Khamis, Mac 30, 2017

Gaya Kepimpinan Berkesan

Gaya Kepimpinan Berkesan

Oleh,

Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+),
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Pendahuluan

Penulisan ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga pendidik ke arah pencapaian matlamat sekolah. Penulisan ini akan menjawab persoalan “Apa” secara ringkas bagi memberi pemahaman tentang konsep dan memberi fokus terhadap persoalan “Bagaimana” bagi membincangkan tentang aspek aplikasi.
Objektif Penulisan

Isnin, September 05, 2016

Blended Learning

Blended Learning

Roland Abu Hassan -SIPartner+ PPD Timur Laut PP.

What is the best option of good teaching n learning process?

This was a very simple question asked by a participant to me during a briefing session with a group of new teachers in Penang recently..

My answer..maybe right or maybe can be corrected by all of u out there..
Teaching is not an easy job..being a teacher with a current situation u need strong desire n eqquiped with current knowledge, technology, daily situation n achieving MOE kpis n so on..

Kecelakaan Organisasi

oleh;
Roland Abu Hassan,
SIPartner+ PPD Timur Laut,
Pulau Pinang

Kecelakaan organisasi berpunca dari anda? Adakah anda...

1. Mengurus Semua Pekerja Secara Sama Rata?

Melayan sama rata beza dengan mengurus secara sama rata. Mengurus pekerja atau staf secara sama rata bermakna mereka tidak mengambil kira akan kekuatan dan kelemahan setiap staf. Sudah tentu dalam sesebuah syarikat akan wujud pekerja-pekerja yang mempunyai tahap kemahiran dan keistimewaan yang berlainan.Kebanyakan pengurus yang mempunyai sikap ini bermakna mereka bukan seorang yang teliti dalam pengurusan staf.

 2. Sikap Pilih Kasih

Pemimpin yang kurang baik selalunya mengamalkan sikap pilih kasih terhadap perkerja dan staf.Mereka gemarkan sesetengah staf bukan kerana performasi dan tahap kerja mereka. Tetapi hanya kerana mereka rajin melayan, bersembang atau melepak dengan mereka.

 3. Tidak Mengambil Kira Pandangan Orang Bawahan

Memang benar seorang pemimpin perlu tegas dalam apa yang mereka percaya. Namun jika ada pendapat atau masalah yang dikemukakan oleh staf di bawah pengurusan mereka, mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengambil kira tentang pelbagai aspek sebelum membuat sesuatu keputusan mengenai pendapat staf mereka.Selalunya pengurus yang tidak baik akan mengendahkan pendapat staf atau terus memberi alasan mengapa pendapat itu tidak oleh dilaksanakan tanpa memberi sebab yang sangat kukuh.

 4. Terlalu Bersikap Teknikal Dalam Pengurusan

Ramai orang tidak tahu samada mereka boleh menjadi seorang pengurus sekolah yang baik sehingga mereka sendiri memegang jawatan tersebut. Mengurus bukanlah perkara teknikal dari apa yang dipelajari semata-mata di universiti. Pengurusan atau penyeliaan yang melibatkan staf di bawah anda sebenarnya merupakan satu seni yang perlu dikuasai berdasarkan pengalaman anda dan orang lain.Tidak semestinya orang yang pandai mengurus perkara teknikal sahaja dapat mengurus hubungan dan prestasi perkerja dengan baik.

 5. Tidak Ada Jiwa Dalam Perkerjaan Mereka

Satu lagi contoh pengurus yang kurang baik ialah mereka tidak meletakkan sepenuh jiwa dalam skop kerja mereka. Mereka merasakan bahawa pengurusan yang baik dan teliti merupakan sesuatu yang mereka terpaksa lakukan dan bukan perkara yang patut dilakukan.

 6. Tidak Mempunyai Sifat Empati

Sikap empati sama erti dengan bertimbang-rasa atau lebih tepat, meletakkan diri mereka dalam situasi orang di sekeliling mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.
Pengurus sekolah yang tidak baik seringkali mencari kesalahan semata-mata tanpa memikirkan cara-cara memperbaiki kesalahan tersebut berdasarkan apa masalah yang staf alami. Mereka juga tidak mahu mengambil tahu tentang kebajikan pekerja mereka.

