JURNAL KEPIMPINAN
Home
PAK-21
Program KPM
SKPMg2
Coaching & Mentoring
Alat Kulaiti
Modul J-ProKiPS
Saturday, February 12, 2011
Larian Perdana Mahkota 2011
SMK KULAI BESAR, 12 Februari - Seramai 2044 murid dan 115 guru serta 11 kakitangan sokongan sekolah ini, telah mendaftar diri dalam menjayakan Larian Perdana Mahkota peringkat sekolah 2011.
Larian yang pada prinsipnya dijalankan serentak seluruh sekolah di negeri Johor ini, telah dilepaskan oleh Puan Hajah Fouziah binti Abu Hamid, Pengetua SMK Kulai Besar pada jam 9.00 pagi.
Sebleum acara larian dimulakan, semua peserta berhimpun di padang untuk sama-sama menjayakan acara senam robik dan aktiviti regangan yang telah dikelolakan oleh jurulatih kecergasan yang telah diundang khas oleh Unit Sukan SMK Kulai Besar.
Larian Perdana Mahkota akan menjadikan JOHOR negeri pertama di negara ini untuk menyelenggarakan "Larian Perdana Mahkota", melibatkan sekitar 600.000 peserta, termasuk pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa murid.
Namun, usaha Johor untuk memperbaiki rekod "penyertaan paling banyak dalam acara larian" yang melibatkan penyertaan 626.921 peserta dari 1.044 sekolah pada tahun 2002, telah digagalkan oleh musibah banjir.
Jabatan Pelajaran Johor sebelum ini mensasarkan penglibatan sejumlah 683.234 peserta dari 1.130 sekolah untuk Larian Perdana Mahkota tahun ini. Namun, beberapa sekolah di Pagoh, Ledang, Muar dan Batu Pahat terjejas teruk akibat banjir.
Pada peringkat negeri, Larian Perdana Mahkota telah dilancarkan bermula pada jam 08:45 pagi oleh Temenggong Tunku Johor di Dataran Bandaraya Johor Baru.
Sebelum larian dilepaskan, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan telekonferens dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi di Batu Pahat.
Acara ini juga menarik perhatian pegawai tinggi dari pihak Kementerian Pelajaran. Pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran berada di Johor untuk mengikuti secara dekat agar acara tersebut dapat dilaksanakan di negeri-negeri lain.
Acara ini merupakan gagasan dari Pengarah Pelajaran Johor sendiri iaitu, Tuan Haji Markom Giran, yang mengatakan bahawa beliau merasa bangga apabila Johor adalah negeri pertama di negara ini untuk melaksanakan "Penghayatan Sukan" di bawah program "1 Pelajar 1 Sukan" dan meletakkan sukan ke satu tahap yang baru.
"Kami bangga untuk memimpin dan menjadi negeri contoh untuk diikuti oleh orang lain".
"Banyak masa dan usaha yang telah diperuntukkan dalam menjayakan acara ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini, terutama Unit Sukan JPNJ, yang bekerja tanpa mengenal penat lelah walaupun menghadapi musibah banjir," kata Tuan Haji Markom seperti yang dipetik dari berita New Straits Times.
Pada peringkat daerah, acara larian akan diadakan di SMK Batu Pahat yang mempunyai 1,500 peserta. Penyertaan yang lain datang dari SK Lelaki Bandar, Kluang (1,200), SMK Tun Habab, Kota Tinggi (1,200), Dataran Kulaijaya (1,000), Mini Stadium Mersing (1,000), SM Tinggi Muar (1,500), Mini Stadium Pontian (1,000), SMK Bandar Penawar, Pengerang (1,000), Segamat Dataran (1,500), SMK Tun Mamat, Ledang (1,000) dan Bukit Pasir Gudang (1,500).
Pada keseluruhannya, sekitar 600.000 pelajar, guru, ibu, bapa dan kakitangan sekolah dari 12 daerah akan mengambil bahagian dalam acara tersebut.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Popular
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development) dalam konteks pembangunan kompetensi guru dan pembelajaran murid.
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
OPPM Sebagai Alat Pengurusan Program di Sekolah
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
Teks Ucapan : Kejohanan Olahraga Kali Ke-21, 2011
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
Teks Ucapan : Perhimpunan Mingguan 20 April 2009
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
5 Cara Untuk Memulakan Ucapan Yang Hebat
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...
No comments:
Post a Comment