Saturday, December 21, 2024

Pendekatan FUEL Dalam Melaksanakan Coaching dan Pementoran.



PENDAHULUAN

School Improvement Partners Plus (SIP+) kini semakin matang mengikut usia sejak jawatan ini diwujudkan pada awal Tahun 2014. Dengan kursus asas Coaching and Mentoring yang diberi oleh pihak Institut Aminuddin Baki pada awal penubuhan jawatan, terceburlah para pegawai SIP+ ke dalam lombong bimbingan profesional kepimpinan pendidikan daerah masing-masing.  Ramai yang senyum menghitung hari persaraan namun masih ramai yang masih muda dan gagah untuk mendepani dunia bimbingan pemimpin sekolah kini.

Kecerdasan Buatan (Artificial Intellegence) Dalam Pendidikan: Antara Cabaran dan Kelebihan

Bahan ini ditulis sebagai naratif kepada slot yang saya sampaikan kepada warga Guru Besar dan GPK Zon Air Tawar dalm Slot Bicara Profesional. 

BICARA PROFESSIONAL DAN MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TEAM BUILDING: PENGURUSAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE KECERDASAN BUATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON AIR TAWAR ANJURAN PERMUFAKATAN GURU BESAR ZON AIR TAWAR 👉TEMPAT: DEWAN SERI WARISAN by AZMAN BIN SAFII (J-PPD KOTA TINGGI)

Bahan PPT

Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan negara, dan sistem pendidikan di Malaysia terus menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha memastikan ia relevan dan mampan. Antara cabaran utama termasuk jurang pendidikan, kemajuan teknologi yang pantas, penyediaan tenaga kerja masa depan, dan kesejahteraan mental serta emosi pelajar. Antara isu-isu utama dalam Pendidikan di Malaysia yang saya akan sentuh antaranya adalah seperti berikut;

a) Jurang Pendidikan: Perbezaan pencapaian antara kawasan bandar dan luar bandar terus menjadi isu. Kekurangan infrastruktur, guru terlatih, dan bahan pembelajaran berkualiti di kawasan pedalaman memberi kesan kepada akses pendidikan.

Wednesday, July 31, 2024

FlashPoint PPD: Kemahiran Dalam Penyelesaian Konflik Sebagai Teras Kemahiran Memimpin


Konflik adalah situasi di mana dua pihak atau lebih memiliki perbedaan kepentingan, tujuan, atau pandangan yang menyebabkan ketegangan atau pertentangan. Konflik boleh terjadi di berbagai konteks, seperti antara individu, kelompok, organisasi, atau negara. Konflik dapat bersifat konstruktif, di mana pertentangan tersebut mengarah pada solusi yang lebih baik dan pemahaman yang lebih dalam, atau destruktif, yang mengarah pada kerosakan hubungan dan bahkan kekerasan.

Monday, July 08, 2024

NARATIF PPD : SEMPENA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK 2024

Penulisan ini adalah cetusan minda saya selaku PPD Daerah Tangkak yang ditulis khusus sempena Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Daerah Tangkak yang berlangsung pada 20 Jun 2024 lalu yang telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Bahan penulisan yang dinyatakan ini adalah adunan dari sebahagian teks ucapan pada majlis tersebut dan dikembangkan dengan fakta tambahan bagi disesuaikan dengan keperluan naratif ilmiah.  


PENDAHULUAN (KESYUKURAN DAN PENGHARGAAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Pendidikan Tangkak Perkasa, Gemilang Tangkak Lima, Salam Malaysia Madani dan Salam Johor Leads.

Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini dengan jasya. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK bagi tahun 2023/2024.

Saturday, May 04, 2024

"BLIND SPOT" Dalam Kepimpinan


Situasi 1:
Sehebat mana pun ikan paus Hammerhead, ia masih tak mampu untuk memakan ‘rezeki di depan mata’  disebabkan blind spot dan juga disebabkan fizikalnya yang sememangnya begitu.