 7. Kurang Skil Pengurusan

Saya berani jamin, ramai pengurus atau penyelia di negara ini tidak mengambil kursus pengurusan tambahan. Bagi mereka, pengalaman dan pengetahuan sedia ada sudah mencukupi.Seorang pengurus perlu mengambil latihan atau kursus-kursus yang dapat meningkatkan tahap komunikasi, kepimpinan dan pengurusan sepanjang menjawat jawatan mereka. Keengganan menambah baik skil mereka menunjukkan ciri-ciri seorang pengurus yang kurang baik.

 8. Kurang Meluangkan Masa

Seorang pengurus sekolah yang kurang baik selalunya tidak mahu melabur masa ke arah menjadi seorang pengurus atau penyelia yang lebih baik.Seperti yang saya nyatakan di atas, mereka enggan meluangkan masa untuk menghadiri kursus atau sesi latihan tambahan dan tidak meluangkan masa untuk mengenali staf-staf mereka dengan lebih mendalam.

 9. Tidak Cukup Usaha

Seperti yang saya nyatakan di atas juga, pengurusan merupakan sebuah seni yang perlu dikuasai dengan berusaha setiap hari untuk menambah baik tahap seseorang sebagai pengurus.Ia bukanlah kemahiran yang boleh dikuasai semalaman.

 10. Tidak Menetapkan Target Atau Objektif Yang Baik

Pengurus atau penyelia yang kurang baik selalunya menetapkan matlamat prestasi yang teruk. Selalunya matlamat-matlamat yang ditetapkan oleh pengurus yang kurang baik merupakan matlamat yang tidak spesifik atau kurang jelas, sukar diukur, mustahil untuk dicapai dan tidak mempunyai jangka
Pembangunan Individu Pemimpin Sekolah melalui Program SIPartner+

Oleh;
Haji Shamsudin bin Haron,
Pegawai SIPartner+ PPD Kluang

Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki atau diperbaharui. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Antara program pembangunan dan transformasi pendidikan kerajaan yang baru adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara. Ia bertujuan untuk memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa (KPM, 2013).

Pelan pembangunan ini adalah satu dokumen komprehensif dengan pernyataan dasar yang bukan sahaja mengenalpasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan (Sufaat Tumin, 2013).

Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi murid secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, KPM  memberi tumpuan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi murid seperti kualiti guru dan kepimpinan pengurusan sekolah. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam 9 Bidang Keutamaan dan 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013-2015 (KPM, 2013). KPM telah merancang untuk melaksanakan PPPM 2013-2015 dalam tiga fasa atau gelombang.

Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015 ini bermatlamat untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Bagi mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah dan mengurangkan jurang pencapaian antara sekolah, Program Transformasi Daerah atau District Transformation Program (DTP) dijadikan satu inisiatif utama bagi menyediakan sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah.

Bagi tujuan ini, dua pasukan jurulatih yang dikenali sebagai School Improvement Partner (SIPartner+) dan School Improvement Specialist Coach (SISC+) telah dilantik di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Setiap pegawai SIPartner+ ditugaskan menjadi jurulatih dan mentor kepada 25 hingga 30 orang pemimpin sekolah. Sementara itu, SISC+ bagi subjek Matematik, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pula bertanggungjawab membimbing 15 hingga 20 orang guru dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P) subjek masing-masing (KPM, 2014).

Projek rintis DTP telah dilaksanakan di Kedah (8 daerah) dan Sabah (24 daerah) dari Jun 2012 hingga Disember 2013. Sementara itu, peluasan program kesemua daerah di seluruh negara melibatkan 106 buah PPD yang dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2014 dimulai dengan proses pemilihan dan pelantikan  SIPartner+ dan SISC+ pada akhir 2013 (KPM, 2013). 

Adalah menjadi harapan, dengan berakhirnya pelaksanaan fasa pertama atau Gelombang 1 pada tahun 2015, PPD telah dapat memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam memberi sokongan kepada pemimpin sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian sekolah mereka (KPM, 2012). Hal ini kerana, matlamat Glombang 2 untuk memacu peningkatan sistem hanya akan terlaksana sekiranya matlamat Glombang 1 telah tercapai.

Program SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam DTP bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam membangunkan organisasi sekolah yang mereka pimpin. Melalui program ini, para pemimpin sekolah tidak akan berasa keseorangan dalam memimpin dan memajukan sekolah mereka. Implikasinya, mutu perkhidmatan yang mereka berikan akan meningkat. 

Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada tahap yang lebih baik di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mendapat bantuan dan sokongan dari pihak luar (Fullan, 2001; Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005).

