Rabu, Julai 13, 2011

Sayangi Buku : Buku Jambatan Ilmu

Disesuaikan daripada teks ucapan semasa melancarkan Program Sayangi Buku SMK Kulai Besar pada Rabu, 13 Julai 2011



Assalamualaikum WKT, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. 

Yang Dihormati rakan-rakan guru dan yang saya kasihi semua murid SMK Kulai Besar sekelian. Bersyukurlah kita kehadarat Allah Yang Maha Esa yang dengan kudrat dan iradatnya membolehkan kita bertemu dalam perhimpunan rasmi bagi minggu yang ke-25, pada pagi yang berbahagia ini.

Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk melancarkan program ini pada pagi ini, dan sesungguhnya inilah program terakhir yang kita laksanakan tanpa kehadiran pengetua.

Pada kesempatan ini sukacita saya maklumkan bahawa Pengetua sekolah yang Ke-9 sebenarnya telah melapor diri pada hari Jumaat yang lalu. Beliau yang saya maksudkan ialah PN TAN MOI YAN, yang sebelum ini bertugas sebagai pengetua di SMK IJ Convent Johor Bahru. Insya Allah pada hari Rabu nanti beliau akan mula berkhidmat secara rasmi di sekolah.

Rakan-rakan guru dan semua murid yang saya kasihi sekelian, amalan membaca perlu kita jadikan sabagi satu tabiat, satu kebiasaan dan kelaziman yang kelak implikasinya menjadikan ia sebagai budaya kita.

Satu fakta yang tidak bolah disanggahi ialah membaca jambatan ilmu. Jika ditelek dalam mana-mana tradisi temaudun peradaban dunia tiada tamadun yang bangkit tanpa bertunjangkan ilmu.

Kepada murid Islam sepatutnya kita sedar betapa Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.

Begitu juga dalam tradisi tamadun lain didunia termasuk tamadun Cina dan India, semuanya maju, berkembang dan menempa nama antara tamadun terhebat kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan yang anak kuncinya ialah membaca.

Membaca adalah jambatan kepada ilmu. Pepatah Cina seperti yang diungkap oleh ahli falsafah Kung Fu Tze....Carilah buku, kerana dalam buku ada emas, dalam buku ada wanita cantik. Buku melambangkan ilmu, orang berilmu boleh mendapat kekayaan, orang kaya boleh memilih wanita cantik sebagai teman hidupnya.

Begitulah amalan membaca mengakat darjat seseorang individu berbanding individu lain. Lumrah dalam menelusuri kejayaan seorang pelajar dalam pepriksaan awam, asas yang menjadi tunjang kejayaan itu ialah kuatnya membaca dengan disertai teknik dan strategi yang betul.

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku. Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari? Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun.

Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!! Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Bagi memastikan generasi masa hadapan yang bakal diwariskan kepada murid di bangku sekolah pada hari ini disebatikan dengan nilai dan budaya membaca maka KPM mengambil langkah bestari dengan memperkenalkan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) deperingkat sekolah pada tahun 1999.

Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit Program Nilam. KPM berhasrat menambah baik strategi untuk mencapai 100 peratus pembabitan murid dalam Program Nilam. Bagi pelaksanaan Program Nilam, kita meminta pelajar membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod Nilam.

Buku dimaksudkan ialah buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau dibeli sendiri. Bagaimanapun seiring kepesatan teknologi, Program Nilam turut menggalakkan mereka membaca buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari pusat sumber digital, e-book dan juga cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD).

Malah, mereka juga boleh memuat turun bahan bacaan dari internet dibaca dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Kini sudah ada teknologi yang boleh `membacakan’ buku digital untuk kita dan boleh disimpan dalam pemain muzik MP3 serta iPod.

Dengan kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita pada zaman ini, tiada alasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca. Saya berharap dapat melahirkan Tokoh Nilam yang benar-benar berketrampilan untuk dijadikan `role model’ kepada pelajar lain.

Kita ingin menunjukkan kepada semua pelajar bahawa adanya saling kait yang amat rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan pendidikan. Mungkin boleh saya imbas kembali pada 2004 di mana Tokoh Nilam Kebangsaan tahun itu, Nur Amalina Che Bakri, adalah pelajar terbaik keseluruhan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan mencapai 17 1A.

Pada tahun 2007 pula, sekali lagi murid yang berjaya bergelar Tokoh Nilam Kebangsaan juga muncul pelajar terbaik keseluruhan SPM 2007, iaitu Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A. Semoga dengan contoh yang dipaparkan ini akan membuka mata semua pihak termasuk murid, guru dan ibu bapa, mengenai peri pentingnya tabiat membaca dalam diri kita serta menjadikannya satu budaya. 


