Saturday, June 23, 2018

Kolokium Kepimpinan Pemimpin Pendidikan Daerah Kulai 2015


Tema:
“Peranan Kepimpinan Pendidikan Abad Ke-21 Dalam Merealisasikan Aspirasi PPPM” 

Malaysia kini berhadapan dengan cabaran abad 21 yang didominasikan oleh kepantasan perubahan persekitaraan akibat daripada ledakan teknologi maklumat yang berpusatkan kepada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan pelbagai jenis produk. Sesebuah negara yang ingin terus maju perlu menghasilkan modal insan yang berpengetahuan  dan berkemahiran tinggi disamping bijak berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan menggunakan pelbagai bahasa. Sikap ingin terus belajar sepanjang hidup perlu dibina dalam kalangan murid yang bakal menjadi modal insan negara. Kini guru perlu mengajar murid bagaimana untuk terus belajar sepanjang hayat. 

Seiring dengan perubahan persekitaran global, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melakarkan satu perancangan strategik yang begitu terperinci dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak dan amalan pembelajaran warga negara maju.  Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 menjadikan aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran dwibahasa, kepimpinan, identiti nasional, etika dan kerohanian sebagai agenda transformasi pendidikan. 

Justeru itu, pendekatan kepimpinan pendidikan perlu memikirkan jalan bagi menghasilkan aspirasi murid yang diharapkan.  Dalam konteks ini aktiviti pembelajaran yang menitik beratkan penglibatan murid perlu diberi perhatian. Pengajaran dan pembelajaran bentuk lama di mana guru hanya menyampaikan ilmu dan murid  menghafal fakta perlu berganjak kepada bentuk pengajaran  dan pembelajaran yang berasaskan projek.

Isu utama adalah sejauh mana PPPM 2013-2025 dapat direalisasikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Sejauh mana kepimpinan pendidikan mampu memacu guru-guru di bawah kepimpinan mereka untuk berubah seperti yang diharapkan. Cabaran kepimpinan juga adalah memberi sokongan dalam pelbagai aspek kepada guru-guru dan murid-murid serta sejauh mana mereka mampu mengoptimumkan segala peluang kemudahan yang ada dan mengembeling segala sumber di dalam dan di luar sekolah bagi memajukan sekolah abad 21.

Justeru itu, SIPartners+ sebagai antara elemen utama dalam menerajui Program DTP dan dengan dokongan PPD serta skongan daripada MPSM dan MGB daerah Kulai telah berjaya melaksanakan Kolokium Kepimpinan Pendidikan bagi thaun 2015. Kolokium ini telah diadakan pada 9 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar SJKC Senai. Program yang dihadiri oleh seramai 250 orang peneraju kepimpinan di sekolah dan Penolonng-penolong PPD telah berlangsung dari pukul 8:00 pagi hingga 4:30 petang. Kolokium ini mengambil tema “PERANAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI PPPM” dengan harapan untuk mencapai objektif yang berikut; 

  • Memberi pendedahan kepada kepimpinan di sekolah menegnai Pendidikan Abad Ke-21 dalam aspek peranan kepimpian yang efektif dalam memacu pencapaian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.   
  • Berkongsi amalan terbaik pemimpin cemerlang dengan mengadaptasikan amalan-amalan tersebut di sekolah masing-masing. 
  • Mempertingkatkan pencapaian sekolah hasil daripada perkongsian amalan-amalan terbaik yang telah dibentangkan dalam kolokium. 
  • Membuka minda pemimpin sekolah ke arah kecemerlangan. 
  • Membangunkan guru abad 21 seiring dengan aspirasi murid PPPM 2013-2025. 
  • Mewujudkan kolaboratif antara peserta kolokium supaya mereka dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan terbaik bagi dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Berbeza dengan konsep Prinscipal Peer Learning yang telah dilaksanakan pada tahun 2014, kolokium kepimpinan kali ini adalah pendedahan kepada berisan kepimpinan di PPD Kulai, kerana program seumpama ini berlum pernah diadakan sebelum ini. Oleh itu bagi Kolokium Kepimpinan 2015, para pembentang yang dipilih adalah dalam kalangan pengetua-pengetua dari luar daerah Kulai.  

Senarai Pembentang dan atur cara Kolokium Kepimpinan Amalan Terbaik Sekolah 2015 adalah seperti berikut. Sila klik pada tajuk slot untuk memuat turun bahan pembentangan amalan terbaik.
  
Masa
Atur Cara
7:30 pagi – 8:00 pagi
Pendaftaran Peserta dan Sarapan
8:15 pagi – 8:30 pagi
Ucapan Alu-aluan PPD Kulai
8:30 pagi – 9:45 pagi
Ucap Utama Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Johor
9:50 pagi – 11:00 pagi
Slot 1 : Membina Budaya Persekitaran Sekolah Abad ke-21           
Perkongsian oleh;
Pn. Hjh Salina binti Hussain,
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik JPN
11:00 pagi – 12:00 tgh
Slot 2 : Fun Learning
Perkongsian oleh;
Tn Haji Shaharudin bin Md Basri
Pengetua
SMK Seri Kota Paloh, Kluang
12:00 tgh – 1:00 tgh
Slot 3: Projek BePro
Perkongsian oleh;
Pn Hjh Hanim binti Jantan
Pengetua,
 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat
1:00 tgh – 1:30 tgh
Pembentangan Resolusi
Penyampai :
Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd. Sani,
Pengerusi MPSM Kulai
2:00 petang
Majlis tamat.




No comments:

Artikel Popular