Atas tujuan ini, jawatan pegawai SIPartner+ telah diwujudkan mulai akhir tahun 2012 (projek rintis). Ia merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka yang dilantik berfungsi sebagai rakan pembimbing kepada pengetua dan guru besar di sekolah. Sebagai rakan pembimbing, pegawai SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja.

Program SIPartner+ yang dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2014 merupakan kesinambungan dari Program SIPartner yang dilaksanakan oleh IAB sebelum ini. Pada asalnya, program yang dipanggil SIPartner mula dilaksanakan oleh IAB pada tahun 2010. Menurut IAB (2012), program ini merupakan satu inisiatif dalam agenda Program Pembangunan Prestasi Sekolah atau School Improvement Program (SIP) yang telah dilancarkan pada bulan Mac tahun yang sama. Ramai pensyarah IAB telah dilibatkan menjadi SIPartner.

Jawatan hakiki mereka adalah sebagai pensayarah dan dalam masa yang sama melaksanakan tugas SIPartner (bukan secara sepenuh masa). SIP merupakan usaha komprehensif KPM bagi mencabar, memotivasi dan membantu 480 buah sekolah menengah dan rendah yang berprestasi rendah (berada di band 6 dan 7) seluruh Malaysia melalui usaha membangunkan organisasi sekolah. 

SIPartner yang dilantik bertanggungjawab membantu meningkatkan prestasi sekolah sebelum berakhir sesi persekolahan tahun 2012. Berdasarkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam, hampir 50 peratus daripada sekolah terlibat telah keluar daripada band 6 dan 7 pada tahun 2010 dan 2011 (IAB, 2012).

Berdasarkan kejayaan program SIPartner dan SIP secara keseluruhan, program ini telah dijadikan sebagai strategi utama dalam DTP melalui Glombang 1 PPPM dengan sedikit ubahsuaian (KPM, 2012).  Bagi membezakannya dengan program SIP yang dikelolakan oleh IAB sebelum ini,  inisiatif  PPPM ini diberi nama program SIPartner+ (KPM, 2012; IAB, 2014). 

Sementara itu, jawatan SIPartner+ merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan di setiap PPD. Mereka bertanggungjawab menjadi rakan pembimbing kepada 25 hingga 30 orang pengetua dan guru besar. Projek rintis telah diadakan di negeri Kedah dan Sabah pada tahun 2013, sementara perluasan program ini ke seluruh negeri di Malaysia berlangsung sepenuhnya pada tahun 2014 (KPM, 2014). Peranan utama pegawai SIPartner+ adalah seperti berikut:

i)              Mengadakan lawatan bimbingan kepada pemimpin sekolah
ii)             Melaksanakan program ynag diluluskan oleh pusat
iii)           Melapor, memantau dan memastikan pembangunan pemimpin sekolah
iv)          Melapor isu-isu sekolah kepada pihak atasan dan mengenal pasti intervensi yang diperlukan dalam Pelan Penambahbaikan Sekolah.

Sebagai kesimpulannya, pegawai SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja. Bagi mencapai tujuan ini, pendekatan leadership coaching digunakan dalam pertemuan bersemuka antara SIPartner+ yang bertindak sebagai coach dan pemimpin sekolah yang bertindak sebagai coachee.  SIPartner+ membantu pemimpin sekolah untuk membangunkan diri mereka sendiri. 

Akhirnya, pemimpin sekolah yang telah membangunkan potensi dirinya itu akan lebih komited untuk membangunkan organisasi sekolahnya (IAB, 2012). Walau bagaimanapun, hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya terjalin hubungan secara profesional antara coach dan coachee. Hal ini kerana keberkesanan hubungan yang terjalin akan memberi impak terhadap proses coaching yang dilaksanakan.

Jumaat, Disember 05, 2014

"AGENDA MEMPERKASA UMMAH"
Khutbah Jumaat 28 NOVEMBER 2014 / 5 SAFAR 1436H

Suntingan Semula;
MD HASRAM BIN OMAR
Pengetua SMK Taman Kota Kulai

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: "AGENDA MEMPERKASA UMMAH".

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada al-Quran al-karim bahawa kewujudan sesuatu bangsa dimuka bumi ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT sebagaimana firmannya di dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."

Sebagai suatu bangsa, secara hakikatnya ianya boleh diwarnakan dan dipengaruhi oleh apa sahaja. Pada zaman yang disifatkan telah berubah dengan era globalisasi menyebabkan sesuatu bangsa itu boleh memilih jalan dan cara hidup yang sendiri samada ingin menjadi bangsa yang beriman, maju atau sebaliknya.

