ialah sebahagian dari sebuah sistem kehidupan yang luas, sehingga selalu ingin memberikan kontribusi positif kepada lingkungan hidupnya. Hal ini demikian kerana pendidikan holistik adalah pendidikan yang mengembangkan seluruh potensi murid secara harmonis (terpadu dan seimbang), meliputi potensi intelektual (intellectual), emosional (emotional), fizikal (physical), sosial (sosial), estetika (aesthetic), dan spiritual yang mana setiap potensi tersebut perlulah dikembangkan secara harmonis. 


Pendidikan Holistik; Tujauan dan Kepentinganya Kepada Pendidikan.

Pendidikan Holistik:

Holistik adalah kata sifat yang menunjukkan bahawa sesuatu itu relatif atau tergolong dalam holisme. Ia terbentuk dari istilah Yunani ὅλος ( hólos , yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ' total ', ' all', 'keseluruhan' ). Holisme adalah konsep yang diciptakan pada tahun 1926 oleh Jan Christiaan Smuts  (Smuts, 1952) yang menggambarkannya sebagai "kecenderungan alam untuk menggunakan evolusi kreatif untuk membentuk keseluruhan yang lebih besar daripada jumlah bahagiannya." Istilah holistik muncul dalam pelbagai bidang seperti falsafah, biologi, psikologi atau pendidikan. Beberapa perkataan dan istilah yang kadang-kadang digunakan dengan makna yang serupa boleh menjadi 'sistemik', 'global' dan 'bersama'. 

Secara umum, holistik menunjukkan bahawa sistem dan sifatnya dianalisis secara keseluruhan, secara global dan bersepadu, kerana dari sudut ini operasinya hanya dapat difahami dengan cara ini dan bukan hanya sebagai jumlah sederhana daripada bahagian. Holistik biasanya diterapkan pada istilah seperti pendekatan, pemikiran, paradigma, pendekatan, konsep atau program yang bermaksud bahawa visi yang tidak terpadu dan lengkap digunakan dalam analisis suatu realiti.  

Justeru itu dalam konteks Pendidikan Holistik, ia merujuk kepada suatu metode pendidikan yang membangun manusia secara keseluruhan dan utuh dengan mengembangkan semua potensi manusia yang mencakup potensi sosial-emosi, potensi intelektual, potensi moral atau karakter, kreativiti, dan spiritual. Pendidikan holistik adalah gerakan yang agak baru yang dikembangkan pada tahun 1980-an untuk mengatasi struktur pembelajaran AS yang ada yang dianggap mekanistik,. Walau bagaimanapun, teori mendidik berdasarkan pengalaman menyeluruh seseorang murid itu sebenarnya  berakar pada konsep pengajaran kuno, termasuk konsep pembelajaran dalam tradisi Greek dan budaya dalam ketamadunan manusia yang awal, yang kemudiannya berkembang merentasi masa dalam abad yang lalu. 

Beberapa pendekatan yang berbeza berdasarkan pendidikan orang-orang memperoleh kekuatan pada abad ke-20, termasuk falsafah pertumbuhan motivasi diri Maria Montessori dan teknik pembelajaran pengalaman Rudolf Steiner dan Emil Molt's Waldorf. Pendidikan holistik ialah falsafah pendidikan berdasarkan premis bahawa setiap orang mencari identiti, makna, dan tujuan hidup melalui hubungan dengan masyarakat, dengan alam semula jadi, dan kepada nilai-nilai kerohanian seperti belas kasihan dan keamanan. Istilah pendidikan holistik sering digunakan untuk merujuk kepada jenis pendidikan alternatif yang lebih demokratik dan humanistik. Robin Ann Martin (2003) menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut dengan menyatakan, “Pada peringkat yang paling umum, apa yang membezakan pendidikan holistik daripada bentuk pendidikan lain ialah matlamatnya, perhatiannya kepada pembelajaran pengalaman, dan kepentingan yang diletakkan pada perhubungan dan nilai kemanusiaan utama. dalam persekitaran pembelajaran.”

Tujuan pendidikan holistik adalah untuk membentuk manusia holistik. Sedangkan manusia holistik adalah manusia yang mampu mengembangkan seluruh potensi yang ada dalam dirinya. Pendidikan holistik merupakan suatu metode pendidikan yang membangun manusia secara keseluruhan dan utuh dengan mengembangkan semua potensi yang mencakup potensi sosial-emosi, potensi intelektual, potensi moral atau karakter, kreativiti dan spiritual.(Megawangi, 2005). Tujuan pendidikan holistik adalah untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran hidup serta akademik. Pendidikan holistik percaya adalah penting untuk golongan muda belajar:

  • Tentang diri mereka sendiri.
  • Mengenai hubungan yang sihat dan tingkah laku pro-sosial.
  • Pembangunan sosial.
  • Perkembangan emosi.
  • Ketahanan.
  • Untuk melihat keindahan, merasa kagum, mengalami transendensi, dan menghargai beberapa rasa "kebenaran".

