Shamsuddin bin Haron (Pegawai
SIPartner+ PPD Kluang)
(Kertas kerja ini telah dibentangkan
di Kenferensi Pendidikan Nasional di Kota Tinggi pada 2016)
Pengenalan
Era kemajuan Negara terkini menyaksikan
pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu,
berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi
merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk
menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada bagi memastikan
sistem pendidikan terus relevan, bersifat dinamik dan sesuai dengan
persekitaran yang berubah.