UCAPAN PADA MAJLIS PENUTUPAN RASMI
KEM SOLAT, SMK KULAI BESAR
AHAD,25 MAC 2007
SURAU IBNU SINA, JALAN MERAK, BANDAR PUTRA
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ اِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ وَأُوصِيكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى اللهِ
فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
1. Terima Kasih kepada pengacara majlis
2. Yang Berbahagia ...........................................................................
........................................................................................................
Yang Berusaha................................................................................

Yang Dihormati .............................................................................

3. Saya mengucapkan penuh kesyukuran kerana dapat meluangkan masa bersama dengan hadirin sekelian pada pagi yang indah dalam majlis yang diberkati pada tempat yang dirahmati iaitu dalam Majlis Penutupan Kem Solat SMK Kulai Besar pada pagi ini. Saya menyampaikan salam daripada Tuan Pengetua Hjh. Zubaidah binti Endot yang tidak dapat hadir bersama hadirin pada hari ini kerana puan pengetua pada ketika ini beliau menghadiri pengkebumian /urusan kematian saudara.
4. Sidang hadirin yang berbahagia.Program Kem Solat adalah satu usaha murni yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha memberi pemberatan yang seimbang antara pembangunan lahiriah dengan pembangunan rohani. Selama ini kita telah melaksanakan pelbagai kem; ada kem motivasi, kepimpinan, pengawas dan pelbagai lagi, tetapi semuanya itu menjurus kepada pembangunan domain jasmani, emosi dan intelek semata-mata.
5. Justeru itu usaha Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Ahli Khariah Surau Ibn Sina, dengan dibantu oleh siswa-siswi UTM dalam mengadakan Kem Solat ini adalah satu usaha yang amat murni dan mulia. Program ini mempunyai kesan yang amat jauh melawati batas-batas duniawi. Program ini memberi peluang dan kesempatan kepada anak-anak sekelian untuk memperbaiki amalan kita yang berkaitan dengan solat, dan solat itu sendiri adalah teras kepada ibadah agama Islam kita yang mulia ini.
6. Sidang hadirin yang berbahagia,
Sebagai muslim yang sejati kita perlu mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan memastikan kita sentiasa melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah, dan meninggalkan segala yang dilarang dalam kehidupan kita. Dalam melaksankan ibadah ini ilmu pengetahuan merupakan aset penting dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu sipalah kita. Tanpa ilmu kita akan bertaklit/ mengikut-ikut apa yang orang lain buat khususnya dalam melaksankan ibdah khusus seperti solat ini. Sesungguhnya kedudukan seorang berilmu yang sedang tidur adalah lebih baik berbanding seorang ahli ibadat yang sedang beribadat (tanpa ilmu)
7. Ilmu adalah penggerak utama untuk mencapai kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ilmu berada pada tahap yang amat tinggi berbanding semua urusan hidup manusia. Tanpa ilmu dalam melaksankan ibdadah seperti solat ini maka kita akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat yang sebenar iaitu untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Menurut ajaran Islam yang suci ini, ketinggian ilmu merupakan tali ukur dalam membezakan antara seseorang dengan orang yang lain. Perkara ini dinyatakan dalam Al Quran melalui firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Zumar, ayat 9
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ.(الزمر:9)
Maksudnya: “Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”
8. Sidang hadirin yang berbahagia, pada kesempatan ini saya melabuhkan harapan agar usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. MOU perlu diadakan agar kerjasama antara Surau Ibnu Sina – SMK Kulai Besar – dan siswa/i UTM dapat dimeterikan sebagai program yang kekal untuk tahun-tahun mendatang.
9. Saya turut mencadangkan agar program rintis Kem Solat ini diperkemaskinikan lagi dengan dengan menjadikan ia sebagai program berfasa sekurang-kurangnya untuk tiga tahun. Mengikut cadangan ini murid-murid yang dipilih untuk menyertai Kem Solat ini pada tahun hadapan adalah dari kalangan murid-murid dari tingkatan 1, dan murid-murid ini akan mengikuti kem fasa kedua semasa berada di tingkatan 2 dan seterusnya hinggalah ke fasa ketiga iaitu apabila murid tersebut berada di tingkatan tiga.
Sidang hadirin sekelian, pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Surau Ibnu Sina yang telah membiayai Kem Solat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada siswa/i UTM yang sudi melapangkan masa meninggalkan kemeriahan Konvokesyen UTM dan mengorbankan masa cuti saudar-saudari semata mata untuk menjayakan program ini. Semoga Allah sahaja yang akan membalas segala pengorbanan saudara/i. Tahniah saya hulurkan kepada Panitia Pendidikan Islam, AJK Program Kem Solat dan juga kepada En Mohd Azam bin Anuar, Mantan PK SMKKB yang membantu dalam mengurus, menyelaras dan mengelolakan sehingga program ini dapat dilaksankan dengan jayanya.
11. Tidak lupa kepada anak-anak sekelian, syabas dan tahniah kerana selama 3 hari 2 malam ini anda telah berjaya mengikuti Kem Ini, satu pengalaman yang amat berharga untuk dibawa pulang sebagai bekal untuk menjadi seorang muslim yang bertaqwa.
12. Sekian terima kasih.
AZMAN BIN SAFII,
PENOLONH KANAN,
SMK KULAI BESAR,
KULAI, JOHOR.

No comments:
Post a Comment