Monday, October 21, 2019

Modul Coaching Kepimpinan Dalam Pembangunan Indivdu dan Organisasi

Modul Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan Sekolah ini adalah satu panduan mengenai COACHING KEPIMPINAN DALAM PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN ORGANISASI. Modul ini diterbitkan dengan tujuan memberi bimbingan kepada kepimpinan dan guru-guru di sekolah mengenai konsep, kemahiran, kepentingan, proses, model dan aplikasi coaching dalam meningkatkan komitmen individu ke arah pembangunan individu dan pembangunan organisasi. 



Modul ini boleh diperolehi dalam format bercetak. Harga RM35.00 termasuk pos. Sila email: sazman68@gmail.com untuk mendapatkan naskah ini.

Pendekatan coaching yang dilaksanakan secara sistematik akan memberi kesan terhadap peningkatan komitmen individu yang seterusnya akan membawa kepada membangunkan kapasiti dan kompetensi individu tersebut dalam organisasi sama ada dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Apabila pembangunan terhadap komitmen dan kompetensi individu berlaku secara konsisten dan lestari, maka sudah tentu ia akan memberi kesan terhadap pembangunan organisasi secara keseluruhannya. 

Modul ini disusun berasaskan kepada bahan-bahan latihan dan kursus yang diterima sepanjang menjadi SIPartners+, iaitu Kursus Asas Kemahiran Coaching, ToT Rakan Elit TS25, Kursus Persediaan Certified Coach, Kursus dari coach Bertauliah ICF dan pendekatan heutagogi sebagai satu inisiatif meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam pengedalian sesi coaching. Justeru itu saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, khususnya kepada Tuan Haji Abdul Razak bin Elias, Pn. Siti Khadijah binti Alwi, En Hassan bin Mohd Deli, Dr Quah Cheng Sim dan ramai lagi  selaku Master Trainer atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi. 

Terima kasih juga saya tujukan kepada Pn. Heng Jee Soon, SIPartners+ Jusa C dari dari PPD Tampin Negeri Sembilan, yang juga merupakan coach bertauliah ICF, serta En. Misri bin Thariano, SIP+ PPD Kulai yang telah memberi input, rujukan dan prespektif yang bermakna dalam penerbitan modul ini. Saya mengharapkan agar modul ini dapat dijadikan sebagai asas yang kukuh untuk dimanfaatkan dalam usaha membangunkan kompetensi coaching sama ada dalam konteks CPD, latihan dan amalan dalam kalangan kepimpinan di sekolah.

No comments:

Artikel Popular