Peranan Guru Dalam Merealisasikan Pendidikan Holistik


Pendidikan Holistik:

Guru mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan masa hadapan generasi hari ini pada masa hadapan. Peranan guru amatlah penting kerana proses pertumbuhan murid di sekolah berlaku dalam bilik darjah. Kemahiran guru dan pengajaran dan dalam mengurus kurikulum akan menentukan sejauh mana murid dapat dikembangkan potensinya sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiahnya. Saya amat bersetuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa kualiti pendidikan tidak dapat mengatasi kualiti gru dalam bilik darjah. Tanpa guru bagaimana mungkin kita mampu memasang impian untuk melajirkan insan terbilang yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan. Memperkatakan tentang peranan guru dalam merealisasikan pendidikan holistik, pada penulisan ini saya akan melihat dari dua sudut, pertamanya dari dua sudut peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta dari sudut peranan guru dalam penilaian dan pentaksiran.

Peranan Kepimpinan Dalam Merealisasikan Pendidikan Holistik

 

Kerangka Pendidikan Holistik Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pendidikan Holistik:

Sebagai peneraju pemimpin pendidikan kita seharusnya menyedari bahawa murid memerlukan lebih daripada sekadar asas yang kuat dalam kurikulum teras berasaskan akademik, mereka juga perlu disokong oleh sekolah dan komuniti untuk mengembangkan pemahaman yang seimbang terhadap diri mereka dan hubungannya dengan persekitaran mereka dan dunia luar. 

Tidak dinafikan semakin hari semakin jelas nada yang mengarah kepada penumpuan pada konsep pembelajaran berpusatkan akademik kepada holistik sebagaimana yang ditetapkan oleh KPM, JPN dan PPD. Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting dalam memastikan konsep pembelajaran holistik ini benar-benar berlaku. Sejauh mana kejayaan dalam perubahan ini sangat di pengaruhi oleh peranan guru kerana guru di sekolah mempunyai peluang terbesar untuk membantu murid mengetahui identiti mereka dan mencari makna dalam hubungan masyarakat dan dunia melalui kaedah pengajaran holistik. 

Pada artikel ini saya akan memfokuskan kepada kaedah dan manfaat pendidikan holistik agar pendidik dapat mengetahui bagaimana pembelajaran holistik dan strategi pengajaran lain dapat membentuk masa depan murid-murid. Saya berpendapat Dimensi dalam membangunkan potensi murid atau kemenjadian murid harus meluas dan bersifat holistik untuk mencapai sasaran pemimpin masa hadapan yang dinamik, mempunyai teras nilai yang kukuh dan kekal relevan pada sebarang situasi dan masa. Miller (1991)menyarankan agar garis horizon makna pendidikan ini diperluaskan. Ini adalah benar kerana ada kalanya kerja buat kita bersifat mencapai penarafan atau mengejar cemerlang sahaja. 

Bagaimana pula dengan pembangunan murid itu secara menyeluruh seperti membangunkan intelektual mereka, memperagakan bakat, membina nilai emosi, kemahiran bersosial, kreativiti atau nilai kerohanian mereka? Dimensi-dimensi ini perlu kita bangunkan secara tuntas, selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari sisi yang lain saya melihat konsep holistik dalam pendidikan yang perlu diterapkan menerusi perspektif budaya kerja kita selaku penjawat awam, iaitu cara bagaimana kita berfikir, bertindak dan membuat keputusan. 

Maknanya Pendidikan holistik  juga melihat kepada jaringan usaha dengan melibatkan semua entiti, sama ada dalam kalangan ahli dalam organisasi mahupun di luar organisasi. Kerja secara “silo” tidak lagi boleh menjadi amalan. Dalam organisasi Pendidikan, impak keberhasilan murid dan kualiti Pendidikan bukan terhasil daripada kepimpinan “adiwira” tetapi terhasil daripada kolaboratif usaha semua pihak.  

Dalam konteks luar sekolah pula, kita tentu mengakui bahawa kelompok ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta mempunyai kekuatan yang sangat besar  untuk  turut memberi  sumbangan kepada pendidikan. Amatlah jelas bahawa kita sebenarnya berkongsi hasrat yang sama untuk melihat anak- anak didik kita membesar dengan potensi dan bakat mereka digilap dan diwarnai dengan nilai-nilai akhlak yang luhur. Sewajarnyalah kerjasama silang dengan semua pihak ini menjadi usaha menyeluruh, akhirnya membentuk sebuah masyarakat madani. Pendekatan holistik inilah yang kita harapkan untuk membina pemimpin masa hadapan yang bertunjangkan nilai yang berupaya menghadapi cabaran zamannya. 

