Penyelidikan dan kajian merupakan satu pendekatan dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam pengurusan pendidikan sama ada di sekolah, di PPD mahu pun di KPM. Penyelidikan seharusnya dijadikan budaya, agar warga pendidikan bukan sahaja sentiasa berusaha ke arah meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi tugas, bahkan menjadi penyuntik semangat ke arah usaha mewujudkan organisasi pembelajaran di organisasi masing-masing.
Saturday, September 11, 2021
Monday, August 30, 2021
Ciri-ciri Psikometrik dalam Kajian Kuantitatif Menggunakan Pengukuran Model Rasch
Muat turun Perisian Winsteps & Panduan [ MUAT TURUN ]
Artikel ini ditulis adalah berasaskan kepada inisiatif SIP+ Johor dalam meningkatkan tahap kompetensi kepimpinan pendidikan khususnya di sekolah dalam membudayakan amalan penyelidikan dalam memajukan profesionalisme diri dan prestasi organisasi. Berdasarkan analisis i-Kompas tahun 2020 menunjukkan kompetensi yang perlu dibangunkan dalam kalangan kepimpinan pendidikan di negeri Johor ialah berkaitan kompetensi pengetua dan guru besar dalam mengamalkan budaya penyelidikan dan pengurusan risiko. Justeru pada penulisan saya pada hari ini, saya akan memfokuskan penulisan bagaimana Model Rasch boleh digunakan dalam Kajian Kuantitatif.
Wednesday, February 10, 2021
Kemahiran Asas MS Excel : Tapak Analisis SKPMg2 (Versi Sekolah)
SKPMg2 Sebagai satu instrumen penarafan kendiri sekolah merupakan alat pemajuan sekolah yang seharusnya dijadikan sebagai rujukan kepada kepimpinan dan warga guru di sekolah dalam merancang program pemajuan sekolah. Penarafan SKPMg2 sering kali dianggap sebagai satu tugas rutin sahaja yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sekiranya proses penarafan SKPMg2 ini dapat dilaksanakan dengan baik, ia dapat memberikan maklumat yang tepat tentang status atau standard kualiti sekolah dari aspek kepimpinan, penguruan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan kualiti guru. Oleh itu kepimpinan di sekolah perlulah menjadikan data dari penarafan SKPMg2 sebagai sebahagian daripada data utama yang perlu dirujuk dalam penrancangan program dan aktiviti pemajuan sekolah.
MUAT TURUN BAHAN VERSI EDARAN (sila klik link dan muat turun bahan sebelum tapak boleh digunakan. Klik pada link setelah itu, klik butang kanan tetikus dan pilih muat turun. Fail tidak berfungsi jika dibuka terus secara online pada google drive)
Monday, February 01, 2021
Kemahiran Asas Excel : Templat Analisis SKPMg2
Perkongsian saya kali ini adalah cara bagaimana kita boleh menganalisis data SKPMg2 dengan pantas dan berkesan menggunakan templat khusus microsoft excel yang dinamakan Templat Analisis SKPMg2. Video ini merupakan rakaman daripada sesi perbengkelan yang telah dilaksanakan berkenaan cara-cara bagaimana menggunakan Templat Analisis SKPMg2, yang saya kendalaikan secara atas talian melibatkan peserta daripada SIP+ Malaysia . Bengkel ini antara lain menunjukkan langkah-langakah yang perlu dilaksanakan semasa menggunakan Templat Analisis SKPMg2. Kemahiran MS Excel yang akan diterapkan semasa bengkel ini antaralainnya ialah;
- Pivot Table (Dashboard & Slicer)
- Format Cells
- Conditional Formating
- Review Protect Sheet
- Dropdown Menu
- dll fungsi asas MS Excel yang relevan
Semoga bahan yang dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) tetapi juga kepada kepimpinan pendidikan dan pemegang taruh sekolah untuk melihat bagaimana data SKPMg2 boleh dijadikan sebagai data penting yang boleh digunakan dalam mengenal pasti isu dan masalah sekolah yang seterusnya mendorong mereka melaksanakan intervensi yang berfokus ke arah pemajuan sekolah.
Saturday, January 23, 2021
Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah telah dibangunkan oleh KPM bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.
Thursday, January 21, 2021
SKPMg2 - Standard 4
Sila klik link untuk akses kepada bahan SKPMg2 Standard 4
Pada tahun 2017 SIParters + telah diberi mandat oleh PPD untuk membangunkan kapasti Penolong-penolong PPD dalam mengupayakan mereka mampu menguasi kemahiran dalam Standard 4 SKPMg2. Tujuannya adalah bagi memastikan penolong-penolong PPD yang juga merupakan pegawai angkat kepada sekolah mempunyai kompetensi melaksanakan bimbingan kepada warga guru di sekolah.
Dalam Standard 4 SKPMg2 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Semoga bahan yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai panduan dalam meningkatkan kefahaman kita berkaitan Standard 4.
Wednesday, January 20, 2021
Kemahiran MS Excel - Fungsi TEXT, VLOOKUP & COUNTIF
Pada kesempatan ini saya berkongsi sedikit kemahiran bagaimana menggunakan Microsoft Excel dalam pengurusan takwim bagi melaksanakan kerja buat saya selaku SIPartners+ (Rakan Peningkatan Sekolah). Perkongsian berkaitan topik ini telah saya laksanakan bersama rakan-rakan SIP+ Negeri Johor dan Malaysia dengan menggunakan platform Google Meet.
Sila klik link Tamplate Takwim untuk memuat bahan yang digunakan bagi tujuan latihan.
Artikel Popular
-
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
-
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
-
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
-
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
-
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...