Modul Pembangunan Profesionalisme
Kepimpinan Sekolah ini adalah satu modul yang memberi tumpuan dan panduan
mengenai PENETAPAN HALA TUJU DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH (RPS). Modul ini
diterbitkan dengan tujuan memberi bimbingan kepada kepimpinan di sekolah sama
ada pengetua, guru besar, guru penolong kanan malah kepimpinan pertengahan dan
guru-guru di sekolah mengenai peraturan, tatacara dan tertib dalam penyediaan
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS).
Modul ini boleh diperolehi dalam format bercetak. Harga RM35.00 termasuk pos. Sila email: sazman68@gmail.com jika berminat untuk mendapatkan naskah ini.
Modul ini diharapkan dapat membantu kepimpinan di sekolah melaksanakan proses penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan setiap murid mencapai kemajuan ke tahap maksimum potensinya. Pemajuan sekolah boleh berlaku sekiranya pihak pengurusan sekolah menyediakan rancangan yang komprehensif dan bersepadu, mengikut prinsip, prosedur dan peraturannya, serta dikawal kualiti pelaksanaannya secara tindak ikut dan tindak susul.

Modul Penetapan Hala Tuju dan RPS
ini dihasilkan berasaskan kepada pengalaman saya selaku SIPartners+ dalam
memberi bimbingan kepada pengetua dan guru besar (PGB) serta pemimpin
pertengahan sekolah di pelbagai peringkat mengenai penjanaan dan penjajaran RPS.
Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di IAB
(NPQEL) yang telah banyak memberi bimbingan, input dan rujukan yang sangat
bermakna.
Terima kasih juga kepada rakan
SIPartners+ Johor khususnya Pn. Siti
Hajar binti Mahpol, En. Azman bin Abu Bakar, En. Mohd Esa bin Dasim, Pn Hjh.
Nor’aini binti Md Yusof dan Hj. Samsudin bin Haron yang turut berkongsi bahan
dan pandangan dalam menghasilkan modul ini. Pada akhirnya diharapkan modul ini
dapat dijadikan sebagai panduan untuk membantu kepimpinan di sekolah
menyediakan RPS yang memenuhi keperluan sekolah serta pihak berkepentingan.
No comments:
Post a Comment