Oleh itu dalam usaha memperkasakan kepimpinan dan warga Pendidikan diupayakan dalam mewarnai Pendidikan holistik ini, saya amat menyarankan agar emat model berikut dapat diterapkan dalam amalan pendidikan di sekolah dalam merealisasikan Pendidikan holistik, iaitu; 

1) Sekolah Sebagai Pembelajaran Pengalaman (Experiential Learning Schools): Kepimpinan di sekolah berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai model pembelajaran pengalaman. Mengikut pendekatan ini sekolah akan memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dan menyediakan pengalaman pendidikan secara langsung. Sebagai contoh, murid mungkin bekerja dalam kumpulan meneroka gaya pembelajaran yang berbeza untuk menentukan gaya yang paling berkesan untuk mereka. Teknik pengalaman holistik selalunya termasuk latihan penyelesaian masalah untuk menangani masalah komuniti atau mencipta produk inovatif. 

2) Pembelajaran Berpandu Kendiri (Self-Guided Learning): Dalam persekitaran pendidikan berpandu kendiri, peranan kepimpinan sekolah ialah mendorong warga guru membenarkan murid belajar mengikut rentak mereka sendiri dalam gaya yang paling sesuai dengan mereka. Budaya berpandukan kendiri membolehkan pemperibadian untuk mengurangkan kebergantungan kepada model pembelajaran konvensional iaitu pembelajaran satu saiz untuk semua (one-size-fits-all learning models). Pendekatan Pembelajaran Modular dan pendekatan secara bertema boleh digunakan untuk menyesuaikan kandungan dan kadar kurikulum di samping mengadaptasi minimum adequite syllibus atau pembelajaran masteri bagi mengimbangi keupayaan murid yang berbeza. Bilik darjah mungkin lebih kecil dan mengandungi murid yang berbeza umur dan tahap keupayaan. 

3) Sekolah Komuniti: Sekolah komuniti adalah berdasarkan idea bahawa orang mencari makna melalui hubungan dengan komuniti mereka. Kepimpinan sekolah menerajui, membimbing dan memberi dorongan kepada guru untuk mewujudkan kolaboratif dengan ahli komuniti, termasuk keluarga, penduduk, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, untuk menyediakan sokongan bersepadu dan peluang pembelajaran yang diperluaskan, termasuk program selepas sekolah dan semasa cuti. Dalam konteks ini sekolah ialah hab komuniti yang menghimpunkan aktiviti akademik, sosial, pembangunan dan penglibatan. Justeru itu saya melihat kepimpinan di Pejabat pendidikan Daerah perlu memberikan tumpuan terhadap perkara ini menerusi pemerkasaan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), kerana salah satu bidang keberhasilan utama ialah dalam mewujudkan pelibatan aktif dalam kalangan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). 

4) Kerja Kursus Antara Disiplin: Sebahagian daripada apa yang membentuk pendidikan holistik ialah idea bahawa pertumbuhan kognitif murid dipertingkatkan apabila pelbagai mata pelajaran ditangani bersama. Sesetengah sekolah mencipta program bersepadu di mana guru-guru daripada disiplin yang berbeza berkumpul untuk mengajar kursus bertema yang menangani isu-isu dari pelbagai perspektif. Kerja kursus mungkin juga termasuk penyelidikan bebas, perjalanan, kerja lapangan dan latihan amali. Justeru, saya melihat Model pembelajaran ini dapat diterapkan berpandukan pelaksanaan yang mantap dalam Modul 6, Program TS25 iaitu Modul Kefahaman Melalui Reka bentuk. 

Oleh itu selaku pemimpin Pendidikan kita perlu membina keyakinan diri bahawa potensi yang ada dalam diri anak-anak didik kita meliputi potensi akademik, potensi fiskal, potensi sosial, potensi kreatif, potensi emosi dan potensi spiritual. Dengan cara inilah kita mampu membangunkan generasi murid yang mampu mengembangkan seluruh potensinya sebagai manusia yang holistik, iaitu manusia pembelajar sejati yang selalu menyedari bahawa dirinya ialah sebahagian dari sebuah sistem kehidupan yang luas, sehingga selalu ingin memberikan kontribusi positif kepada lingkungan hidupnya. Hal ini demikian kerana pendidikan holistik adalah pendidikan yang mengembangkan seluruh potensi murid secara harmonis (terpadu dan seimbang), meliputi potensi intelektual (intellectual), emosional (emotional), fizikal (physical), sosial (sosial), estetika (aesthetic), dan spiritual yang mana setiap potensi tersebut perlulah dikembangkan secara harmonis. 


