Berupaya
memberikan prestasi kerja yang terbaik pada hari ini tetapi, mempunyai fokus untuk
mencapai prestasi yang lebih baik pada masa hadapan sentiasa menjadi matlamat bagi
kebanyakan individu sama ada dalam perkara yang menyentuh hal-hal peribadi mahu
pun berkaitan dengan bidang pekerjaan kita.
Ahad, Februari 24, 2019
Selasa, November 13, 2018
Pelan Tindakan PPD: Merealisasikan Johor Showcase Sebagai Pemacu dan Peneraju Transformasi Pendidikan.
Klik pada gambar untuk ke dokumen Pelan Tindakan PPD Kulai
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai komited dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai untuk merealisasikan Johor Showcase sebagai pemacu dan peneraju transformasi pendidikan. Oleh itu Pelan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 akan menjadi agenda utama dalam meralisasikan enam matlamat strategik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai yang telah dibina berdasarkan kehendak dan haja tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sehubungan itu Pelan Tindakan Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 menjadi pemangkin dan garis panduan dalam
menzahirkan aspirasi Johor Showcase
dengan memberi keutamaan terhadap Peningkatan Pencapaian Akademik Sekolah,
Pembudayaan Pendidikan Abad Ke-21, Pembangunan Sekolah Fokus dan Transformasi,
Kolaboratif MSSJ – JDT, Kokurikulum Berimpak Tinggi, Pembentukan DSLB,
Pengurusan Asrama Kualiti dan Karakter Murid Johor (KrMJ).
Bagi memastikan
perancangan ini memberi keberhasilan yang optimum sama ada dalam aspek operasi
dan kemenjadian murid, usaha yang berterusan akan dilakukan untuk
penambahbaikan, sesuai dengan keperluan dan cabaran baharu pada masa hadapan.
Bagi tujuan ini, prestasi dan KPI setiap aktiviti yang dirancang dalam Pelan
Tindakan akan dikaji semula setiap enam bulan. Pelan Tindakan 2018 telah
dirangka dan dibangunkan secara khusus dalam satu struktur dengan mengambil
kira analisis SWOT, OPPM, sPeCt, PDCA,e-DPSKu, pendekatan Coaching & Mentoring serta alat-alat kualiti yang lain akan
digunakan sebagai satu strategi bagi memastikan pendekatan execute to excel dapat diterjemahkan.
Proses penyediaan dokumen ini memerlukan penglibatan yang
tuntas dalam kalangan warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulai di semua unit.
Dokumen ini melalui perubahan seperti yang terkandung dalam rangka kerja yang
sejajar dengan Blue Ocean Strategy.
Dalam setiap proses kajian semula, empat rangka kerja Blue Ocean Strategy ini merangkumi proses eliminate (gugur), reduce
(kurangkan), raise (menambah) dan create (menciptakan). Pelan Tindakan Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 ini, diharapkan dapat dilaksanakan dengan
menggarap budaya kerja Ai-SKT iaitu menjadikan keutamaan terhadap Akademik,
Integriti, Sistematik, Kesegeraan dan Turun Padang sebagai nilai yang
menunjangi segala inisiatif dan usaha ke arah
memberi sokongan kepada sekolah agar dapat menyumbang kepada pencapaian
aspirasi tersebut.
Justeru, semua pegawai dan staf sokongan di Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai harus bergerak ke hadapan dan berganding bahu
mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang. Saya juga berharap semua pihak yang terlibat
dapat memainkan peranan positif, kreatif dan inovatif dalam melaksanakan Pelan
Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018.
HJ ISHAK BIN MAHBOB
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai
myPortfolio SIPartners+
|MyPortfolioSIPartners+ (UPS)|Bahan myPortfolio Guru |
|Bahan Taklimat Guru|Bahan Taklimat|PKPA 4/2018|
|Bahan Taklimat Guru|Bahan Taklimat|PKPA 4/2018|
Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun
1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan
ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama
ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital,
ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial
dan Revolusi Perindustrian Keempat.
Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan
sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab
secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan
juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan
sumber manusia.
myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang
memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam
kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai
dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses
kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah
organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.
Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
- myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
- Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
- myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
- myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
Komponen Utama dalam myPortfolio
myPortfolio memperkenalkan satu elemen baharu,
memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja.
Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui
dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Pekeliling ini mendukung hasrat Kerajaan untuk
memantapkan lagi perkongsian dan integrasi maklumat serta kerjasama strategik
dalam kalangan agensi Kerajaan. Hasrat ini dipaparkan melalui kolaborasi
strategik antara MAMPU dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke arah
pengoptimuman sumber manusia dan peningkatan produktiviti.
Maka melalui Pekeliling ini, Deskripsi Tugas (Job
Description - JD) diperkenalkan bagi menggantikan Senarai Tugas. Deskripsi
Tugas ini memperjelaskan tujuan pewujudan sesuatu perjawatan dengan mengambil
kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi
sesuatu jawatan dalam organisasi. Hal ini selaras dengan objektif sesuatu
jawatan yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja
(rate for the job).
Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat
membantu penyandang menjalankan tugas dengan lebih efektif, setara dengan gred
jawatan yang diperuntukkan. Deskripsi Tugas juga dapat membantu untuk
menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas bertepatan
dengan objektif penubuhan sesebuah organisasi.
Bagi memenuhi hasrat ini SIPartners+ sebagai salah
satu komponen utama dalam inisiatif DTP 3.0 turut tidak terkecuali daripada
penyediaan myPortfolio ini. Oleh itu pada 14-16 Oktober yang lalu SIPartners+
Johor telah mengadakan satu perbengkelan khas untuk menghasilkan myPortfolio
SIPartners+. Menerusi perbengkelan tersebut SIPartners+ Johor telah menghasilkan Draf
myPortfolio SIPartners+ yang kemudiannya saya murnikan untuk dijadikan sebagai
asas rujukan kepada seluruh SIPartners+ Johor. Bahan tersebut boleh dimuat
turun menerusi pautan berikut.
Bahan yang dihasilkan ini bukanlah sesuatu yang
telah lengkap, sebaliknya masih memerlukan proses perincian dan pemurnian. Salah
satu cabaran utama dalam penyediaan my Portfolio ini ilah ketidakpastian
dimanakah kedudukan SIPartners+ dalam penstrukturan PPD. Mengikut garis panduan
awal penstrukturan PPD, SIPartners+ akan ditempatkan di bawah Unit Pengurusan
Sekolah.
Namun demikan, dengan mengambil kira pandangan dan
cadangan penambahbaikkan yang dibuat oleh JPN dan PPD Johor, buat masa ini
myPortfolio SIPartners+ disediakan dengan meletakkan perjawatan SIPartners+ di
bawah Unit Perancangan. Selepas penstrukturan PPD dimuktamadkan saya akan
mengemaskini semula draf ini bagi disesuaikan dangan perubahan yang berlaku.
Semoga bahan ini dapat dimanfatkan oleh rakan
SIPartners+ di seluruh negara, dan sekiranya teradapat cadangan dan
penambahbaikan atau hasil dari SIPartners+ dari negeri lain bolehlah
dikongsikan kepada saya menerusi email berikut; azmansafii@gmail.com
Jumaat, November 09, 2018
Rancangan Pemajuan Sekolah Dalam Penentuan Hala Tuju Dan Penambahbaikan Sekolah
Tulisan
ini dibuat bertujuan menjelaskan kepada kepimpinan di sekolah sama ada
pengetua, guru besar, guru penolong kanan malah kepimpinan pertengahan di
sekolah mengenai peraturan, tatacara dan tertib dalam penyediaan Rancangan
Pemajuan Sekolah (RPS). RPS adalah salah
satu strategi bersepadu dalam Gerakan Kecemerlangan Pendidikan (GKP) yang
dijana dan digerakkan oleh JNS bagi mewujudkan sistem pengupayaan kendiri (self
enabling system) di sekolah.
Ahad, Oktober 07, 2018
Kepimpinan Teragih Dalam Amalan Kepimpinan di Sekolah
Kepimpinan Teragih (KT) bermula sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Chester Barnard (1968) mendapati bahawa "kuasa kepimpinan" (authority of leadership) adalah tidak terhad kepada mereka yang memiliki jawatan eksekutif sahaja. Pada 1970-an, Daniel Griffiths, membawa keluar pemahaman mengenai kepimpinan dari "kepimpinan" kepada "tindakan untuk memimpin" (acts of leading). Beliau berpendapat kepimpinan bukan sahaja ada pada diri seorang pemimpin, iaitu mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan rasmi atau jawatan, tetapi juga dalam kalangan mereka yang berada di luar kedudukan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)
Artikel Popular
-
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
-
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
-
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
-
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
-
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...

