Monday, October 21, 2019

Buku Panduan Pembelajaran Abad Ke-21





PPD Kulai telah menerbitkan Buku Panduan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam usaha memastikan Pembelajaran abad Ke-21 dapat direalisasikan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan PPD dan semua pihak yang berusaha gigih bagi merealisasikan penyediaan buku panduan ini. Diharapkan panduan ini berupaya menjadi panduan dan pegangan kepada semua warga pendidik daerah Kulai dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran guru di sekolah-sekolah dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. 


Di samping itu, bersesuaian dengan ledakan ilmu dan perkembangan era teknologi maklumat, warga pendidik seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran khususnya kesediaan guru untuk melaksanakan pedagogi yang bertunjangkan ICT. Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan kaedah yang memberi fokus kepada penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 

No comments:

Artikel Popular