Pendidikan Holistik; Tujauan dan Kepentinganya Kepada Pendidikan.

Pendidikan Holistik:

Holistik adalah kata sifat yang menunjukkan bahawa sesuatu itu relatif atau tergolong dalam holisme. Ia terbentuk dari istilah Yunani ὅλος ( hĂłlos , yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ' total ', ' all', 'keseluruhan' ). Holisme adalah konsep yang diciptakan pada tahun 1926 oleh Jan Christiaan Smuts  (Smuts, 1952) yang menggambarkannya sebagai "kecenderungan alam untuk menggunakan evolusi kreatif untuk membentuk keseluruhan yang lebih besar daripada jumlah bahagiannya." Istilah holistik muncul dalam pelbagai bidang seperti falsafah, biologi, psikologi atau pendidikan. Beberapa perkataan dan istilah yang kadang-kadang digunakan dengan makna yang serupa boleh menjadi 'sistemik', 'global' dan 'bersama'. 

Secara umum, holistik menunjukkan bahawa sistem dan sifatnya dianalisis secara keseluruhan, secara global dan bersepadu, kerana dari sudut ini operasinya hanya dapat difahami dengan cara ini dan bukan hanya sebagai jumlah sederhana daripada bahagian. Holistik biasanya diterapkan pada istilah seperti pendekatan, pemikiran, paradigma, pendekatan, konsep atau program yang bermaksud bahawa visi yang tidak terpadu dan lengkap digunakan dalam analisis suatu realiti.  

Justeru itu dalam konteks Pendidikan Holistik, ia merujuk kepada suatu metode pendidikan yang membangun manusia secara keseluruhan dan utuh dengan mengembangkan semua potensi manusia yang mencakup potensi sosial-emosi, potensi intelektual, potensi moral atau karakter, kreativiti, dan spiritual. Pendidikan holistik adalah gerakan yang agak baru yang dikembangkan pada tahun 1980-an untuk mengatasi struktur pembelajaran AS yang ada yang dianggap mekanistik,. Walau bagaimanapun, teori mendidik berdasarkan pengalaman menyeluruh seseorang murid itu sebenarnya  berakar pada konsep pengajaran kuno, termasuk konsep pembelajaran dalam tradisi Greek dan budaya dalam ketamadunan manusia yang awal, yang kemudiannya berkembang merentasi masa dalam abad yang lalu. 

Beberapa pendekatan yang berbeza berdasarkan pendidikan orang-orang memperoleh kekuatan pada abad ke-20, termasuk falsafah pertumbuhan motivasi diri Maria Montessori dan teknik pembelajaran pengalaman Rudolf Steiner dan Emil Molt's Waldorf. Pendidikan holistik ialah falsafah pendidikan berdasarkan premis bahawa setiap orang mencari identiti, makna, dan tujuan hidup melalui hubungan dengan masyarakat, dengan alam semula jadi, dan kepada nilai-nilai kerohanian seperti belas kasihan dan keamanan. Istilah pendidikan holistik sering digunakan untuk merujuk kepada jenis pendidikan alternatif yang lebih demokratik dan humanistik. Robin Ann Martin (2003) menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut dengan menyatakan, “Pada peringkat yang paling umum, apa yang membezakan pendidikan holistik daripada bentuk pendidikan lain ialah matlamatnya, perhatiannya kepada pembelajaran pengalaman, dan kepentingan yang diletakkan pada perhubungan dan nilai kemanusiaan utama. dalam persekitaran pembelajaran.”