Kita perlu mengikut amalan penduduk di negara maju yang menatap buku atau akhbar tanpa mengira masa dan keadaan mencerminkan budaya membaca yang mantap serta sudah lama berakar umbi. Saya tidak nampak cara lain untuk kita menjadi masyarakat berilmu selain mendampingi tabiat membaca.

Jumaat, Julai 01, 2011

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN - AIR YANG TIDAK BERCANTUM

Al-Quran : Surah Ar-Rahman Ayat 19-21

[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

AIR SUNGAI TIDAK BERCANTUM DI DASU, INDUS KOHISTAN

AIR TIDAK BERCANTUM DI TELUK ALASKAN
 

Gambar-gambar di bawah diambil dari OPEN YOUR EYES. And OPEN YOUR MINDS.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV`Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

 


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

 
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

SUBHANALLAH!!!

Thank You & Best Regards;

bahan diolah daripada email Baharudin Ahmad bersumber dari

KHAIRUNNISA JAMALUDDIN

Amerstrand Engineering Sdn Bhd
 Tel : 03 - 7785 6788
 Fax : 03 - 7784 6788 / 7782 0530

Khamis, Jun 30, 2011

Teks Ucapan : Kejohanan Olahraga Kali Ke-21, 2011

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SMK KULAI BESAR 2011


OLEH;
AZMAN BIN SAFII
PENOLONG KANAN PENTABIRAN
KHAMIS, 23 JUN 2011




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN
WASSALATU WASSALAMU ALA ASHRAFIL AMBIA IWALMURSALIN
WAALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN,
SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA



Yang berusaha, EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN, Penolong PPD Sains & Matematik (Rendah), selaku wakil rasmi PPD Kulaijaya.

Yang Dihormati, En Syamsul Kamal bin Mohd Nasir, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Yang Dihormati, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, GPK Kokurikulum, En Masa’ud bin Baharom – GPK HEM, Pn Norazzah binti Misban – GPK Petang, GKMP, Rakan-rakan Guru, AJK PIBG, Tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Kulai Besar kali Ke-21, 2011.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan.

Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya.

Saudara dan saudari sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih  kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan.

Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.

Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada murid tadi akan belari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.

Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif. Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah.

Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang sepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan.

Dalam konteks sekolah semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untukbergiat dalam bidang sukan.

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah.

Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN , EN SYAMSUL KAMAL BIN MOHD NASIR - YDP PIBG serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-24, SMK Kulai Besar.


Sekian.

Ahad, Jun 26, 2011

Teks Ucapan : Pelancaran HKS 2011

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN HARI KOPERASI
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR,
KULAIJAYA, JOHOR



OLEH,
EN AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

RABU, 22 JUN 2011




1. Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam satu Malaysia.

2. Terima kasih kepada saudari pengacara majlis. Yang Dihormati, En Masa’ud bin Baharom, PK Hal Ehwal Murid, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, PK Kokurikulum, Barisan GKMP, Rakan-rakan guru dan Yang Dikasihi semua murid SMK Kulai Besar.

3. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan kurnianya kita berkesempatan untuk berada pada perhimpunan pagi ini bagi menjayakan Pelancaran Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah bagi tahun 2011.

4. Rakan-rakan guru dan semua warga SMKKB sekalian, Koperasi Sekolah merupakan elemen penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang terpuji melalui kegiatan-kegiatan yang dijalankan berlandaskan nilai dan prinsip koperasi.

5. Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya Koperasi Sekolah, ANGKASA menganjurkan Perayaan Hari Koperasi Sekolah pada 13 Ogos 1995 dan sejak dari tarikh tersebut, Perayaan ini disambut setiap tahun.

6. Tema “1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1” telah dipilih pada tahun ini sebagai satu tema yang menggambarkan kepentingan koperasi sebagai agen pembangunan ekonomi masyarakat. Ini adalah bersesuaian dengan koperasi yang telah diiktiraf sebagai sektor ketiga selepas sektor awam dan sektor swasta.

7. Pada waktu ini Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting di sekolah. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1,885 daripadanya telah menjadi ahli ANGKASA.

8. Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan di samping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

9. Berbagai-bagai aktiviti dijalankan sempena HKS. Pada hari Sabtu yang lalu pihak sekolah telah pun menganjurkan Hari Keusahawanan, dan selepas ini saya percaya pengurusan koperasi sekolah telah membuat perancangan yang rapi dan menyusun pelbagai aktiviti yang menarik.

10. Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

11. Saya menyeru kepada semua murid agar dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang. Pada masa yang sama yang berharap koperasi SMK Kulai Besar dapat memberi cabaran dengan terlibat dalam pertandingan-pertandingan anjuran ANGKASA seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun, petanque dan sebagainya sama ada di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.

12. Saya juga berharap ALK khususnya Pn Nora memberi perhatian serius terhadap pembangunan sukan Petanque. Petanque secara tradisinya adalah sukan yang sangat popular di Perancis dan di Malaysia ini sukan ini sebagai salah satu ikon gerakan koperasi.

13. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru Pendidikan Khas yang mengambil langkah mewujudkan sukan ini dalam kalangan murid pendidikan khas. Pada tahun 2010 kita menjadi Johan dalam pertandingan ini dalam peringkat daerah. Jadikanlah sukan ini sebagai kebitaraan sekolah iaitu watak sekolah.

14. Dengan lafaz Bismillahirahmanir Rahim...saya merasmikan pelancaran SHKS , Sekian terima kasih

Ahad, Jun 19, 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Assalamu'alaikum Semua, penulisan kali ini adalah penulisan semula bahan yang saya terima dari seorang rakan yang menghasilkan “minit curai” daripada ceramah yang beliau hadiri kepada saya dan seterusnya dititip semula untuk tatapan atau bacaan semua

Ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Oleh itu kepada semua penglamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istimewa ini untuk kita sama-sama dihayati dan diamalkan sekadar mampu. Jika telah ditakdirkan anda tiada masa untuk membaca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang berwarna MERAH.  


1.0     Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tidak baik tetapi tiada masa pula nak buat yang baik.

Jika kita merasa tidak pernah kecukupan wang, maksudnya kita diseksa Allah.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu kaum ibu janganlah menjatuhkan air mata kerana anak akan merana. Pada masa yang sama anak jagalah perangai jangan sampai ibu jatuh air mata. Kepada kaum ibu menangislah kerana kejayaan anak bukan sedih kerana angkara anak.

Jika kita masih ada ibu, kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada tiga mata yang tak dijilat api neraka;
       Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
       Membaca al-quran sehingga menitis air mata.
       Memandang wajah ibu yang sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

Terdapat tiga orang yang kita kena lihat dan selalu pandang dalam hidup, lihat semasa tidur!
       o Anak
       o Ibu
       o Suami

Sebagai selingan, menurut ustaz lagi, kalau isteri ada perselisihan faham dengan suami sampai peringkat hendak bercerai.......lihatlah muka sang suami ketika dia tidur. Pada saat melihat suami tidur, tiba-tiba timbul perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tetapi tapi jika tiada timbul rasa itu semua....... maksudnya jodoh sudah memang sampai ke penghujung.

Menurut ustaz lagi orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis pada hari kematian ibunya….....jika menangis dalam hati sahaja. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandanglah ibu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”.
        o “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
        o Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, selepas tu bicaralah dengan Allah.
        o “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
        o “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. Ustaz telah memberi contoh seorang anak yang hendak berkahwin misalnya boleh pergi ke pusara ibu kita dan berkata “Mak, esok anak saya nak kahwin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kahwin ” atau “bapak, saya nak kahwin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira lihat saya ” Ustaz berkata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu di kawasan perkuburan, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakalah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pada mereka.

Tanda-tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

Bila hendak berbelanja simpan sedikit wang untuk sedekah kerana dalam wang kita itu ada hak untuk orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, berilah wang sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah amat sukar pada masa sekarang. Orang yang susah Allah hantarkan orang-orang yang susah ini untuk kita bantu dan dapatkan pahala!

Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah tiada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Doalah semoga Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga mereka pada saat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah maha pengasih dan tidak mahu kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.


2.0 Gangguan Saka

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara gangguan saka,
       • selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/
       • selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok
       • rasa mengantuk selepas asar.

Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan. Simptom terkena saka;
       • Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
       • Bila telah mencapai peringkat kronik, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar, susah nak dapat anak, senang gugur
       • Ada rasa kelibat orang lalu.
       • Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan perempuan, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan. Oleh itu sebelum hendak berintim, bercakap-cakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insya Allah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang. Tiga penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah kanser, AIDS dan leukemia
       • Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
       • Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000 x sehari.


3.0 Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

Semasa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.



4.0 Anak Degil

Bila anak telah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK.........Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Maklumbalas daripada orang yang telah mencuba kaedah ini sungguh menakjubkan, setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi.

Sama-samalah kita praktik apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan bahan ini kepada saudara seagama kita. Wallahualam....



Artikel Popular