Tuesday, June 12, 2018

Program Transformasi Daerah: HILL - Progam Kolaboratif Sarawak 2018


TARIKH :  
4 – 6 OKTOBER 2018 ( KHAMIS HINGGA SABTU )
 

KUMPULAN SASARAN :
5 Orang Pegawai PPD Kulai (Lampiran A)
19 Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai

PENDAHULUAN 

Pendidikan Abad ke-21 menuntut kepada kemahiran kolaboratif, kooperatif, kemahiran kritis, kreatif dan kemahiran komunikasi (4C). Setiap satu elemen tersebut mampu menyumbang kepada penjanaan pemikiran holistik yang akhirnya nanti akan dapat menterjemahkan visi dan misi organisasi di peringkat masing-masing.  


Oleh itu, pasukan DTP PPD Kulai melihat elemen kolaboratif merupakan titian untuk mereka berfikiran luar dari kotak kebiasaan kepada pemikiran yang lebih luas dan holistik. Brubaker and Coble (2004), ada menyatakan bahawa emahiran Pemimpin Abad 21 yang utama ialah dapat mengurus kepelbagaian (diversity). Ini termasuklah bekerja bersama dengan  subordinat yang mempunyai kepelbagaian potensi dan pemikiran yang berbeza dengan pemikiran pemimpin yang ada.  

Justeru itu program kolaboratif ini adalah satu inisiatif komprehensif yang diharapkan membersi spektrum baru yang mampu mengubah lanskap pengurusan pendidikan sama di PPD mahu pun di peringkat sekolah pada skala merentas negeri.

RASIONAL 

Matlamat untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran dan kualiti bertaraf global bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 adalah salah satu  hasrat yang terangkum dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015. Matlamat ini di samping matlamat ke arah mewujudkan sekolah yang berkualiti, adalah elemen utama yang dijadikan indikator sejauh amankah berkesannya sistem pendidikan di negara kita. 

Keberhasilan murid yang diaspirasikan ini hanya mampu direalisasikan bukan sahaja dengan pemahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap PPPM itu sendiri, tetapi perlu diterjemah dalam bentuk pelaksanaan intervsensi atau program yang berupaya memberi inspirasi dan idea kepada kepimpinan di sekolah bagaimana murid-murid dapat diacu dan dibangunkan ke arah kemenjadian holistik bagi memenuhi keperluan pendidikan pada abad ini. 

SIPartners+ sebagai salah satu elemen utama DTP bertanggungjawab dalam memberi sumbangan professional iaitu membuat perkongsian dalam kalangan SIPartners+ di dalam daerah, antara daerah dan antara negeri. Dalam hal ini, modus operandi untuk memastikan fungsi ini tercapai ialah dengan memastikan inisiatif ini dilaksanakan oleh setiap SIPartner+ di daerah dan negeri. Sebagai barisan hadapan di PPD, SIPartners+ haruslah bergerak untuk memastikan sumbangan professional yang ada pada setiap SIPartners+ atau intervensi yang dilaksanakan untuk PGB yang dibimbing dapat dikongsikan kepada rakan SIPartners+ yang lain secara merentas daerah dan negeri.  

OBJEKTIF 

  • Mewujudkan hubungan kolaboratif antara SIPartners+ PPD Kulai, PPD Kuching dan PPD Samarahan ke arah perkongsian professional berkaitan kerja buat SIPartners+ dan amalan terbaik. 
  • Mewujudkan hubungan kolaboratif antara pengetua sekolah-sekolah menengah daerah Kulai dengan SMK Sungai Tapang dan SM Sains Kuching Utara agar berlakunya perkongsian professional berkaitan program pembangunan murid dan amalan terbaik sekolah. 
  • Mendapatkan input berkaitan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dan program pembangunan murid di SMK Sg Tapang khususnya dalam memenuhi standard International Baccalaureate World School.
 
Maklumat Lanjut Program Kolaboratif

Portal Program Kolaboratif (untuk sertai, sila dapatkan kod dari admin)

 
 
 

No comments:

Artikel Popular