Tujuan pendidikan holistik adalah untuk membentuk manusia holistik. Sedangkan manusia holistik adalah manusia yang mampu mengembangkan seluruh potensi yang ada dalam dirinya. Pendidikan holistik merupakan suatu metode pendidikan yang membangun manusia secara keseluruhan dan utuh dengan mengembangkan semua potensi yang mencakup potensi sosial-emosi, potensi intelektual, potensi moral atau karakter, kreativiti dan spiritual.(Megawangi, 2005). Tujuan pendidikan holistik adalah untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran hidup serta akademik. Pendidikan holistik percaya adalah penting untuk golongan muda belajar:

  • Tentang diri mereka sendiri.
  • Mengenai hubungan yang sihat dan tingkah laku pro-sosial.
  • Pembangunan sosial.
  • Perkembangan emosi.
  • Ketahanan.
  • Untuk melihat keindahan, merasa kagum, mengalami transendensi, dan menghargai beberapa rasa "kebenaran".

Pendidikan holistik adalah berdasarkan falsafah pembelajaran yang membawa beberapa faedah kepada murid, guru, sekolah dan komuniti. Murid diberi kuasa untuk meningkatkan hasil pendidikan mereka dan memperoleh kemahiran hidup yang diperlukan untuk menempuh kerjaya profesional yang berjaya. Matlamat pendidikan holistik adalah untuk memupuk sifat-sifat fizikal, emosi, moral, psikologi dan rohani murid yang sedang berkembang.  

Melayan seluruh murid bermakna menyediakan peluang yang diperibadikan kepada kemahiran dan perasaan murid. Pelajaran dijalankan dalam persekitaran yang selamat dan menyokong yang membolehkan murid menggunakan kekuatan individu mereka. Guru mesti bersedia untuk memupuk murid yang mempunyai tahap pendidikan dan keupayaan pembelajaran yang berbeza-beza. Walaupun pendidikan holistik dipandu oleh satu falsafah yang menyeluruh, guru boleh menggunakan beberapa kaedah dan strategi untuk mewujudkan budaya pembelajaran holistik. 

Berdasarkan kepada bacaan saya, mendapati terdapat beberapa kepentingan utama mengapa pendekatan pendidikan Holistik perlu diberikan penekanan dalam pendekatan pembelajaran si sekolah, antaranya dapat saya rumuskan seperti yang berikut; 

1) Peningkatan Pencapaian Akademik: Pendekatan pendidikan holistik boleh meningkatkan pencapaian akademik semua murid, tanpa mengira latar belakang dan keadaan, dengan memenuhi gaya pembelajaran individu dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong. Kapasiti otak murid meningkat apabila mereka berasa selamat daripada segi fizikal dan emosi serta berhubung dengan orang lain. 

2) Kesejahteraan Mental dan Emosi yang Dipertingkatkan: Dalam persekitaran yang menyokong, di mana pembelajaran sosial dan emosi ditekankan bersama-sama dengan ahli akademik, murid mempunyai peluang yang lebih baik untuk muncul dengan kesedaran diri, keyakinan dan rasa tanggungjawab sosial. 

3) Peningkatan Keupayaan Menyelesaikan Masalah: Murid yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar yang wujud dalam komuniti mereka muncul dengan kemahiran pemikiran kritis yang kuat. Projek praktikal ini memberi murid kemahiran yang akan digunakan pada kerjaya dewasa mereka, seperti cara mengumpul, menganalisis dan melaporkan data serta cara bekerjasama dengan orang lain. 

4) Mengurangkan Kesan Ketidaksamaan: Dengan menekankan konsep pembelajaran bersepadu, pendekatan seluruh murid terhadap pendidikan telah ditunjukkan dapat mengurangkan kesan psikologi isu seperti keganasan, penderaan atau kemiskinan terhadap pencapaian akademik.  

Kita tidak mahu melahirkan sebuah generasi yang mana kemampuan intelektualnya berkembang jauh melebihi sikap dan keterampilannya. Manusia yang mampu mengembangkan seluruh potensinya merupakan manusia yang holistik, iaitu manusia pembelajar sejati yang selalu menyedari bahawa dirinya merupakan bagian dari sebuah sistem kehidupan yang luas, sehingga selalu ingin memberikan kontribusi positif dan terbaik kepada lingkungannya.  

