Modul Pembangunan Profesionalisme
Kepimpinan Sekolah ini adalah satu modul yang memberi tumpuan dan panduan
mengenai PENETAPAN HALA TUJU DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH (RPS). Modul ini
diterbitkan dengan tujuan memberi bimbingan kepada kepimpinan di sekolah sama
ada pengetua, guru besar, guru penolong kanan malah kepimpinan pertengahan dan
guru-guru di sekolah mengenai peraturan, tatacara dan tertib dalam penyediaan
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS).
Modul ini boleh diperolehi dalam format bercetak. Harga RM35.00 termasuk pos. Sila email: sazman68@gmail.com jika berminat untuk mendapatkan naskah ini.
Cause and Effect , Fishbone, Ishikawa Diagram - ppt download: Cause and Effect , Fishbone, Ishikawa Diagram Total Quality Management (TQM) is a management strategy created to achieve excellence in quality in all organizational processes. TQM has been widely used in manufacturing, education, government, and service industries, as well as NASA space and science programs.
Video : Pelaksanaan TS25 SK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor
Rakan ELIT School Improvement Partners Plus
(SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di bawah
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) diberi mandat untuk memberi bimbingan kepada sekolah TS25 bagi Kohort 2, 3
& 4. Bimbingan yang diberikan adalah bagi tujuan memberi sokongan kepada
sekolah berhubung pelaksanaan aktiviti TS25 yang dilaksanakan dalam tiga siri.
Setiap siri bimbingan akan berlangsung selama dua hari. Berikut adalah maklumat
mengenai bimbingan Rakan ELIT kepada pihak sekolah untuk makluman dan tindakan
bersama;
1) Setiap siri lawatan akan berlangsung selama 2
hari.
i.Siri
Pertama : 01 April hingga 24 Mei 2019
ii.Siri
Kedua:01 Julai hingga 31 Ogos 2019
iii.Siri Ketiga:01 Oktober hingga 15 November 2019
2) Rakan ELIT /SIPartners+ dan SISC+ yang dilantik
sebagai pembimbing boleh memilih tarikh yang sesuai mengikut jangka masa yang
ditetapkan bagi setiap siri lawatan bimbingan.
3)Satu siri lawatan bimbingan selama 2 hari bagi
setiap sekolah.
4) Rakan ELIT SIPartners+ dan SISC+ digalakan
menjalankan lawatan bimbingan secara bersama. Walau bagaimanapun bagi JPN
Johor, Rakan ELIT diminta untuk hadir memberi bimbingan sebagai satu pasukan
atau pasukan bagi memberikan sokongan yang lebih berimpak.
5) Rakan ELIT perlu mengisi instrumen lawatanbimbingan secara online melalui pautan http://bit.ly/totts25
dalam tempoh 2 minggu selepas LB dilaksanakan.
6) Mematuhi jadual pemetaan pelaksanaan lawatan
bimbingan yang boleh dirujuk di Lampiran 1.
7) Mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti
yang dinyatakan pada Lampiran 2.
8) Melaksanakan bimbingan mengikut contoh struktur
lawatan bimbingan seperti yang di sertakan pada Lampiran 3.
PPD menerusi SIPartners+, SISC+ dan penolong-penolong
PPD diminta oleh KPM untuk merancang dan melaksanakan lawatan bimbingan secara
bersama di sekolah iaitu sebagai satu pasukan. Rakan ELIT SIPartners+ akan
memberi bimbingan yang memfokuskan aspek kepimpinan instruktional manakala
Rakan ELIT SISC+ akan memberi bimbingan dalam aspek pembelajaran dan pengajaran
(PdP) bilik darjah.Sepanjang sesi
bimbingan Rakan ELIT diminta untuk sentiasa berhemah dan mematuhi etika
profesional penjawat awam sepanjang berada di sekolah seliaan.
Salah satu kursus yang dihadiri oleh SIPartners+ menyentuh
secara khusus mengenai intervensi dalam melaksanakan bimbingan kepada pengetua
dan guru besar. Sudah tentu fokus bimbingan bukanlah kepada masalah atau isu
yang dibangkitkan oleh kepimpinan sekolah, sebaliknya intervensi yang berkesan
ialah bagaimana mengenai punca kepada isu dan masalah.
Salah satu strategi
yang digunakan dalam mengesan isu dan masalah bagi tujuan penambahbaikan ialah
keterbukaan kepimpinan di sekolah melaksanakan kajian tentang sarana keperluan
sekolah. Saya berterima kasih kepada Pensyarah Kanan IAB Haji Abdul Razak Elias
yang telah banyak memberi dan berkongsi instrument sarana keperluan sekolah
yang boleh digunakan untuk mengetahui tahap atau status aspek utama dalam
amalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Sila klik pada link berikut untuk muat turun instrumen;
Kepada rakan pengetua dan guru besar yang menggunakan bahan ini perlu mendapat bimbingan dari SIPartners+ sekiranya kurang jelas dalam menggunakan instrumen sarana keperluan sekolah ini. Melaksanakan kajian adalah bagi tujuan mendapatkan status sekolah dan merupakan elemen pemerolehan data dalam strategi penambahbaikan sekolah berasaskan data (data driven). Data yang dikumpulkan, perlu dianalisis, di terjemah atau diinterpretasikan sebelum sebarang tindakan penambahbaikan sekolah diambil.
Defence Mechanisms a way to protect our ego. - ppt video online download: What are Defence Mechanisms? DEFINITION: unconscious mental processes that distort reality in order to protect the ego against anxiety, shame, or other unacceptable feelings or thoughts Humans use defence mechanisms to deal with problems, anxiety, and self-esteem issues these processes allow our mind to hide/change a problem so that it won’t bother us in a conscious way we use defence mechanisms to varying extends