Rabu, Julai 26, 2017

Mengurus Perubahan Dalam Organisasi Menerusi Pendekatan Bimbingan


Oleh,
AZMAN BIN SAFII
Pegawai SIPartner+, PPD Kulai




Rajah 1 : Model Keluk Perubahan


Keluk Perubahan adalah model popular dan sangat berpengaruh yang kerap digunakan oleh pengurus perubahan untuk memahami peringkat-peringkat peralihan individu dan juga organisasi. Keluk Perubahan  membantu meramalkan bagaimana orang ramai atau ahli dalam sesebuah organisasi akan bertindak balas terhadap perubahan. Model Keluk Perubahan ini dapat dijadikan sebagai panduan supaya kepimpinan organisasi seperti di sekolah dapat membantu ahli membuat peralihan terhadap perubahan yang berlaku pada peringkat diri mereka sendiri. Pemahaman terhadap Keluk Perubahan ini dapat memastikan setiap ahli dalam organisasi sentiasa mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan dalam menempuh fasa-fasa perubahan.

Sabtu, Julai 22, 2017

Perbezaan antara Pengurusan (Management) dan Kepimpinan (Leadership)


Perbezaan antara Pengurusan (Management) dan Kepimpinan (Leadership) atau perbezaan antara Pengurus (Manager) dan Pemimpin (Leader) adalah topik yang sangat menarik dan selalu mengundang perhatian banyak pihak. Banyak juga buku pengurusan dan kepimpinan menguraikan perbezaan-perbezaan dua terma ini yang sangat menarik. Dalam coretan ini kita memilih topik ini untuk dibahas.
 

  1. Pengurus suka bertanya “how” dan “when”, “bagaimana” dan “bila” sedangkan seorang pemimpin lebih sering bertanya “what” dan “why”, “apa” dan “mengapa”. 

  1. Seorang pengurus lebih suka memberikan perhatian terhadap proses dan prosedur. Sedangkan seorang pemimpin lebih memperhatikan apa yang terjadi dan mengapa sesuatu boleh terjadi, terutama pada ketika mereka sedang berusaha menyelesaikan sesuatu masalah. 

  1. Seorang Pengurus cenderung mengatur dan mengelola sesuatu aktiviti, program atau projek serta mempertahankan system yang sudah ada. Sedangkan seorang pemimpin memotivasi anggotanya serta mengembangkan system prosedur.   

  1. Pengurus melakukan hal-hal dengan cara yang betul, berorientasi pada efisien (dalam bahasa Inggeris adalah “do the things right”. Sedangkan pemimpin melakukan hal-hal yang betul, berorientasi pada efektif. (dalam bahasa Inggris adalah “do the right things”. Kombinasi dari keduanya akan menjadi “Do the right things right!” 

  1. Pengurus menetapkan “goals” sedangkan pemimpin menetapkan “vision” dan “values” atau visi serta nilai-nilai. Jangkauan pemimpin lebih luas dan lebih jauh.  

  1. Pengurus melakukan “training” sedangkan pemimpin melakukan “coaching” yang lebih efektif dalam pembangunan diri. Proses Coaching dapat menggali potensi yang lebih banyak dari orang yang di-coach. 

Jika anda adalah seorang pengurus atau ketua jabatan, sebaiknya anda mempelajari kualiti dan keterampilan yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin. Kita tidak akan boleh menjadi seorang pengurus yang baik tanpa memiliki keterampilan memimpin.

Travelog SIPartner+

Oleh;
Shamsuddin bin Haron
Pegawai SIPartner+, PPD Kluang



PERTEMUAN PERTAMA

Alhamdulillah. Aku amat bersyukur ditakdirkan untuk bertemu dengan Pengetua SMK Seri Kota Paloh, Kluang. Riak wajahnya yang riang dan senyumannya yang sentiasa terukir ketika menyambut kehadiranku membuatkan aku berasa selesa bersamanya.

Selasa, Jun 20, 2017

Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.  Alvin Toffler pula dalam bukunya Power Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Ahad, Mei 21, 2017

Penggunaan Data Dalam Program Penambahbaikan Sekolah

https://drive.google.com/drive/folders/0B1CWnQhTT5h6SkNYdHdtOXdDcEE?usp=sharing

Klik Pada Gambar untuk muat turun bahan


Data adalah sangat penting dalam memastikan kita melaksanakan intervensi yang betul terhadap isu atau permasalahan yang ingin kita tangani. Data juga akan menjadikan keputusan-keputusan yang akan kita lakukan merupakan keputusan yang tepat sepanjang proses pengurusan dan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti.

Artikel Popular