Persoalan besar timbul disini bagaimanakah kita untuk memperkasakan sesuatu bangsa itu?. Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa berdasarkan perspektif Islam memperkasa sesuatu bangsa itu berkait rapat dengan pembentukan jiwa, jati diri dan maruah.

Jiwa bangsa haruslah meletakkan persoalan keimanan sebagai tunjang kekuatan dan menerima hakikat serta yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW adalah pesuruh-Nya. Hakikat ini memberi landasan kepercayaan yang membolehkan sesuatu bangsa itu menjadi umat pilihan, menjadi contoh yang boleh ditauladani, pemimpin yang bersifat menaungi dan memiliki ketangkasan berfikir dan bertindak berdasarkan landasan adil wal ihsan.

Justeru, sebagai bangsa yang berdaulat dan bermaruah, maka menjadi kewajipan kita memelihara kedaulatan bangsa dan agama daripada segala ancaman samada dalam bentuk dalaman mahupun luaran. Janganlah ada di kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga bangsa dan agama terancam, dihina, dikeji, dicaci, diporak perandakan dan sebagainya. Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita melalui firman-Nya di dalam surah al-Anaam ayat 123:

Maksudnya:

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin menegaskan dalam menjaga kedaulatan bangsa ianya sangat berkait dengan nilai jati diri, rasa kasih dan sejauh mana tanggungjawab kita dalam mempertahan, memelihara dan menjaga maruah bangsa agar kekal dan selamat. Agama Islam sebenarnya telah menggariskan dengan jelas tentang jati diri khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah ini, berdasarkan firman

Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60:

Maksudnya:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya ".

Mimbar yang mulia ini amat yakin bahawa umat Islam yang cintakan bangsa inilah yang menjadi benteng kekuatan negara untuk membentuk tamadun Islam yang dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia. Rebutlah peluang yang ada ini selagimana kita mempunyai kekuatan dan kuasa.

Ingatlah bahawa Imam al-Ghazali Rahimahullah pernah berpesan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa:

"Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan berkembar. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan musnah dan hilang".

Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya:

"Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati". (Riwayat Hakim dan Ibnu Majah).

Muslimin yang dirahmati Allah,

Hayatilah pesanan Rasulullah SAW yang pernah melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam ramai tetapi berkeadaan seperti buih di lautan, kerana lemah dan tidak berdaya saing. Justeru, sebagai bangsa yang bermaruah seharusnya memiliki kebijaksanaan yang tinggi dalam menjana kehidupan. Harus diingat bahawa dalam usaha untuk memperkasa ummah ianya memerlukan satu perubahan atau tajdid. Perubahan dalam kehidupan mestilah mampu membebaskan diri dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi.

Oleh itu, mimbar ingin mengariskan beberapa agenda yang perlu dilaksanakan demi memperkasa ummah antaranya:

Pertama: perlu ada kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan,

Kedua: Pengorbanan yang agung yang tidak mengenal erti tamak haloba dan kedekut,

Ketiga: Memahami prinsip, meyakininya, menghormati, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip yang lain.

Dengan prinsip dan aspek inilah akan mampu membentuk individu dan masyarakat yang dapat melahirkan sebuah negara bangsa yang mampu bangkit, bersemangat waja serta mempunyai jatidiri yang murni lagi kukuh. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan merubah sesuatu bangsa tersebut selagi kita tidak melakukan perubahan pada diri sendiri. Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ra'd ayat 11:

Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.".

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan umat Islam negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

Ingatlah bahawa sebagai umat Islam dan bangsa teras di negara ini, kita hendaklah berperanan bukan setakat pada ibadah khusus semata-mata. Malah lebih luas daripada itu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniah di antara tugas khalifah itu adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir hal ehwal dunia.

Ingatlah bahawa bangsa kita adalah bangsa yang sukakan kebaikan dan bencikan kemungkaran. Tidak setakat itu sahaja, bangsa kita menjadi sebahagian daripada tamadun Islam yang jauh lebih hebat dalam sejarah penghidupan umat manusia. Ingatlah dalam agenda memperkasakan ummah bahawa berjuang sudah pasti, menyerah tidak sekali.

Semoga negara kita yang tercinta ini terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta perlindungan kepada Islam dan umatnya. Mengakhiri khutbah minggu ini, marilah sama-sama kita merenung sepotong ayat suci al-Quran al-Karim dari surah al-A'raf ayat 96:

Maksudnya:

"Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."


Artikel Popular