Monday, October 21, 2019

Modul Pembelajaran Profil Kepimpinan Pemimpin Sekolah Negeri Johor (ProKiPS)



Modul ini merupakan pelengkap dalam proses Coaching and Mentoring antara pegawai SIPartner+ dengan Pengetua/ Guru Besar (PGB). Modul ini merupakan bahan belajar yang digunakan oleh pembaca khususnya PGB dan SIPartner+ untuk mendalami pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan sekolah. Modul-modul yang disediakan merupakan aspek-aspek yang terkandung dalam empat Standard J-ProKiPS (berasaskan SKPM 2010) Modul ini memiliki struktur yang khas bagi memudahkan pembaca mamahami kandungannya berdasarkan deskripsi skor tertinggi bagi setiap aspek dalam J-ProKiPS.

Setiap sebuah modul mungkin berulang isi kandung dan huraiannya dengan modul yang lain. Hal ini kerana isi kandungnya berdasarkan kerja buat yang diterjemahkan daripada skor tertinggi yang terdapat dalam deskripsi skor setiap aspek dalam JProKiPS. Ternyata sebuah modul dapat saja dirancang untuk dibaca dan difahami hanya dalam waktu satu jam, atau sehari atau bergantung kepada tujuan modul itu digunakan. Bagi memastikan modul ini sesuai dengan tujuannya dan objektifnya, penambahbaikan modul-modul ini akan sentiasa dilakukan berdasarkan keperluan dan
maklumbalas pembaca.

No comments:

Artikel Popular