Pendidikan holistik membantu murid dengan bekerja mengikut rentak mereka, kerana murid yang berbeza mempunyai tahap, kelajuan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Di samping itu, aktiviti berkumpulan, permainan, pengucapan awam dan aktiviti kokurikulum akan membantu menggalakkan kemahiran komunikasi dan keyakinan yang lebih baik dalam diri murid. Pendidikan holistik bukan sahaja membangunkan murid dari segi akademik, anak murid kita juga akan dididik untuk menghadapi cabaran, membangunkan daya tahan, menghargai perhubungan dan membina kekuatan mereka untuk menyediakan mereka untuk terus hidup dalam dunia moden ini. Sekiranya generasi ini dapat kita hasilkan daripada air tangan kita, percayalah bahawa kita menjadi adiwira guru sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 


Wednesday, March 13, 2024

Blended Coaching Sebagai Satu Model dan Strategi Membangunkan Kompetensi Kepimpinan Sekolah

Model Blended Coaching adalah antara model coaching yang paling awal yang dibangunkan khas untuk membangunkan kepemimpinan pengetua dan guru besar di sekolah. Ia dibangunkan oleh Gary Bloom, Claire Castagna, Ellen Moir dan Betsy Warren (Bloom et al, 2005) yang menggariskan kemahiran-kemahiran dan tingkah laku yang mesti ada dan diamalkan oleh seorang coach ketika membuat bimbingan. Ia merupakan strategi yang dinamis, lebih selesa dan rasional untuk coach mengamalkannya. Namun, ia hanya boleh dipraktikkan dengan disiplin dan usaha yang bersungguh-sungguh (Bloom et al. 2005). Kemahiran-kemahiran yang dikenalpasti oleh Bloom yang mesti ada pada setiap coach ialah ; Membina hubungan, mendengar, memerhati, memberi soalan, dan memberi maklum balas. Dalam Model Blended Coaching ini, coach boleh menggunakan mana-mana strategi bimbingan yang dikenalpasti dan coach boleh mencampuradukkan strategi-strategi itu bersesuaian dan bergantung kepada keperluan dan tahap kepakaran coachee. Terdapat empat kaedah bimbingan yang terkandung dalam model ini iaitu; (1) Bimbingan Instruksional, (2) Bimbingan Konsultatif (3)Bimbingan Kolaboratif, (4) Bimbingan Transformasional dan  (5) Bimbingan Fasilitatif,  ; digambarkan dalam gambarajh 4 di bawah.


Friday, March 08, 2024

Ucapan Selamat kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025



Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Salam Pendidikan Tangkak Perkasa, Gemilang Tangkak 5. Kepada warga pendidikan tangkak yang dihormati, dan semua pelajar yang dikasihi. Dengan sukacitanya dan dengan penuh kesyukuran kepada yang maha esa, saya mengambil kesempatan ini ini untuk menyampaikan sepatah dua ucapan sempena pembukaan sesi persekolahan  baru ini. 

Aspirasi Pendidikan "MAJU JOHOR" ; Johor Tetap Johor dan Johor LEADS.

Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan satu naratif daripada saya selaku PPD dalam  memberikan suatu tanggapan umum tentang aspirasi pendidikan “MAJU JOHOR” yang menjadi asas kepada hala tuju pendidikan johor di bawah kepimpinan Pengarah Pendidikan Johor yang baharu Tuan Haji Mohd Hanafi  bin Samad.  Penulisan ini diharapkan dapat memberikan satu pandangan tentang apa dan bagaimana kita selaku pegawai perkhidmatan pendidikan, sama ada berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah mahupun di sekolah bereaksi, bertindak balas serta mengambil langkah-langkah proaktif dan produktif bagi memastikan aspirasi dan hala tuju pendidikan Johor ini dapat dilaksanakan serta disambut baik oleh warga pendidikan di peringkat yang paling dasar iaitu di sekolah.

Saturday, February 24, 2024

Karamah Insaniah Dari Perspektif Malaysia Madani; Peranan Kepimpinan Pendidikan

Oleh;

AZMAN BIN SAFII

Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak


Tulisan ini adalah disesuaikan dari ucapan saya sempena Perhimpunan Profesionalisme Pendidikan Bil. 2/2024 Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak pada 25 Februari 2024. Terima kasih saya ucapkan kepada YBhg Dato Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025.kerana pemahaman saya berkaitan dasar-dasar dan isu-isu pendidikan diperolehi dari ucapan-ucapan dan penjelasan beliau dalam seminar dan kolokium.



