Monday, October 21, 2019

Standard Prestasi PAK21 JPN Johor

Penghasilan Standard Prestasi ini merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam pelan operasi Sekolah PAK21. Standard Prestasi ini disediakan agar semua warga pendidikan Johor dapat membuat rujukan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu digalas. Bersesuaian dengan Gelombang 2 PPPM (2016-2020), penerbitan Standard Prestasi ini diharapkan dapat membantu institusi sekolah memacu kepada perubahan sistem dan mengukuhkan peranan masing-masing dari segi kapasiti dan
keupayaan pelaksanaan.



Kerangka konsep PAK 21 sekolah- sekolah Negeri Johor


Kerangka Pembelajaran Abad ke-21 berkenaan menunjukkan unsur-unsur yang harus ada dalam amalan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor. Murid yang dilahirkan seharusnya menguasai kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran hidup dan kerjaya, dan kemahiran maklumat media dan teknologi (gelung berwarna ungu, merah dan gelung berwarna kuning). Sub-kerangka kemahiran murid abad ke-21 ini adalah rujukan dari Partnership for 21st Century Learning (P21) yang diterimapakai dalam dunia pendidikan sejagat. (www.P21.org/Framework). 

Dari segi kemahiran pembelajaran dan inovasi, murid harus mempunyai:

1. kreativiti dan inovasi
2. pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
3. berkemahiran komunikasi dan kolaboratif

Manakala kemahiran hidup dan kerjaya merangkumi:

1. kebolehsuaian dan fleksibiliti
2. inisiatif dan terarah kendiri
3. kemahiran sosial dan rentas budaya
4. produktiviti dan akauntabiliti
5. kepimpinan dan kebertanggungjawaban

Selanjutnya kemahiran maklumat media dan teknologi memberi penekanan pada
penguasaan:

1. literasi maklumat
2. literasi media
3. literasi teknologi maklumat dan komunikasi

Begitu juga dengan penggunaan teknologi yang berkesan akan membolehkan seseorang itu
mudah mengakses, mengurus, mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baru dan
berkomunikasi dengan orang lain.

Sebuah organisasi pendidikan haruslah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
antara lainnya menitikberatkan kemenjadian murid berunsurkan jati diri, budaya dan nilai. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut, kita tidak boleh berkompromi dalam keakuran pada kurikulum
yang ditetapkan semasa melaksanakan pendidikan di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,
pembelajaran abad ke-21 berasaskan kurikulum yang membangunkan perkembangan kognitif
murid harus diintegrasikan dengan nilai dan budaya tempatan serta pengukuhan jati diri.


No comments:

Artikel Popular