Pendidikan holistik adalah berdasarkan falsafah pembelajaran yang membawa beberapa faedah kepada murid, guru, sekolah dan komuniti. Murid diberi kuasa untuk meningkatkan hasil pendidikan mereka dan memperoleh kemahiran hidup yang diperlukan untuk menempuh kerjaya profesional yang berjaya. Matlamat pendidikan holistik adalah untuk memupuk sifat-sifat fizikal, emosi, moral, psikologi dan rohani murid yang sedang berkembang.  

Melayan seluruh murid bermakna menyediakan peluang yang diperibadikan kepada kemahiran dan perasaan murid. Pelajaran dijalankan dalam persekitaran yang selamat dan menyokong yang membolehkan murid menggunakan kekuatan individu mereka. Guru mesti bersedia untuk memupuk murid yang mempunyai tahap pendidikan dan keupayaan pembelajaran yang berbeza-beza. Walaupun pendidikan holistik dipandu oleh satu falsafah yang menyeluruh, guru boleh menggunakan beberapa kaedah dan strategi untuk mewujudkan budaya pembelajaran holistik. 

Berdasarkan kepada bacaan saya, mendapati terdapat beberapa kepentingan utama mengapa pendekatan pendidikan Holistik perlu diberikan penekanan dalam pendekatan pembelajaran si sekolah, antaranya dapat saya rumuskan seperti yang berikut; 

1) Peningkatan Pencapaian Akademik: Pendekatan pendidikan holistik boleh meningkatkan pencapaian akademik semua murid, tanpa mengira latar belakang dan keadaan, dengan memenuhi gaya pembelajaran individu dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong. Kapasiti otak murid meningkat apabila mereka berasa selamat daripada segi fizikal dan emosi serta berhubung dengan orang lain. 

2) Kesejahteraan Mental dan Emosi yang Dipertingkatkan: Dalam persekitaran yang menyokong, di mana pembelajaran sosial dan emosi ditekankan bersama-sama dengan ahli akademik, murid mempunyai peluang yang lebih baik untuk muncul dengan kesedaran diri, keyakinan dan rasa tanggungjawab sosial. 

3) Peningkatan Keupayaan Menyelesaikan Masalah: Murid yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar yang wujud dalam komuniti mereka muncul dengan kemahiran pemikiran kritis yang kuat. Projek praktikal ini memberi murid kemahiran yang akan digunakan pada kerjaya dewasa mereka, seperti cara mengumpul, menganalisis dan melaporkan data serta cara bekerjasama dengan orang lain. 

4) Mengurangkan Kesan Ketidaksamaan: Dengan menekankan konsep pembelajaran bersepadu, pendekatan seluruh murid terhadap pendidikan telah ditunjukkan dapat mengurangkan kesan psikologi isu seperti keganasan, penderaan atau kemiskinan terhadap pencapaian akademik.  

Kita tidak mahu melahirkan sebuah generasi yang mana kemampuan intelektualnya berkembang jauh melebihi sikap dan keterampilannya. Manusia yang mampu mengembangkan seluruh potensinya merupakan manusia yang holistik, iaitu manusia pembelajar sejati yang selalu menyedari bahawa dirinya merupakan bagian dari sebuah sistem kehidupan yang luas, sehingga selalu ingin memberikan kontribusi positif dan terbaik kepada lingkungannya.  

Pendidikan holistik membantu murid dengan bekerja mengikut rentak mereka, kerana murid yang berbeza mempunyai tahap, kelajuan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Di samping itu, aktiviti berkumpulan, permainan, pengucapan awam dan aktiviti kokurikulum akan membantu menggalakkan kemahiran komunikasi dan keyakinan yang lebih baik dalam diri murid. Pendidikan holistik bukan sahaja membangunkan murid dari segi akademik, anak murid kita juga akan dididik untuk menghadapi cabaran, membangunkan daya tahan, menghargai perhubungan dan membina kekuatan mereka untuk menyediakan mereka untuk terus hidup dalam dunia moden ini. Sekiranya generasi ini dapat kita hasilkan daripada air tangan kita, percayalah bahawa kita menjadi adiwira guru sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 


Artikel Popular