Saya cuba untuk menguhuraikan bagaimana untuk memberikan input tambahan untuk kita memahami Karamah Insaniah dari perspektif Malaysia Madani dan bagaimana kita boleh apply dalam pendidikan sama ada  di PPD mahupun di sekolah. Tulisan ini hanyalah dari satu perspektif agar apa juga dasar dan ketetapan negara, kita perlu sambut dalam konteks pendidikan. Apa yang saya nak cuba kongsikan ini adalah bagaimana kita melihat Malaysia Madani dan Karamah Insaniah dalam satu perspektif big picture dalam kerangka pendidikan. 

Thursday, February 15, 2024

Teks Ucapan Majlis Apresiasi Pendidikan Khas khas PPD Tangkak 2024

Terima kasih kepada pengacara majlis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam pendidikan tangkak Perkasa- Gemilang Tangkak Lima.

YDH, EN NORIZAN BIN AZALI, wakil rasmi Yang Berhormat Hajjah Khairin Nisa binti Ismail Ahli Dewan Undangan Negeri , Serom. Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.   

Yang Dihormati Cikgu Mohd Zaki bin Abdullah, Guru Besar SK Parit Bunga Selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan, Pendidikan Khas Daerah Tangkak, Pengerusi Pengelola Program Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Tangkak

Yang Dihormati, Cikgu Azhar Ahzam bin Ismail. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abdullah, selaku Naib Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas Daerah Tangkak.

Yang Dihormati cikgu Norhayati binti Mahabat dan cikgu Ahmad Hafizu Fahmi bin Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak

Pengetua dan Guru Besar atau wakilnya, Sekolah2 Menengah dan Rendah Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Tangkak

Yang Diraikan para penerima sijil apresiasi sesi 2023/2024, Guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan yang dimulakan Allah sekalian.

TERIMA KASIH & PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Majlis Apresiasi Pendidkan Khas Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah berganding bahu menyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan majlis pada hari ini. Dengan perancangan yang teliti, penglibatan dan kerjasama semua pihak, Insha Allah majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

AKSES KEPADA PENDIDIKAN

Hadirin yang dihormati sekalian,  penganjuran program ini adalah satu bukti bahawa dalam pendidikan tiada seorangpun anak-anak murid akan terpinggir dan dinafikan akses kepada pendidikan. Peluang dan akses pendidikan diberikan kepada semua secara adil dan saksama dan dibezakan berdasarkan keadaan fizikal, tahap intelek, jantina, geografi, status ekonomi, agama, kaum dan sebagainya.

Ini merupakan satu komitmen di peringkat KPM, JPN dan PPD usaha untuk membangunan murid secara holistik dan seimbang tanpa disempadani oleh apa jua perbezaan keupayaan murid itu sendiri. Tanggungjawab ini difahami dan dipikul oleh warga pendidikan, dengan cara memberi perkhidmatan yang terbaik, dengan kualiti dikompromikan, bahkan untuk pendidikan khas dilebihkan dengan adanya PPPM, guru dengan spesifikasi khas, elaun untuk guru, kemudahan dan peruntukan khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak murid.

PENDIDIKAN KHAS DAN CABARAN VUCA

Murid-murid pendidikan khas menghadapi cabaran yang sama dengan murid arus perdana dalam mendepani cabaran masa kini yang sering berubah, ubah, penuh dengan Ketidakpastian, penuh dengan kesamaran pada era globalisasi dan pendigitalan. Dalam era globalisasi ini, murid-murid pendidikan khas perlu dibekalkan dan diberi dorongan agar mereka mampu untuk berdikari dan menentukan halatuju masa hadapannya sendiri. Pada jiwa mereka perlu ditanam dengan semangat dan jati diri yang tinggi serta kental supaya dapat menghadapi pelbagai cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah.

HARAPAN NEGARA

Ini adalah bertepatan dengan hasrat KPM bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas dapat dibangunkan bersama-sama dengan murid-murid dari arus perdana yang lain untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran negara. Murid berkeperluan khas ini juga berfungsi sebagai individu yang berdikari dan berjaya dalam kehidupan serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

HARAPAN PPD

Harapan saya agar semua murid dan warga Pendidikan Khas sentiasa bekerja keras bagi memastikan anda sentiasa merebut peluang, manfaatkan kesempatan semasa di alam persekolahan..kerana sekolah adalah medan latihan di mana ilmu dicurahkan, kemahiran diterapkan dan sikap dihalatujukan bagaimana mengharungi kehidupan pada masa hadapan.

