Ini adalah artikel yang baik menyentuh tentang amalan kesihatan untuk mengelakkan serangan jantung. Ia bukan sekadar mengenai kebaikan meminum air panas selepas makan tetapi ia juga berkaitan bagaimana kita boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Amalan baik orang Jepun dan orang Cina ialah mereka minum air teh panas selepas makan, dan bukannya air sejuk apatah lagi air berais seperti kegemaran rakyat Malaysia.....Teh O Ais, air bandung ais dan sebagainya.
Kalau selama ini kita penggemar air sejuk berais, sekarang tibalah masanya untuk kita mengkaji semua amalan pemakanan kita agar menjamin kehidupan lebih sihat.
Ini bukan bermaksud kita takut mati, kerana pada hakikatnya ajal dan maut di tangan tuhan. Namun perkara yang penting, bukankah bila kita sihat kita akan hidup lebih sejahtera, mudah beribadat dan tidak merisaukan orang lain mengenai tahap kesihatan kita.
Kepada individu yang suka meminum air sejuk berais, artikel ini diharapkan berguna dan memberi kesedaran kepada anda. Memang lazat menikmati segelas air sejuk selepas makan apatah lagi dalam keadaan cuaca panas seperti di Malaysia.
Walau bagaimanapun, air sejuk yang diminum selepas makan akan memadatkan minyak yang kita ambil atau terkandung dalam makanan kita. Ia akan melambatkan pencernaan. Selepas ini 'lumpur' hasil cernaan makanan yang kita ambil akan bertindak balas dengan asid, ia akan dipecahkan dan diserap oleh usus lebih cepat daripada makanan padat .
Proses ini menjadikan makanan yang dihadamkan berubah menjadi lemak dan boleh mengakibatkan kanser. Cara terbaik adalah untuk minum sup panas atau air hangat setelah makan.
Umum Gejala Dari Serangan Jantung ...
Kita perlu sedar bahawa tidak semua serangan jantung dirasakan dengan gejala lenguh atau kesakitan pada lengan sebelah kiri kita. Kita juga harus berwaspada akan gejala kesakitan berterusan pada rahang.
Tidak semua serangan kali pertama berkaitan masalah jantung bermula dengan kesakitan pada dada, walaupun itu adalah gejala yang paling lazim dan kerap terjadi kepada individu. Namun, rasa mual dan keringat yang bercucuran juga menjadi gejala umum.
Enam puluh peratus orang yang mengalami serangan jantung ketika mereka sedang tidur dan mereka tidak terjaga. Namun begitu rasa sakit pada rahang boleh membangunkan kita dari tidur nyenyak. Marilah kita berhati-hati dan sedar tentang tahap kesihatan jantung kita. Semakin banyak kita mengetahui, makin banyaklah kesempatan yang yang kita ada untuk kita memperbaiki tahap kesihatan jantung kita.
Pakar kardiologi menyatakan bahawa seseorang yang membaca mesej ini dan kita menghantar kepada 10 orang lagi, maka kita berupaya untuk memastikan sekurang-kurangnya seorang dapat terhindar daripada masalah serangan jantung. Perkara ini bergantung pada tahap kesedaran dan perubahan amalan gaya pemakanan seseorang.
Bahan ini diolah semula dari artikel asal yang diemail kepada saya oleh OSMAN
No comments:
Post a Comment