Sunday, June 17, 2018

Kolokium Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kali Ke-2 Tahun 2018

Tema: Memupuk gaya kepimpinan digital dalam kalangan pemimpin sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kini telah memasuki gelombang kedua dalam usaha mengubah landskap pendidikan di negara ini. Pengetua dan Guru Besar selaku peneraju di sekolah perlu meningkatkan karisma masing-masing melalui pengetahuan dan keilmuannya yang berkembang pesat di samping mengangkat martabat dirinya sebagai golongan intelek yang dihormati dalam masyarakat. Pengetua dan Guru Besar sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong golongan pendidik adalah pendukung obor budaya ilmu. Kejayaan dan keberkesanan kualiti guru pada hari ini terletak sejauhmana berkesannya kepimpinan yang menerajui sekolah dalam menjayakan tranformasi pendidikan Negara Malaysia. 

Dengan berlakunya ledakan ilmu pengetahuan yang begitu pesat, disertai dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, tuntutan supaya Pengetua dan Guru Besar di sekolah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu amatlah kritikal. Salah satu pendekatan atau wahana yang praktikal ialah dengan penganjuran kolokium pendidikan bagi merangsang pemikiran dan daya intelektual seseorang. Ia juga mendorong kepada percambahan idea dan perkembangan pemikiran serta peka kepada isu yang sedang berlegar-legar dalam dunia pendidikan ketika ini. 


Justeru penganjuran kolokium pendidikan dilihat sangat relevan dengan gaya hidup masa kini di mana individu lebih gemarkan input yang segera dan menjimatkan masa. Ilmu yang dikongsi dalam kolokium ini diharapkan dapat mengukuhkan pembangunan personal, sosial dan intelektual para pesertanya yang terdiri daripada pemimpin dan warga pendidikan. Melalui kolokium yang diadakan ini, para pemimpinan pendidikan di sekolah bersama-sama berfikir dan mencari jalan bagaimana entiti di sekolah menyumbang kepada transformasi pendidikan di Malaysia. Dengan pengalaman dan kemahiran  yang ada pada setiap pembentang, pasti kita dapat menghasilkan resolusi yang berkualiti. Oleh itu pada tahun 2018, SIPartners+ memberi sokongan, khidmat konsultasi dan mengurusetiakan pengelolaan Kolokium Kepimpinan Pemimpin Sekolah (Colloquium of School Educational Leadership). MPSM dan MGB telah diberi tanggungjawab sebagai penganjur bersama dengan kerjasama PPD Kulai.  

Kolokium Kepimpinan Pemimpin Sekolah PPD Kulai bagi tahun 2018 telah diadakan pada 13 Mei 2018 (Ahad), bertempat di Dewan Serbaguna, SMK Indahpura (1). Seramai 172 peserta yang terdiri dari PGB, Penolong Kanan 1 dan pegawai-pegawai pendidikan daerah telah menghadiri program sehari yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 2 petang. Objektif pelaksanaan kolokium ini adalah untuk menjadikan kolokum sebagai wadah perkongsian amalan terbaik sekolah dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar. Kolokium ini juga diharapkan dapat mewujudkan perbincangan ilmiah dalam kalangan kepimpinan sekolah dan warga pendidikan serta membantu peserta memahami peranan guru dalam memacu transformasi pendidikan negara. 

Kolokium ini juga turut memberi peluang kepada para pembentang untuk berkongsi dapatan kajian dan amalan terbaik mereka dalam bidang pendidikan ke arah memupuk gaya kepimpinan digital dalam kalangan pemimpin sekolah. Kolokium ini secara ekplisitnya adalah eviden keberhasilan SIPartners+ dalam mengupayakan Pengetua dan Guru Besar melaksanakan penembahbaikan sekolah sehingga mencapai standard amalan terbaik yang memberi impak terhadap pembangunan profesionalisme kepimpinan  dan pembangunan organisasi.  

Antara Pengetua dan Guru Besar yang terpilih untuk membentangkan amalan terbaik mereka pada Kolokium kali ini adalah seperti berikut. Sila klik pada tajuk pembentangan untuk memuat turun bahan pembentangan.