Berusahalah untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun bidang-bidang lain tanpa melupakan rahsia terpenting bagaimana anak-anak sekalian dapat mempamer sahsiah terpuji dengan disiplin diri yang tinggi kerana tanpanya umpama kita di perahu tanpa ada pendayung untuk kita mudik disungai dengan arus yang mematikan. Disiplin diri dan akhlak yang baik mampu memastikan kecemerlangan warga Pendidikan Khas.

Kepada graduan yang diraikan, gunakan segala ilmu, kemahiran dan teruslah berusaha sehingga mencapai kejayaan setinggi mungkin. Ramai anak-anak pendidikan khas yang telah berjaya dalam hidup. Jangan jadikan kelainan upaya sebagai kekurangan yang menjadi halangan untuk mencapai peluang yang lebih baik.

Saya berharap agar Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah diatur merupakan satu usaha yang berterusan bagi menyemarakkan semangat dan memberi motivasi kepada murid-murid berkeperluan khas yang lain. Semoga mereka akan dapat mencipta pelbagai kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah dalam apa jua bidang yang diceburi. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan sebagai satu tradisi untuk memberi pengiktirafan di atas kejayaan murid-murid pendidikan khas yang lain.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya pada semua para graduan. Harapan kami, semoga kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak akan berterusan bagi merialisasikan perancangan dan maklamat murni ke arah mencapai keunggulan.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahhitaufikwalhidayah, wassalammualikum warahmatullahhiwabarakatuh. Terima kasih.

Wednesday, February 07, 2024

Ucapan Perasmian Gelanggang Petanque SK Seri Jaya, Tangkak

SK Seri Jaya | 7 Februari 2024 | 8:30 pagi


Penulisan ini diubahsuai berasaskan kepada ucapan saya semasa Merasmikan Pembukaan Gelanggang Petanque SK Seri Jaya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Salam Pendidikan Tangkak Perkasa gemilang Tangkak Lima. Pada tahun ini saya membuat ketetapan untuk mengutamakan lawatan saya ke sekolah-sekolah bagi meraikan program-program yang memberikan penekanan  kepada usaha memajukan lima aspek berikut iaitu;

Friday, January 26, 2024

Penggunaan Model Kirkpatrick Dalam Menilai Keberkesanan Program Latihan atau Intervensi Pendidikan.

Kirkpatrick Model, 1959


Model Kirkpatrick ialah rangka kerja yang digunakan secara meluas untuk menilai keberkesanan program latihan dan pembangunan dalam organisasi. Dibangunkan oleh Donald L. Kirkpatrick pada tahun 1950-an, model ini mempunyai empat peringkat, setiap satu mewakili peringkat penilaian yang berbeza. Tahap ini sering dirujuk sebagai Empat Tahap Penilaian Kirkpatrick dan digunakan untuk menilai kesan dan kejayaan inisiatif latihan. Walau bagaimanapun, model Kirkpatrick ini juga boleh dijaikan sebagai asas dalam membuat penilaian keberkesanan sesuatu inisiatif, program atau aktiviti yang dilakukan dalam pendidikan. Ia boleh dijadikan sebagai satu indikator keberhasilan atau impak terhadap  inisiatif, program atau aktiviti yang kita laksanakan.

Gemilang Tangkak Lima : Keterangan WarCry Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak

Sebuah Jeritan Perang (War Cry) adalah slogan atau moto yang mengekspresikan nilai-nilai, matlamat, atau identiti sesebuah organisasi, terutamanya dalam usaha menaikkan moral dan semangat anggota organisasi dalam menempuhi cabaran atau bagi tujuan menggapai visi yang mahu direalisasikan. Ia penting kepada organisasi kerana ia boleh boleh menjadi pembakar semangat, memberi inspirasi, motivasi, dan menyatukan ahli-ahli, serta menyampaikan mesej kepada anggota dalam organisasi di samping memberi keyakinan kepada pemegang taruh.

Artikel Popular