Selasa, Januari 23, 2024

Ucapan PPD Pada Majlis Perhimpunan Profesionalisme Pendidikan Bilangan 1/2024 PPD Tangkak

 


TEKS UCAPAN EN AZMAN BIN SAFII, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK
PADA MAJLIS BICARA PROFESIONAL BERSAMA 
NORLIZA BINTI NOH, EXCO PENDIDIKAN
KERAJAAN NEGERI JOHOR

TARIKH : 
21 JANUARI 2024

TEMPAT: 
DEWAN UTAMA,
INSTITUT  LATIHAN PERINDUSTRIAN, SAGIL

MASA : 09.00 PAGI

Rabu, Mac 09, 2022

MySG - Garis Panduan Dalam Usrus Tadbir Sekolah Malaysia.

MySG KPM ialah Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Dan Rendah. Dokumen ini telah diperbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia. MySG merupakan singkatan bagi Malaysia School Governance (MySG). MySG disusun dengan merujuk kepada pelbagai punca kuasa pada semua peringkat perjawatan. MySG diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan rasmi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

SIP+ Malaysia mengambil insiatif untuk mengadakan sesi penataran MySG ini dalam usaha memberi kefahaman yang lebih jelas keada warga pendidikan, khususnya kepada kepimpinan dan warga guru di sekolah. Sla klik link berikut untuk mengikuti sesi ini sepernuhnya.



Slia klik link berikut untuk mendapatkan bahan yang disampaikan.

Sabtu, September 11, 2021

Bagaimana Mengira Pekali Korelasi Antara Dua Pembolehubah Di Excel?

Penyelidikan dan kajian merupakan satu pendekatan dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam pengurusan pendidikan sama ada di sekolah, di PPD mahu pun di KPM. Penyelidikan seharusnya dijadikan budaya, agar warga pendidikan bukan sahaja sentiasa berusaha ke arah meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi tugas, bahkan menjadi penyuntik semangat ke arah usaha mewujudkan organisasi pembelajaran di organisasi masing-masing. 

Isnin, Ogos 30, 2021

Ciri-ciri Psikometrik dalam Kajian Kuantitatif Menggunakan Pengukuran Model Rasch


Muat turun Perisian Winsteps & Panduan [ MUAT TURUN ]

Artikel ini ditulis adalah berasaskan kepada inisiatif SIP+ Johor dalam meningkatkan tahap kompetensi kepimpinan pendidikan khususnya di sekolah dalam membudayakan amalan penyelidikan dalam memajukan profesionalisme diri dan prestasi organisasi. Berdasarkan analisis i-Kompas tahun 2020 menunjukkan kompetensi yang perlu dibangunkan dalam kalangan kepimpinan pendidikan di negeri Johor ialah berkaitan kompetensi pengetua dan guru besar dalam mengamalkan budaya penyelidikan dan pengurusan risiko. Justeru pada penulisan saya pada hari ini, saya akan memfokuskan penulisan bagaimana Model Rasch boleh digunakan dalam Kajian Kuantitatif. 

Rabu, Februari 10, 2021

Kemahiran Asas MS Excel : Tapak Analisis SKPMg2 (Versi Sekolah)


SKPMg2 Sebagai satu instrumen penarafan kendiri sekolah merupakan alat pemajuan sekolah yang seharusnya dijadikan sebagai rujukan kepada kepimpinan dan warga guru di sekolah dalam merancang program pemajuan sekolah. Penarafan SKPMg2 sering kali dianggap sebagai satu tugas rutin sahaja yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sekiranya proses penarafan SKPMg2 ini dapat dilaksanakan dengan baik, ia dapat memberikan maklumat yang tepat tentang status atau standard kualiti sekolah dari aspek kepimpinan, penguruan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan kualiti guru. Oleh itu kepimpinan di sekolah perlulah menjadikan data dari penarafan SKPMg2 sebagai sebahagian daripada data utama yang perlu dirujuk dalam penrancangan program dan aktiviti pemajuan sekolah.

 MUAT TURUN BAHAN VERSI EDARAN  (sila klik link dan muat turun bahan sebelum tapak boleh digunakan. Klik pada link setelah itu, klik butang kanan tetikus dan pilih  muat  turun. Fail tidak berfungsi jika dibuka terus secara online pada google drive)

Artikel Popular