Slot
Pembentang
1
En. Shuhaimi b.Sharani@Tan
Guru Besar, SK Taman Sri Pulai
Tajuk : E-Takwim
Ringkasan: Pengurusan Pengoperasian Sekolah memerlukan perancangan yang teliti oleh warga sekolah yang diketuai oleh Pengetua dan Guru Besar. Antara kerjabuat wajib setiap tahun adalah merancang kesemua program samada berbentuk akademik, ko akademik, kokurikulum, kewangan, pembangunan dan pelbagai lagi aktiviti dalam tempoh setahun. Untuk itu, semua sekolah mewujudkan takwim masing-masing dalam pelbagai bentuk malah pelbagai karenah pengurusan juga timbul dalam memastikan semua unit terbabit dapat melengkapkan takwim tersebut. Pengurusan eTakwim diharapkan dapat membantu sekolah mengurus takwim dengan lebih efisien dan cekap.
2
Pn. Hjh. Lily Bu bt. Abdullah
Pengetua, SMK Taman Putri
Tajuk ; e-RPH
Ringkasan ; Guru merupakan aset terpenting bagi sesebuah organisasi pendidikanseperti sekolah. Keberkesanan sekolah dalam usaha membangunkan kompetensi murid dapat dicapai apabila peranan guru dapat ditransformasi ke tahap yang optimum. Melalui penggunaan Rancangan Pelajaran Harian secara online (e-RPH) yang melibatkan semua guru di SMK Taman Putri telah memberi kesan yang holistik terhadap usaha murni ini. Pelaksanaan e-RPH bukan sahaja dapat mengurangkan beban kerja perkeranian guru malahan juga memberi ruang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk meneroka teknik pembelajaran yang baru yang lebih luas daripada kaedah tradisonal. e-RPH telah dapat melaksanakan satu pembangunan kapasiti yang merupakan kunci utama dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat sekolah.
3
Cik Phang Oi Mei
Guru Besar, SJK (C) Woon Hwa
Ringkasan ; SJK(C) Woon Hwa initiated the I-Care Project since January 2016. There are a variety of programmes implemented under different scopes along with the emphasis on students’ physical health, mental health, nutrition and local
diseases prevention. The main focus in this project is I-Care Breakfast. Meals with high nutrients and low calories are designed to cater for students’ need. In addition, the canteen caterer prepares breakfast with the vegetables from our organically grown vegetables in urban farming. Our school has developed urban farming in school area where we plant a variety of organic vegetables. Neither chemical fertilizer nor pesticide is used for our vegetables to guarantee nutrition and good health for our students. Our vegetables are also sold to the local community and they are also influenced to consume organically grown vegetables for better health promotion.
4
Tn. Haji Anuar bin Jais,
Pengetua, SMK Tunku Abdula Rahman Putra
Ringkasan; Perancangan Strategik (PS) menjadi satu keperluan dalam mengoperasikan sekolah. Kebiasaannya PS sekolah menggunaan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Memandangkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) satu-satunya penarafan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau pengoperasian sekolah, adalah difikirkan perlu SKPMg2 dijadikan asas untuk membuat PS sekolah. Semua maklumat PS sekolah diambil dan disesuaikan mengikut kehendak SKPMg2. Untuk memastikan perancangan strategik ini dapat disediakan secara teratur dan terancang.
5
Pn. Kamarolzahrah binti Mohd Yunos
Guru Besar, SK Kangkar Pulai 1
Ringkasan; Pembelajaran Abad ke-21 merupakan pendekatan yang semakin dituntut di Malaysia. Apatah lagi dengan keperluan semasa, maka warga pendidik perlu bergerak seiring dengan kehendak pelajar yang merupakan generasi Z yang membesar dalam ruang lingkup kecanggihan teknologi. Justeru pelaksanaan PAK21 perlu diberi perhatian serius. Pada masa ini, PAK21 bukan lagi perkara baharu. Setiap sekolah perlu melaksanakan selaras dengan pendidikan masa kini yang bukan sahaja berhasrat melahirkan warganegara yang baik malahan warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan bermotivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan. PAK21 mestilah berasaskan kepada konsep 4C (Colaboratif, Communication, Creativity dan Critikal Thinking). Paling penting proses pembelajaran adalah berpusatkan murid. Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam semua aktiviti dalam bilik darjah.
6
En. Tumin b. Yatman
Pengetua, SMK Kulai Besar
Ringkasan; Sistem pendidikan terus berkembang secara dinamik dan progresif ke arah melahirkan modal insan cemerlang. Untuk menzahirkan kecemerlangan, maka warga pendidik perlu sedar dan faham akan tanggungjawabnya sebagai agen agen perubahan masyarakat melalui sistem pendidikan. Segala perubahan dan perkembangan terkini menuntut warga pendidik melengkapkan ilmu pengetahuan dan kecekapan profesionalime keguruan. Watak dan gaya kepimpinan sekolah menjurus kepada pembaharuan. Kepimpinan Digital dan Transformasi menjadi pilihan untuk menggerakkan transformasi secara drastik. Ledakan teknologi ICT telah merubah kepimpinan tradisional kepada kepimpinan maya. Kepimpinan Transformasi merujuk kepada peranan Pengetua dan ahlinya untuk merubah suasana dalam organisasi yang dipimpin.
7
Tn. Haji Ramli bin Ali,
Guru Besar, SK Putra Utama

 Semoga kolokium ini dapat memberi inspirasi dan merintis jalan kepada para peserta dalam usaha mentransformasikan sekolah selaras dengan aspriasi PPPM. Terima kasih dan penghargaan saya berikan kepada MPSM dan MGB Daerah Kulai serta para pembentang atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan kolokium kali kedua ini. Terima kasih juga kepada PPD, Timbalan dan rakan-rakan pegawai yanag turut memberi sokongan dan idea bagi memastikan kolokium ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

No comments:

Artikel Popular