UCAPAN PADA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
ISNIN, 30 APRIL 2007 SMK KULAI BESAR
Oleh
AZMAN BIN SAFII
1. Kata alu-aluan
ASSALAMUALAIKUM WMHBKT Selamat Pagi
Yang Berusaha En Wong Kim Fah - PK HEM,
Yang Dihormati En Mohd Tahir Ismail – PKKK,
Yang Dihormati Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Perpustakan dan Media, rakan-rakan guru
Yang dikasihi semua murid SMK Kulai Besar
2. Melafaz tanda kesyukuran
Bersama-samalah kita melafaz kesyukuran kerana diberi kesmpatan untuk hidup lagi, diberi nikmat kesejahteraan dan kesihatan hingga kita dapat berhimpun pada pagi ini dalam rangka melaksanakan tanggungjawab kita untuk hadir dalam perhimpunan mingguan ini.
Kita perlu bersyukur setiap hari, kerana pada ketika saya berucap ini ada manusia di bahagian dunia lain atau dalam dalam daerah kulai ini yang baru tersungkur menghembuskan nafas terakhir, ada manusia yang sedang bertarung dengan saat kematian dan pada masa yang sama ada manusia yang sedang meratapi kematian sanak saudara, sedang menguruskan jenazah dan lain-lain urusan kematian.
3. Perangkaan Kematian
Menurut perangkaan Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2006 jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2006 berjumlah 26.64 juta. Kadar kelahiran bersamaan 18.7 orang bagi setiap 1000 penduduk, manakala kadar kematian 4.5 orang setiap seribu orang. Perangkaan ini menunjukkan jumlah rakyat malaysia yang mati /meninggal dunia pada tahun 2006 berjumlah 119,880 orang, bersamaan 328 orang sehari. Kadar Pertumbuhan penduduk pula mencatatkan pertumbauhan 14.2 orang setiap seribu orang. Dari segi usia jangka hayat lelaki 71.8 tahun, sementara bagi perempuan mencatatkan jangka hayat yang lebih panjang iaitu 76.3 tahun.
4. Punca Kematian dan Kaitannya denngan amalan merokok
Banyak punca kematian seperti penyakit, kemalangan, kematian semasa kelahiran dan sebaginya. Namun begitu saya tertarik untuk berkongsi maklumat kepada semua murid pada hari ini iaitu punca kematian yang amat signifikan ialah kematian yang berpunca daripada amalan merokok. Laporan daripada kementerian Kesihatan menyatakan bahawa 3.5 juta manusia diseluruh dunia mati bersebab penyakit kesan daripada merokok.Angka ini bersamaan 10 ribu orang mati setiap hari . Sekiranya trend merokok tidak berubah dijangkakan penduduk dunia pada tahun 2030 merekodkan kematian pada kadar 1 bagi setiap 6 orang.
5. Statistik perokok di Malaysia
Terdapat seramai 4.6 juta perokok di Malaysia yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan 17% penyakit berkaitan paru-paru dan 25 penyakit kronik lain. Perkara ini tidak menghairankan kerana menurut Jabatan Racun Negara sekurang-kurangnya tterdapat 12 bahan kimia paling merbahaya terdapat dalam rokok; antaranya
Carbon Monoxide – gas eksos kereta;
Nepathelene – Ubat Gegat;
Butane – minyak lighter;
Amonia – pencuci lantai;
Methanol – Bahan Api Roket;
DDT – racun serangga;
Cadmium – Bateri;
Radon – gas radioaktif;
Hydrogen Cyanide – gas hukuman bunuh;
Acetone – penanggal cat;
Arsenic – racun tikus;
Touluidine – pelarut industri dan bahan-bahan lain yang merbahaya.
Oleh itu pada pagi ini saya menasihati semua murid agar hindarilah rokok. Hiduplah dengan cara yang lebih sihat dan cergas. Peliharalah alam sekitar dan rakan-rakan lain dari kesan perokok pasif dan yang pentingnya kesihatan diri anda sendiri.
7. Hargai kesihatan kita
Hargailah masa muda anda, kerana usia muda hanya datang sekali. Kesihatan kita, keselamatan tubuh badan kita serta kesejahteraan penderiaan kita adalah amanah yang perlu dijaga. Kesihatan adalah nikamat yang tidak terhingga dan tidak dapat ditukarkan dengan wang ringgit. Kalau sebuah kereta rosak kita boleh cabut komponen yang rosak untuk diganti dangan alat ganti yang baru yang ada dijual dikedai. Tetapi Kalau paru-paru, jantung, dan 25 penyakit berpunca dari rokok datang menjenguk kita......apa yang boleh kita katakan. Memeng benar mati itu urusan tuhan, semua orang mati, orang tidak merokok pun mati juga. Namun adalah menjadi tanggunggjawab kita untuk menikmati kehidupan kita ini dengan sempurna.Kalau kita tak jaga kesihatan dan diri kita siapa lagi yang akan tolong jagakan. Jadikanlah hidup kita tempoh yang bermakna agar kita mempunyai bekal yang cukup untuk menghadapi kematian kita nanti.
