Dalam perlumbaan yang pertama Sang Arnab terlalu yakin kekuatannya tidak mampu ditandingi oleh kura-kura. Tindakannya menghebohkan perlumbaannya dengan kura-kura dengan warga rimba benar-benar menjerat dirinya.
Antara percaya atau tidak seluruh warga belantara dah tahu, bahawa sang arnab telah dikalahkan. Pertubuhan Arnab Sedunia pun telah menerima laporan kekalahan yang memalukan. Arang telah tercalar pada spesies arnab. Satu suruhanjaya telah ditubuhkan dan kertas siasatan telah dibentangkan.
Arnab 1 :
Kita kalah dengan kura-kura, ini tidak boleh jadi.....macam mana boleh kalah
Arnab 2 (Pakar Perunding) :
Saya rasa kita kalah kerana kita silap strategi, kalau wakil kita tidak tertidur kita pasti menang.....memang menang
Arnab 3 (Pakar Motivasi) :
Saya sependapat dengan kamu...kita terlalu yakin dan memandang rendah terhadap kura-kura.
Arnab 1 : Kalau begitu kita mesti buat perlawanan semula....apapun kita kena fight balik. Arnab boleh !!!
Sesuatu perlu dilakukan dan untuk itu pakar-pakar perunding dan motivasi telah dipanggil untuk mengkaji punca kekalahan dan mencari strategi bagi memulihkan imej spesies mereka. Sang Arnab mendapati bahawa mereka terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa sebagai punca kekalahan dalam perlumbaan itu.
Menyedari kekalahan mereka bukan kerana kekuatan sebenar yang dipamerkan semasa perlumbaan lalu, maka Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan ulangan. Sang Kura-kura bersetuju.
Kura-kura sedar bahawa arnab yang bakal ditandingi nanti ialah arnab yang telah berubah. Arnab kini telah belajar dari kesilapan lalu. Oleh itu kura-kura menyasarkan untuk memperbaiki rekod sahaja dalam perlumbaan kali ini, di samping mengharap tuah kalau-kalau arnab terleka lagi, kena semput ke atau pengsan semasa perlumbaan.
Semasa perlumbaan dimulakan, Sang Arnab memecut laju dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat. Keputusannya menepati ramalan. Nasib tidak menyebelahi kura-kura kerana semangat dan strategi arnab kali ini benar-benar menjadi. Arnab memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Kura-kura tahu di mana kekuatan dan kelemahan arnab. Walaupun kalah tetapi kura-kura bekerja keras dan akhirnya dapat menamatkan perlumbaan dengan memperbaiki masa berbanding catatan sebelumnya.
Pengajaran daripada perlumbaan siri kedua ini ialah:
1) Strategi pantas dan konsisten dapat menewaskan strategi perlahan-lahan dan konsisten.
Kita sering mendengar perumpaaan “Biar Lambat Asalkan Selamat” dan "Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit". Tiada salahnya perumpaan ini jika ditilik dari satu sudut, tetapi jika diperhalusi lagi alangkah bagusnya jika “Biar Cepat Asalkan Selamat” dan Banyak-banyak Lama-lama Biar Melambak”.
Jika dalam persekitaran sesuatu pekerjaan, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita. Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah jauh lebih baik.
2) Walaupun lambat tapi meningkat. Dalam konteks kura-kura, strategi yang digunakan ialah KAIZEN – strategi orang Jepun iaitu setiap masa perlu ada pembaharuan, sama ada dalam prestasi atau inovasi ke arah yang lebih baik.
Kura-kura kalah dalam perlumbaan ini, tetapi keazamannya untuk bertanding tetap membara, menyebabkan masa kura-kura menamatkan perlumbaan dapat diperbaiki. Oleh itu apabila kita melihat orang lain mendahului di hadapan, kita jangan berputus asa, kita teruskan usaha.
Biar kita tertinggal walau sejauh mana di belakang tetapi kita terus bergerak ke hadapan, menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.
Opssssss......ada lagi sambungan. Ikuti Kisah Kura-kura dan Arnab – Bahagian III pada penulisan akan datang.
No comments:
Post a Comment