Savannah Hill, Ulu Tiram - 27 Februari , Seramai 81 pengawas SMK Kulai Besar telah menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas yang telah dianjurkan oleh Unit HEM. Kursus berlangsung selama dua hari iatu dari 26 - 27 Februari, turut disertai oleh sembilan guru pembimbing yang berperanan selaku urus setia dan pengendali kursus.
Kursus ini diadakan adalah sejajar dengan hasrat Unit HEM menjadikan Badan pengawas sebagai entiti penting dalam memantapkan disiplin dan pembangunan modal insan. Majlis persamian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Fouziah binti Abu Hamid, Pengetua SMK Kulai Besar.
Semasa menyampaikan ucapan, Puan Hajah Fouziah antara lain menyeru agar semua pengawas sentiasa bertanggungjawab dan menjaga kredebiliti selaku pemimpin. Pengawas juga perlu mempunyai jati diri untuk mendepani segala cabaran dan rintangan yang dihadapi dengan penuh kekuatan sama ada dari segi fizakal, mental dan emosi.
Sebahagian Peserta Kursus Bergambar Bersama Pentadbir Sekolah - dari kiri En Masa'ud (PK HEM), Pn. Hjh. Fouziah (Pengetua) dan En Azman (Penolong Kanan) |
No comments:
Post a Comment