8. Hargai masa
Orang yang menghargai masa akan menganggap masa itu emas. Berlalunya masa tanpa perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Murid tingkatan 5 anda ada masa 5 bulan sahaja bersama kami warga SMKKB. Isilah masa dengan sebaik-baiknya kerana selepas ini anda menjadi masyarakat luar. Pastikan setiap saat yang berlalu dipenuhi dengan persiapan untuk menduduki peperiksaan. Tiada apa yang boleh menjamin masa hadapan melainkan dengan ilmu, lulus SPM.Janganlah jadikan masa 5 bulan ini masa untuk anda berulang alaik ke bilik disiplin, dimarahi sebab tidak buat latihan, tak bawa buku, ponteng, bawa handphone, rambut perang dan 1001 masalah. Berilah peluang kepada kami guru-guru untuk melaksanakan peranan kami yang sebenar iaitu mengajar.
Semua murid dan warga SMKKB disarkan agar melaksanakan amalan postif dalam penguruusan masa iaitu; Menepati masa, Menyegerakan tugas, mempunyai perancangan waktu, bijak mengurus masa, tumpukan masa kepada urusan pelajaran secara produktif dan kreatif, siapkan tugas dalam tempoh masa yang ditrtapkan.
Pada mas yang sama hindarilah amalan pengurusan masa yang nagetif iaitu; banyak berbual-bual kosong; khayal dengan muzik dan hiburan; kerja bertangguh; tiada sense of urgency, tidak merancang pekerjaan, tiada prioriti, melayan tetamu tidak berkenaan, dan tidak peka kepada pembaziran masa.
9. Jadilah orang perkasa
Jadilah orang yang perkasa. Dalam sejarah, Panglima Awang mencipta nama sebagai Ahli Pelayaran Melayu yang telah mengelilingi dunia, setanding dengan Christopher Columbus,Vasco da Gama, Zheng He, Ibn Battutah, Ibn Majid, al Idrisi, Marco Polo dan ramai lagi pelayar yang memahat peradaban dunia. Sejarah itu berulang lagi. Kali ini Datuk Azhar Mansor pula tampil sebagai Panglima Awang alaf baru. Kejayaan beliau menjadi iktibar yang berharga kepada kita. Antara resipi kejayaannya ialah objektif beliau yang besar dan jelas, keberanian serta kecekalannya menghadapi rintangan, bersemangat tinggi mengatasi gelombang dan badai, perancangan yang kemas, pemikirannya yang positif, penggunaan teknologi, menghayati konsep dunia tanpa sempadan, berpemikiran global, bertindak global dan local, dan tidak pernah menyesal dan putus asa. Orang tua-tua kata, `Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.
Adakah kita belajar daripada `Cikgu’ Azhar atau guru kepada cikgu Azhar sendiri iaitu cikgu Panglima Awang?. Mempelajari sejarah ertinya melakukan penilaian semula atau muhasabah, sementara terus `Selangkah Di hadapan’, kita menoleh ke belakang untuk mengukur pencapaian kepada visi dan misi, sejauhmanakah perancangan kita berkesan. Sejauhmanakah kita berhasil mengenalpasti elemen-elemen di dalam Strategic Planning kita iaitu Strength (kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunities (peluang) dan Threat (ancaman) atau ringkasnya SWOT, lantas bertindak ke atasnya.
10. Penghargaan dan terima kasih
Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua murid yang hadir pada 27,28 dan 30 hb April (Jumaat, Sabtu dan Isnin). Tarikh-tarikh tersebut adalah kritikal dan sebenarnya menyerlahkan keperibadian anda. Tahniah kepada yang hadir kerana anda membuktikan atitude yang baik, anda berada pada landasan yang betul untuk menjadi murid yang cemerlang, anda telah berjaya membuktikan anda murid yang baik dalam pengurusan masa. Kepada yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah hari ini saya maklumkan anda sebenarnya telah gagal menjadi manusia yang bijak khususnya dalam menggunakan masa anda.
Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada jawatankuasa karnival sains yang telah berjaya mengelolakan penganjuran karnival dengan lancar dan berkesan. Sepanjang berlangsungnya karnival sains para guru dan sebilangan murid telah memperlihatkan semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Sekian terima kasih.
AZMAN BIN SAFII
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SMK KULAI BESAR,
KULAIJAYA, JOHOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Popular
-
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
-
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
-
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
-
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
-
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...
No comments:
Post a Comment